ASSALAMUALAIKUM..... TERIMA KASIH SUDI SINGGAH KE SINI - "BLOG TERIMALAH AKU SEDANYA AKU"... KUNJUNGAN ANDA AMAT DI HARGAI

BLOG CACATAN UMRAH SAYA

Sunday, April 14, 2013

Hapuskanlah kesedihan yang menerpa.....

Pabila terasa diri tak punya apa-apa...
Kemampuan semakin menipis...
Di saat mata hanya mampu melihat...hati hanya mampu merasa...
Kuasa untuk memiliki...telah tiada...
Lalu kesedihan menerpa....
Hapuslah air mata...sabar dan redhalah dengan takdir Allah...
Berpeganglah pada janjinya...

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sampaikan kepada orang fakir daripadaku, bahawa sesiapa yang sabar daripada kamu dan mengharapkan pahala daripada Allah s.w.t, maka ia akan mendapat tiga kelebihan yang tidak boleh didapati oleh orang-orang yang kaya iaitu:
1. Di dalam syurga (kelak) ada kamar dari yaqut yang merah, penghuni syurga melihat tempat itu seperti melihat bintang di langit semasa di dunia, tidak dapat masuk ke tempat itu kecuali Nabi yang fakir atau orang yang mati syahid yang fakir atau seorang mukmin yang fakir.
2. Orang fakir yang (kelak dapat) memasuki syurga (lebih awal) sebelum orang kaya dengan kadar setengah hari, iaitu kira-kira lima ratus tahun. Mereka bersuka-suka dengan bebas di dalamnya. Dan Nabi Sulaiman bin Daud a.s. akan memasuki syurga sesudah nabi-nabi yang lain memasukinya kira-kira empat puluh tahun disebabkan oleh kerajaan yang diberikan Allah s.w.t. kepadanya (Nabi Sulaiman ialah nabi yang diberikan kekayaan dan kekuasaan di dunia)
.3. Jika orang fakir membaca: Subhaballah walhamdulillah walaa ilaha illalah wallahu akbar dengan tulus ikhlas; dan orang kaya juga turut membaca kalimah itu, maka orang kaya itu tidak dapat mengejar (pahala) orang fakir meskipun ditambah dengan sedekah sepuluh ribu dirham. Demikian jugalah amal-amal kebaikan yang lain (yang dilakukan oleh si fakir).


Subahanallah maha suci Allah yang maha adil lagi bijaksana...jangan bersedih jika kita tidak punya apa2 atau serba kekurangan kerana Allah telah melebihkan hak kita pada tempat yg sepatutnya...jika kita sabar dan redha..
wallahualam....


Tuesday, April 9, 2013

aduhai Regza..

assalamualaikum...

Lama tidak menulis di sini ..mengapa kenapa..saya sendiri tak mengerti..
mungkin tiada yang menarik untuk di kongsikan bersama..

Sebenarnya bukan sahaja tidak menulis malah semakin jarang membuka blog sendiri...kesian pada blog ini berhenti menulis mungkin..:)

Hari ini saya cuma berkongsi cerita yang biasa-biasa..
ada sesiapa tak pernah mengalami TV LCD plasma rosak....
TV LCD PALSMA TOSHIBA REGZA 42 inici saya rosak tak keluar gambar langsung..tv ini di beli pada tahun 2008..
kami hantar ke kedai HLK tempat kami beli dahulu...katanya kos biaya membaiki kerosakan TV tersebut mencecah rm 700.00....
aduhai..mahalnya....biar betul teringat dulu TV toshiba lama 21 inci kalau rosak pun kos membaiki cuma bawah rm 200.00
kalau macam tu baik beli yang baru...
salesman di kedai beritahu kak sekarang ni barang elektrik terutama TV paling tahan pun 4 atau 5 tahun selepas itu mula lah meragam..
samaada betul atau kebetulan apa yang di katakan tak dapat le hendak di pastikan..

agak strategi perniagaan sekarang macam tu mugkin wallaualam..
kalau tak rosak-rosak macam mana hendak berkembang maju barangan elektrik dan elektronik..
hendak tak hendak kena lah baiki atau beli yang baru..
Tiada pilihan terpaksa beli yang baru..alhamdulilah beli, yang kecil2 je dapat tengok rancangan2 pilihan halaqah, tanyalah ustaz,al hijrah dan oasis...bak kata ustaz zaman sekarang ni kita tak lari dari media massa tapi kita kena bijak memilih rancangan yg memberi menafaat buat kita di dunia dan akhirat..wallahualam..



sayang juga TV REGZA kami ni...tak tahu hendak letak di mana sekarang ini..cek abang kata kena tanya kawan2 mana yang pandai repair bagi kat deme je kata orang perak..



Thursday, February 28, 2013

Kehidupan...

Hidup adalah perjuangan.....
Kemanisan yang terpancar....
Hanya membalut seribu kepahitan..

Ceritalah pada dunia...
Hanya simpati kau perolehi...
Tiada yg dapat mengubat lara di hati..
Tak siapa tahu..tak siapa mengerti...

Hanya kita yg tahu hanya Allah yg mengerti...
Kerna sabar itu pahit mulanya..
Dan kita harus setia menunggu manisnya....
Walau hanya doa dan tangisan yg kita ada...
Pada setiap waktu dan ketika...

NUKILAN RASA: Nor Azlina Hj Hashim
28/2/2013  8:20 AM
There was an error in this gadget
SABDA RASULULLAH SAW "JIKA KAMU ADA PERASAAN DENGKI,MAKA SEGERALAH BERISTIGFAR DAN JIKA KAMU BERBURUK SANGKA PADA SESEORANG MAKA JANGANLAH KAMU SELIDIKI ATAU MENGINTIP-NGITIP."