DUDUK LAMA DEPAN KOMPUTER BOLEH BAWA MAUT....

SALAM SEMUA BILA BACA ARTIKAL DI BAWAH INI RASANYA BANYAK BENARNYA....KALAU DARI SEGI LUARANNYA MEMANG MEMUDARATKAN KESIHATAN DARI ROHANINYA ??????????????????
SAYANGNYA JIKA MASA KITA SEPANJANG HARI DI HABISKAN DI SINI SAHAJA KAN....
KEKADANG SAYA PERNAH TERFIKIR....BAGAIAMANA SAYA MENGURUSKAN MASA PERLUKAH SAYA MENGHABISKAN BANYAK MASA SAYA DI SINI SAHAJA...RASANYA BANYAK KOTMITMEN LAIN YG PERLU KITA URUSKAN TERLEBIH DAHULU TERUTAMA IBADAT KITA SEMPURNAKAH.....KESIMPULANNYA DAN AZAM BARU YANG SAYA AMBIL ADALAH MEMANG PADA TAHUN INI SAYA AKAN MENGURANGKAN MASA DI DEPAN LAPPY INI....
SETIAP HARI SAYA AKAN PERUNTUKKAN 1 JAM SETENGAH WAKTU PAGI UNTUK BUAT N3 DAN 2 JAM WAKTU MALAM UNTUK MENZIARAH KAWAN2 DAN MENJAWAB SALAM ZIARAH DARI RAKAN2.......
(saya akan cuba sedaya saya untuk mengkotakan keazaman saya)..dimana ada kesungguhan di situ ada jalan..

BUKAN KERANA TAKUT MATI BILA MEMBACA ARTIKAL INI ....KERANA KEMATIAN ITU ADALAH PASTI WALAUBAGAIMANA KITA MENGHINDARKANNYA...
BILA TIBA MASANYA PASTI KITA AKAN DI JEMPUT PULANG...
.CUMA PERSIAPAN KITA UNTUKMENGADAP YG ESA YANG SENTIASA DI BENAK HATI....CUKUPKAH SEGALA AMALANKU..SANGGUPKAH MENGHADAPI SIKSA NERAKA SEDANGKAN MASIH TIDAK LAYAK UNTUK MENJADI PENGHUNI SYURGA....
TAKUT JUGA DIRI INI BERADA BERSAMA2 GOLONGAN ORANG2 YG RUGI....DEMI MASA....
SEGALANYA BERGANTUNG KEPADA NIAT KITA TAK BERGITU HAR SAYA PINJAM KATA-KATA HAR..NIAT SAYA BERBLOG ADALAH UNTUK BERTUKAR FIKIRAN DAN IDEA SERTA BERKONGSI ILMU DAN MAKLUMAT JUGA BERKENAL DENGAN RAKAN2 DAN SAHABAT...

APA PUN YG KITA LAKUKAN DIDUNIA INI SAMAADA SURIRUMAH,BERKERJAYA DAN BERNIAGA BERPAKSILAH PADA JALAN ALLAH....PADA YANG BERNIAGA BAGUS JUGA KERANA 9 DARIPADA 10 PUNCA REZEKI ADALAH DATANGNYA DARI PERNIAGAAN BERJUAL BELI LAH DENGAN JUJUR DAN AMANAH...



Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya. (Hadis riwayat al-Imam Muslim)

SABDA RASULLULAH LAGI:

sabdanya "Man Ghassyana falaisa minna" yang bererti 'sesiapa yang menipu bukan dari golongan kami (umat Nabi Muhammad)'. (Riwayat Muslim)

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut.

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.



New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin dimana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10
jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.



DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul
di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.


Simptom
Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.


Cegahan
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).
.

Comments

  1. salam pagi rabu.....

    betul tu ina..... azam baru amy juga nk kurangkn ngadap lappy..... esp bila anak susah bangun pagi utk ke sekolah sebb dia juga akan menemani ibunyer berjaga malam.... hehehe.....

    ReplyDelete
  2. alamak!!!... ye ke?? tp, keje ita kene mengadap pc 8am - 5pm....

    ni nak kene rest ni..

    ReplyDelete
  3. Setiap perkara pasti ada keburukkannya kalau dilakukan berlebih2an..
    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  4. TO KA ITA..
    SAMA2 KAK..

    TO AMY...
    YEA LA AMY BILA DAH MENGADAP KAT SINI KEKADANG KITA LEKA DAN TAK SEDAR MASA BERLALU KAN HE..HE...

    TO ITA...
    KALAU DAH MMG KERJA NAJ BUAT MCM MANA KAN TAPI SETIAP SATU ATAU 2 JAM BLH BUAT SENAMAN REGANGAN YG MCM ABG SALLEH YAKOB SINAR FM CAKAP PUSING KIRI SATU PUSING KANAN 2 DUA DAN 2 LAGI...HE..HE..

    TO NORLINA...
    BTL JUGA APA YG NORLINA KITA MESTI BERSEDEHANA DALAM SETIAP PERLAKUAN DAN PERBUATAN KITA KAN...

    ReplyDelete
  5. tp mmg best laa duk dpt pc. mcm2 leh buat. jgn tinggal solat dh lerr

    ReplyDelete
  6. to azizul..
    btl juga ckp azizul tu mmg leka kalau dduk dpn pc ni tapi sebagai surirumah saya byk juga kotmitmen lain..naya nanti kalau dapur tak berasap..baju tak berampai,nk tgk kerja sek anak2 dan yg penting solat jgn sampai terlewat dan terlupa...

    ReplyDelete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir

Mohon ampun dan maaf...