Posts

Showing posts from 2009

SANGKAR BURUNGKU.....

Image
Saya ubah kedudukannya dgn mengangtungnya di pintu gerbang yang berada di tengah2 antara ruang tamu dan dapur.. teratak saya.

Inilah hasilnya setelah di make-overkan...bertukar tempat dan kedudukan...
kalau tak silap saya saya membelinya di Air Hitam Johor....semasa gambar ini di ambil replika burungnya masih ada tetapi sekarang saya sudah simpan dan buat mainan aleya...ats nasihat ck abg kerana tkt malaikat tak masuk rmh...sebab ada patung yg di jadiakn hiasan......
Sangkar burung ni sudah lama saya beli kira-kira 2 tahun yang lalu..

JOM MAKAN MEE TELUR

Image
Jom makan mee...........
jangan teperdaya tak boleh di makan hanya boleh di pandang sahaja....ramai yang sudah menjadi mangsanya.....he..he...
maaf le hari ini tak ada mood nak tulis panjang2..internet pun sekejap ok sekejap tidak.......

p/s: replika sahaja mee tipu ada..bubur nasi udang tipu pun ada nmpak mcm realkan..tapi dpt beli semangkuk sahaja kerana harganya tidak mengizinkan....sampai saya tanya pada salegirl tu cuba check btl2 boss terslh tulis harga kut..he..he....

HAMPIR SAMA TAPI TAK SERUPA.......

Image
Kalau di lihat dari artikal dari majalah...semua adalah dari SSF saya susah kalau ke SSF sebab utama di manjung ni manalah ada SSF...rasanya kalau ada pun saya cuma sanggup lihat dari luar cermin sahaja kerana tak mampu hendak bershopping di dalamnya..rasa seperti tak layak sahaja untuk orang seperti saya...selalu tgk iklan SSF di majalah sahaja dan pernah sekali masuk jeling2 pastu keluar dah lama dah kalau tak silap saya beberapa tahun yg lalu SSF di jalan TAR..
Tetapi...tak sangka pula lepas lihat anjung seri ini saya terjumpa semua yg menyerupai apa yg ada di SSF tapi di kedai borong peralatan rumah disini....apa lagi.....faham2 je lah beli lah....
kalau di lihat dari quality sudah pasti quality dari SSF adalah lebih baik kalau hendak di bandingkan dgn yg saya beli di kedai borong sahaja..tetapi bagi saya dapat yg bergini pun sudah memadai....

Roti,bun dan donut ini berbaloi juga lah membelinya kerana saiznya besar juga..kualiti pun ok sebab lembut je kalau di lihat dan di pengag pu…

KENDI BUKAN SI KENDIL..

Image
Ada yg panggil kendi ada yg panggil mangkuk basuh tangan...dan macam2 lagi tetapi fungsinya tetap sama kan saya beli bekas kendi ini di shopping mall biasa je bukan di kedai2 deko..tapi yg merisau kan saya ialah penutup teko tu bila kita membasuh tangan tentu kita memegang kendi tu dgn sebelah tangan sahaja dan pasti takut penutupnya terjatuhkan..akhirnya saya dapat idea untuk lekatkan penutupnya dengan double tape...
tidak pun payah2 sangat kekadang saya guna teko tu buat air teh je lah..he..he..

MENCARI IDEA MAKE - OVER

Image
Hujung minggu ni tak kemana sudah 2 minggu duduk di rumah saja ..sebab ck abg sibuk mnegemas pejabat bos yg hendak berpindah..dalam sibuk mengemas banyak pula barang2 lama yg bos tak perlukan lagi..katanya kalau hendak ambillah.... dia sudah tidak mahu meyimpannya lagi...mualanya ck abang dapt mountain bike,pastu skuter,dapat pc yg masih boleh digunakan dan kemudiannya rak cermin yg cerminnya dah pecah serta kapal layar kayu ni...saya paling teperanjat tengok kapal layar ni lah besar bangat le..saya tanya ck abg nak buat apa pulak dgn yg ni nak tahu apa ck abg saya jawab kita spray puith le apa lagi pastu kita deko..deko le apa patut...wah ck abg saya pun dah jadi geng deko ni....apa pendapat semua nak cat ke nak biarkan je macam tu...



Rak cermin ini yg cerminnya dah pecah ck abg kata ambil bawa balik nanti boleh deko..deko...

petang tadi dalam pukul 4.oo petang saya terima kunjungan adik farizan dari jauh bersama dgn mak saudara mak ciknya dan anak mereka...dari jauh tu bangi selangor…

DI BELIT ULAR SAWA KETIKA BERZINA

Image
APA BILA SAYA MEMBACA KISAH INI DARI KOTAK EMAIL SAYA...APA YANG ADA DALAM KOTAK FIKIRAN SAYA MINTA DIJAUHKAN ANAK-ANAK,KAUM KELUARGA ,JIRAN-JIRAN,SAHABAT HANDAI KITA DARI TERJEBAK MELAKUKAN PERKARA YANG SEDEMIKIAN...HARAP MEMBERI IKTIBAR PADA KITA SEMUA SELALULAH MENGIGATKAN ORANG2 SEKELILING KITA AGAR MENJAUHI PERKARA YANG DI LARANG OLEH ALLAH....


Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta
baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan..............


Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang …

KUJUNGAN HARI RAYA ADIK2 BLOGGERS SERI DAN IZAN

Image
Izan sampai rumah dengan rakan sekerjanya dalam pukul 1.30 lebih seperti yang dijanjikan olehnya wah nampaknya memang seorang yg menepati masa...maklumlah usahawan...izan call tak ingat no rmh...nsb baik org manjung cepat lah jumpa rumahnya....tak sangkakan dunia ni kecil je rupanya izan selalu hantar anaknya mengaji di tempat aiman mengaji..iaitu jiran yg sederet dgn rumah saya(corner lot) kak ummu..aiman blk2 sek je kata dia kenal cik izan katanya...aleya pun bukan main manja dgn izan dan rakan sekerja izan rajin betul melayan aleya...tak sangka juga bapa kawan karib anak saya faaiz pula Datuk Jasan adalah big bos pada hubby izan pula...itulah tak kenal maka tak jumpa dah kenal bermacam2 cerita.......puas izan tunggu nak jumpa seri tapi seri tak sampai2 akhirnya izan mohon berangkat kerana nak menziarah rakanya yg di masukkan di wad hospital manjung........
Seri sekeluarga sampai lebih kurang 5 mini selepas izan balik...rupanya seri sesat sebelum sampai ke rumah saya...rupanya juga…

MEMBANTU SEKADAR YANG MAMPU...

Image

kU INGIN BERKONGSI..................

Image
Salam semua kalau tengok dari tajuk n3 ku ingin berkongsi...kepada semua sahabat2 alam maya saya memang kalau boleh memang saya ingin berkongsi segalanya dengan sahabat2 suka,duka,idea,ilmu dan minat...bersyukur kerana di beri Allah di kelilingi dgn sahabat2 yang baik hati seperti kalian semua...ahh..bahaya ni dah mula nak bermadah..salah blog ni..kalau nak bermadah selalunya saya luahkan di blog saya yg lagi 1 BILA TINTA PENAKU MULA MENARI..Ini kira menari juga pena saya tapi dalam rentak yang berlainan..he..he..
ok lah semua apa yg nak saya kongsi kan bersama disini ialah mengenai hobby saya tentang jahit manik n3 ini saya tujukan kepada semua yang mempunyai minat yg sama dengan saya terutama adikku SERI...
saya mula menjahit manik dalam tahun 2004 kalau tak silap saya masa tu tak ramai yang pandai jahit manik lagi..jahitan jahit manik di baju pada masa tu lebih tertumpu pada golongan VIP je...saya tak pernah mengikuti mana2 krusus menjahit manik pun sekadar tengok di baju kemudian sa…

Aku rela melahirkanmu...........

Image
Sewaktu dalam wad berusia 10 jam di kendong oleh jujurawat bertugas..isteri kepada kenalan suami saya...
majlis cukur jambul aleya..abahnya seyum meleret sambil mengendong puteri kesayangannya..kalau ada sesiapa yang berkenan nak buat pasangan dengan cik aleya kenalah melepasi rintangan 3 bodyguardnya dulu...(tgklah bro2 nya) sapa berani sila le kedepan...
ALEYA KINI SUDAH EMPAT TAHUN....ALHAMDULILLAH............
4 tahun yang lalu saya telah selamat melahirkan satu-satunya puteri tunggal saya..yang sekian lama kami menantikan kehadiranya..kerana sebelum ini ketiga-tiga cahayamata saya adalah lelaki..sewaktu saya mengandungkan aleya semua abang-abangnya mendoakan agar mendapat adik perempuan kerana kata mereka dah penat bergusti bertiga.....apatah lagi kami berdua,sepanjang saya mengandung kami suami isteri selalu bermohon kepada Allah agar di beri peluang merasa nikmat memelihara seorang anak perempuan....
sewaktu saya mengandungkan aleya 5 bulan ibu saya telah ke tanah suci mekah dan men…

UPGRED BAJU KURUNG LAMA......

Salam tengahari Jumaat semua hari ini lambat sikit buat n3...
seperti biasa selalunya setiap hari jumaat saya akan buat n3 tazkirah jumaatkan pada yang biasa membaca tazkirah jumaat saya boleh terus membacanya di blog saya yang lagi satu...DI BAWAH RAHMAT ILLAHI
HANTARAN AL-QURAN


“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil.




“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

untuk membaca serita selanjutnya boleh ke blog saya yg lagi 1...@ sila klik di sini...DI BAWAH RAHMAT ILLAHI



Tahun ni saya dan ck abg tak membeli baju raya sebab banyak lagi baju yang masih elok untuk di pakai...lebihkan budget raya pada anak2 dan pembelanjaan untuk balik ke kampung jadi..sengaja nak menimbulkan mood untuk berhari raya jadi saya mengupgredkan le ba…

KALAU TUHAN BAIK KENAPA BUAT NERAKA?....

Image
salam pagi jumaat semua....kisah ini saya dapat dari kotak email saya..sama ada benar2 terjadi atau sebaliknya wallahualam...yg penting kita mengambil pengajaran dai kisah ini..
.Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama IslamCeritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk m ema stikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan m ema tuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berh ema h, kerana hukuman dan denda s ema ta-mata tidak mampu memberi kesan yan…

DAH SAMPAI DAH.....

Image
Pelita 3 dara pingitan ini baru sampai pukul 12 tghari tadi dari eskay(http://eskaygalleria.blogspot.com/) yg saya oder kelmarin 3 biji rm20..alhamdulillah selamat sampai kepangkuan saya..tak ada satu pun yang rosak dah memang rezeki saya syukur..kalau ada sesipa teringin boleh le tanya pada taukeynya....
slice kek ini saya oder dari adik coco..(http://riezelhijazi.blogspot.com/)yang ini dah lama sampai lebih kurang 2 mingu lepas tak sempat nak buat n3 kerana lepas tu anak-anak demam bila terima pelita yg saya oder dari eskey tadi baru teringat kat slice kek ni..alhamdulillah selamat sampai kepangkuan saya tanpa cacat celanya...cantik kek buatan coco ni kalau bulan puasa tengok kek ni pun boleh jadi terliur di buatnya.

P/s: saya buat n3 ni sementara menungu ck abg saya balik dari surau ada solat hajat selepas ni nak balik kg di kuala selangor nak ziarah mak yang tak berapa sihat...ADA SUATU BARANG YANG SAYA TAK PERNAH JANGKA SAYA AKAN MENERIMANYA TELAH SAYA TERIMA HARI INI..MEMANG SATU …

JAHIT MANIK LENGAN BAJU KURUNG

Image
As a hobby and side income...
.saya minat betul jahit manik tangan ni walaupun setiap kali menjahit memang sakit seluruh badan..dulu sebelum rajin berinternet inilah kerja saya tapi sekarang ni saya ambil tempah sebulan sebelum puasa dan tempahan akan saya pastikan siap paling lewat minggu pertama ramadhan.(kalau blh sebelum kita menyambut ramadhan).bukan apa tak nak kita ketinggalan merebut pahala beribadat dalam bulan ramdhan ni..rugikan setahun hanya sekali..bila sebelum puasa tugas2 menjahit ni talah habis jadilah dapatlah saya beribadat dgn tenang kalau tidak duk fikir jahit manik je..naya..sembahyang terawih pun nak cepat2 habiskan nanti.....


Esok saya ceritakan hobi saya yang lagi satu juga berkaitan dgn kerja tangan juga kali ini bukan jahit manik tapi kait kristal..buat gelang kristal...

make over barang terpakai tin

Image
ini bekas isi nasi atau bubur yg selalu org cina zaman dulu2 suka bawa...rasanya nyonya yg tua2 masih lagi ada yg guna bekas ni sebb dlm dia ada 2 tingkat blh isi lauk dan nasi..kali ini saya cuba untuk bermain dengan warna lagi..warna yg jarang sekali org guna untuk buat base decaupage saja nak tengok hasilnnya..warna biru turquoise..sekarang kan trend cat rumah bhgian dlm warna ni macam selalu duk tgk deco bersama eric tu saya pun cuba adaptasi pada tin bekal dan biskut ni...
Tin biskut dan bekas makan ni dah lama saya decaupagekan dari bln lepas..byk juga projek yg saya buat bln lepas cuma tggu giliran nak wat n3 je.. tin biskut ni ambil kt rmh mak bln lepas..

P/s: bercakap tentang emak sebenarnya saya tengah risaukan emak yg juga tak sihat di kg kena demam juga..adik saya yg tinggal berhampiran dgn emak pun suami isteri demam..selalunya dia lah yg saya harapkan dapat tgkkan emak..tambah merisaukan saya emak ada atshma dan adik saya pula pregnant 3 month harap semuanya pulih seperti…

WALL RACK PART 1

Image
Wall rack ini saya make over dah lama di sebabkan kesibukan masa dan keadaan kesihatan yg x mengizinkan, baru hari ini saya dapat snap gambarnya.....belum terfikir nak gantung di mana lagi maklumlah rumah kecil belum datang idea lagi nak cari tempat yang sesuai...hubby cat rak ni makan masa 2 hari juga sebab nak hilangkan warna asal coklat kehitaman tu...dah siap cat saya pun tampal decal sahaja...dan inilah hasilnya.....berangan nak letak koleksi pelita....tengoklah nanti macam mana.....

inilah warna asal wall rack ni masih ingat lagi x saya beli semasa jalan2 ke kuala kangsar hari tu...

QUEEN ANNE

Image
Sebenarnya dah lama nak make over Queen Anne ni sejak tengok kat blog hanim lagi.... siap bagi tau idea yang bagus nak buat le jugak akhirnya dapat juga siapkan....hanim queen anne ina masih ada penutupnya lagi...beli pun masa awal 90...an masa tu rasanya queen anne yg dijual banyak yang cepat kusam..sebab beli melalui catalog je..itu saja yang mampu pada masa tu pun queen anne ni kira mahallah juga kalau nak beli..(bagi sayalah agak mahal...).yang ini mungkin qualitynya kurang kalau yang stainless steel lagi mahal kut tapi sekarang dah murah le....kalau x kerana idea dari hanim tu alamatnya terperuk le queen anne saya dalam almari tu untuk selama2nya..apa2pun terima kasih pada hanim....







Tengoklah bertapa comot dan kusamnya dah puas gilap masih kusam juga nasib baik tak keluar casper n the gang baru huru-hara di buatnya he..he...