satu-satu insan di dunia ini yang tiada galang gantinya adalah bonda kutersayang Puan Hajjah Sapiah bte Hj romly.Tanpanya aku bukanlah siapa-siapa di dunia ini.sempena hari ibu ini aku tahu tidak ada hadiah yang setanding atau dapat mengantikan kasih ibu.emak adalah panggilan untuk ibukku.emak banyak berkorban untuk kami dan ramai orang lain hidupnya diisi dengan berbakti kepada masyarakat sehinggalah ke hari ini.sejak aku usia 18 tahun emak dan ayah menjadi sukarelawan menjadi ibu-bapa pelihara kepada anak-nak yatim yang datang silih berganti,walaupun aku adik beradik tidak ramai tapi emak ramai anak,emak tidak pernah sunyi anak -anak yatim yang di peliharanya hingga kini masih mengunjunginya dan emak telah bebrapa kali mengadakan majlis dari bertunang hingga ke perkhawinan mereka yang aku sendiri tak terhitung berapa kali. bergitu iklas emak aku sendiri tak mampu menjadi seperti emak,atas jasa emak juga emak telah di anugerah PJK (pingat jasa kebaktian) oleh sultan selangor atas keiklasan emak juga hampir 5 kali emak menjejaki tanah suci 2 kali di antaranya adalah tajaan individu dan emak pergi bersama mengiringi anak-anak yatim yang terpilih untuk menunaikan umrah..emak pernah ke Jepun dan lain-lain yang tak tercerita oleh ku di sini. semuanya adalah berkat keiklasan emak berbakti kepada mereka.aku bangga sekali punyai ibu seperti emak..dan sehingga kini emak masih setia menabur kan jasanya memelihara anak-nak yatim walaupun setelah tampa ayah di sisi.(aruah ayah telah kembali kerahmatullah telah lebih kurang hampir 8 tahun yang lalu).sebak dada aku bila bercerita pasal emak ni...............

Pada 5hb.4 yang lalu genap usia emak 59 tahun alhamdulillah allah masih beri emak kesihatan dan kesejahteraan yang baik bagi emak agar emak dapat terus berbakti.........
sedih aku 2,3 hari lepas dapat berita emak ada terlibat dengan kemalangan namun aku bersyukur emak dan keretanya tak apa-apa cuma pembahagi jalan yang teruk, syukur sangat allah selamat kan emak..
bagi semua yang masih mempunyai ibu hargailah ibu anda tidak ada ibu yang tidak menyayangi anak-anaknya..hargai dan berilah perhatian pada mereka sementara mereka masaih ada supaya kita tidak menyesal di kemudian hari

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Bukit Tinggi

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Mohon ampun dan maaf...