PERLU SALING MEMAHAMI.....

ASSALAMUALAIKUM....
Sekadar ingin berkongsi info bersama....
Mungkin banyak kebenarannya artikal di bawah ini yang boleh kita jadikan panduan dalam hubungan suami isteri...rasanya bagi yang telah bertahun mengharungi alam rumahtangga rasanya seharusnya kita teklah mengetahui serba sedikit karektor pasangan masing-masing...semuga kita dapat hidup dengan lebih harmoni dan berkasih sayang hanya kerana Allah semata...semuga juga kita semua berada dalam rahmat dan sayang Allah selalu...dan juga beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat...insyaallah.

Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan.

Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri.

Walaupun mereka bertunang bertahun-tahun, namun mereka tidak sempat untuk menilai apakah antara mereka ada perbezaan yang boleh saling lengkap melangkapi. Mereka terlupa untuk melihat keserasian pasangan secara lebih jelas.

Biasanya waktu berkawan mereka terlalu enjoy, hendak seronok sahaja. Semua yang ada pada kekasih masing-masing dilihat indah walaupun buruk. Pada waktu bertunang pula mereka asyik berbincang soal persiapan fizikal sahaja. Padahal jika mereka mengambil puluang itu untuk mengenali peribadi, perwatakan, dan isi budi masing-masing adalah lebih bermanfaat.

Sebenarnya, sewaktu berkawan dan bertunang adalah waktu terbaik untuk mereka mengenali semua itu. Mereka harus mengenali cara pasangannya bercakap, cara dia bertindak dan sebagainya. Semua yang dilakukan itu melambangkan sikapnya sebenar. Jika mereka benar-benar faham, banyak yang boleh diatasi semasa berkahwin.

Kesan daripada tidak faham kaedah komunikasi yang berkesan itu, banyak pasangan yang berkahwin mengalami krisis. Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang perkara kecil menjadi besar. Dalam ruang ini saya cuba paparkan sikap isteri yang seharusnya suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya.

1. Waktu merajuk

Bil
Sikap
Maksudnya
Mengatasinya
1
Tiba-tiba tak mahu bercakap
Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu
Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf
2
Tiba-tiba marahkan suami
Dia cemburu dengan tindakan suami
Perlu selidek puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu
3
Tiba-tiba menangis
Dia sakit hati dengan tindakan suami
Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.
4
Tidak mahu memberi khidmat
Dia sungguh kecewa dengan sikap suami
Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir

Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.

2. Waktu gembira

Bil
Sikap
Maksudnya
Mengatasinya
1
Dia sudah rajin masak
Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya
Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya
2
Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami
Dia puas hati dengan tindakan suami
Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu
3
Dia siap untuk tidur awal
Dia sudah akur dengan kehendak suami
Belajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri
4
Dia bercakap dengan nada manja
Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga
Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra

Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.

3. Waktu benci

Bil
Sikap
Maksudnya
Mengatasinya
1
Kehendak suami tidak dilayan
Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk
Baiki kesilapan bukan mempertahankannya
2
Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik
Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik
Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan
3
Makan tidak selera
Dia mahu simpati daripada suaminya
Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat
4
Tidur seorang diri
Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya
Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang

Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.

4. Waktu mengharap

Bil
Sikap
Maksudnya
Mengatasinya
1
Muka masam
Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan
Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya
2
Meminta maaf sambil menangis
Dia benar-benar insaf
Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu
3
Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya
Dia hendak meminta suami membelinya
Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak

Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif.

Comments

  1. kak, sy setuju dengan semua keterangan diatas.. memg ader masenyer suami tidak memahami kehendak isteri, tidak memahami mengapa isteri buat begitu & begini.. tp hanya tau marah & berfikiran -ve pd isteri yg sedang menunjukkan ketidakpuasan hatinye mengenai sesuatu yg dier tidak suke..
    tp bersyukur lah bg isteri yg mendapat suami yg amat2 memahami(mudah peka)tindak tanduk isteri..

    ReplyDelete
  2. TO ENA...
    yea dik bersyukur jika kita dapat suami yg memahami kita walaupun tidak sepenuhnya..kerana pemikiran lelaki dan wanita selalunya berbeza namun sebagai insan kita cuba untuk saling lengkap melengakapi dan bertolak ansur antara satu sama lain..

    ReplyDelete
  3. salam pagi Jumaat..

    hanya suami kepada isteri masing2 je yg memahami pe'el org sebelah dia . , kadang2 depa lak buat tak tau je apa yg diprotes oleh si manja tu . he he he

    ReplyDelete
  4. TO MATJOE...
    dugaan dan rintangan dalam rumahtangga itulah yg kemudiannya akan mengeratkan lagi kasih sayang kita sekeluarga..

    TO KAK UMMIHUMAIRAH...
    betul tu kak lebih2 lagi tg telah lama hidup bersam tapi kena yg buat2 tak faham tu yg sedih kan...

    ReplyDelete
  5. SALAM INA
    semoga ina dan wahid bahagia hendakNYA...dan didoakan kepada pasangan lain juga...nak di kira kita dah bertahun2 hidup bersama pun bukan bermakna kita sudah kenal pasangan kita..kerana terlalu byak dugaan yg mendatangi kita tanpa mengira waktu..dan berbagai bentuk dugaan yg diberi juga sesuai dgn kekuatan kita sebenarnya juga..ALLAH tidak akan memberi lebih dari kemampuan kita mengatasi dugaan itu..
    maka kita lah yg perlu memikirkan jalan keluar kepada masalah kita dalam rumahtangga..
    jujur ikhlas..setia dgn pasangan.. sering meminta maaf walau bukan salah diri kita..mmg bukan mudah untuk melakukan hal begitu..tapi apa yg kak N dah cuba buat.. alhamdulillah hampir 20 tahun menjadi isteri kepada suami tersayang..kami dpt mengecapi bahagia yg sukar digambarkan dgn kata2...kekuatan kasih kami semakin utuh..rasa rindu semakin mendalam setiap saat berlalu.. sering berhubung antara kami.. hanya dgn sms saja sudah menjadi kan hubungan kita lebih manis.. kerana itu tanda kita sama2 saling mengingati sesama..tapi nak juga dgar suara sekali dalam 8 jam berpisah..ermm..dan terkadang rasa rindu boleh make me tears..
    apa pun syukur kerana dikurniakan seorang suami yg penyayang,jujur walau tidak romantis bila hari2 penting kami..mmg jauh disudut hati nak dpt apa orglain nak..tapi maybe ada yg org lain x dpt..kak N dpt..ermm ada lebih dan kurang..x boleh la nak sempurna semua hal..

    Semoga kebahagiaan sentiasa bersama2 kita semua...aminn

    ReplyDelete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

Bercuti di Bukit Tinggi

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir