Skip to main content

KALAU TUHAN BAIK KENAPA BUAT NERAKA?....


salam pagi jumaat semua....

kisah ini saya dapat dari kotak email saya..sama ada benar2 terjadi atau sebaliknya wallahualam...yg penting kita mengambil pengajaran dai kisah ini..


.Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk m ema stikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan m ema tuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berh ema h, kerana hukuman dan denda s ema ta-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat m ema tuhi peraturan. Peraturan ni bukan s ema ta-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nik mat di syurga. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan ."perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang men zali mi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. "

Comments

  1. salam ina,

    memang banyak kes anak2 muda kita sebegini sekarang. mereka seakan sudah jadi pengikut realisme...x ada, x nampak maka x payah percaya...! susah ni!

    takut benar jika ianya jadi pada orang2 yg terdekat dengan kita ya? nauzubillah!

    ReplyDelete
  2. FRB rasa sedikit insaf bila bc crita ni. tringat lak kt pakaian2 FRB smua. bleh ke pakai jeans?! tq..tq..

    ReplyDelete
  3. FRB rasa sedikit insaf bila bc crita ni. tringat lak kt pakaian2 FRB smua. bleh ke pakai jeans?! tq..tq..

    ReplyDelete
  4. Salam kak lina..
    salam sminggu kite berpuasa di bulan ramadan yg mulia..
    seri sefamily sihat kak..

    kisah ni benar @ tidak mmg ada pengajarannya kak..

    ReplyDelete
  5. insaf saya bila baca kisah ni.. apapun semog amenjadi panduan utk kita semua.. Insya'Allah...

    ReplyDelete
  6. memang takut dengan statement budak-budak sekarang, itulah kenyataannya, kita cakap a dia dah terus sampai z + suka menyalahkan orang lain sampai tak boleh fikir lagi.. Yang Maha Kuasa pun nak disalahkan Nauzubillah.

    ReplyDelete
  7. kurang didikan agama dr klrga mcm tulah........nauzubillah! Hrp anak2 kita dijauhkan sifat mcm tu...

    ReplyDelete
  8. penuh isi cite kak ina ni..best....

    ReplyDelete
  9. UNTUK SEMUA...
    SEMUGA MENJADI PANDUAN DAN TAULADAN PADA KITA SEMUA UNTUK BERMUHASABAH DIRI DAN MENDIDIK ANAK2 AGAR MENJADI INSAN YG SOLEH DAN SOLEHAH...INSYAALLAH..

    ReplyDelete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

Bercuti di Bukit Tinggi

Assalamualaikum wbt... Syukur atas segala kurniaan Allah swt... Sekadar perkongsian cacatan percutian jika ada yang baik dari cacatan ini ambillah ibrah kebaikannya...jika yang buruk jadikan sebagai sempadan..
Mohon ampun dan maaf di atas sebarang kekhilafan yang datang dari kelemahan diri saya sendiri... Cuti sekolah baharu sahaja lepas...sebenarnya kami sekeluarga jarang dapat bercuti di waktu cuti persekolahan...cek abg selalu waktu cuti sekolah waktu itu juga di arah bertugas di luar daerah...
Alhamdulillah kali ini rezeki dapat bercuti di musim cuti sekolah.. Di sebab kan cuti cek abang yang asyik bertunda.. Tiba-tiba permohonan cuti cek abang di luluskan...  kami tidak tahu kemana hala tuju percutian kami kali ini.
cek abang akak kata tidak mengapa kita jalan sahaja lah...kemana2.. kami sekeluarga mengambil keputusan ke rumah anak yang sulung di Setia Alam...
kami tidur di rumah anak semalam...kebetulan menantu akak tunjuk gambarnya semasa berjalan2 ke Bukit Tinggi,Pahang....
a…

Mohon ampun dan maaf...

Kepada semua....
Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun di maaf jika ada khilaf dan dosa saya terhadap semua....


mohon maaf jika ada tulisan-tulisan saya di blog ini ada menyinggung perasaan rakan2 blogger samaada yang lama ataupun yang baru...
Insyaallah Jumaat ini saya dan keluarga (bonda,anak sulung dan anak bongsu) akan berangkat ke tanah suci....doa kan perjalanan ibadah kami di permudahkan Allah hendaknya...


Rabbi yassir wala tu a'assir..


ya allah kami ingin dan akn menunaikan umrah
namun kami banyak dosa ya Allah..
dosa besar..dosa kecil, dosa yg kami ketahui
dan dosa yg tdk kami ketahui..
ya allah kau ampunilah kami
sesungguhnya kami manusia yg kerdil
lagi hina yg allah..

Ya allah bantulah kami..
Ajarilah kami..
Aku ingin pergi ke rumahmu semata-mata keranamu
Ya Allah..semata2 keranamu ya allah..

Ya Allah, aku mencari hati yang indah
Untuk ku serahkan kepada Mu
Tapi apakan daya
Hati yang ada…
Hati yang ini, masih tercela

Ya Allah, ajar aku untuk meminta yang terbaik dari Mu
Ilmu ku terbatas…

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Assalamualaikum....

N3 kali ini adalah cacatan yang terakhir mengenai perjalanan kami menjadi tetamu Allah... 6hb april. (mlm)1012 sehingga 10 april (zohor) kami berada di madina al munawarah.. Mulai 10 april (mlm) .2012 sehingga 19 hb april.(selepas zohor) 2012.. kami berada di tanah suci mekkah al mukaramah..
...ibadah umrah di selang seli dengan ziarah..bermiqat di jaranah.,tanaim... Lawatan ke muzium, ladang unta,jabal rahmah, gua hira dan sebagainya...
alhamdulilah jemaah lelaki dapat bersolat jumaat di masjidil haram...sampai juga saat dan ketika terpaksa meninggalkan bumi mekah yang di cintai... kesayuan menyelubungi hati...di tambah 2,3 hari sebelum balik emak di serang asthma...alhamdulilah sehari sebelum pulang emak bertambah sihat dengan izin Allah yang mengkabulkan doa dari rakan-rakan jemaah yang lain...
Saat kaki melangkah untuk tawaf wida...saat melontarkan pandangan terakhir pada kaabah...saat membaca doa selepas tawaf wida...air mata berlinangan tanpa di sedari...
&quo…