Posts

Showing posts from May, 2010

CANTIKNYA RUMAH AKAK.......

Image
Hari sabtu yang lepas saya dan cek abang  pergi menghantar rak reban ke rumah pelanggan kak imah kawan kepada kak faridah...yg order reban rabbit tu... sesampai nya saya di rumah kak imah terpegun saya melihat susun atur rumahnya memang cantik dan bersih kira layak masuk majalah la ni....sampai tak terasa sakit di kaki...he..he...
rasa macam nak berlama-lama je di rumah kak imah sebab cantik sangat...tapi tu lah sayang gambar tak berapa jelas sebab ambil dengan hanpon cap ayam...dah le cap ayam import pulak dari china...dalam hati duk berkata menyesalnya tidak bawa camera..... yealah di sebabkan rumah kami dekat sahaja se manjung bukan semenanjung yea...maka saya pun pakai sempoi2 je purse pun letak dalam poket sahaja. asalnya kak imah hendak bawa balik sendiri rak rebannya sayangnya tak muat kereta....agaknya dah rezeki saya untuk jejak ke rumah kak imah yg tersergam cantik ni.....
kak imah dan suami pun baik sangat orangnya....jadi cepat mesra..mereka suami isteri sama2 berminat dalam …

SUDI KE NAK TENGOK...

Image
Ini lah reban rabbit yang di tempah oleh pelanggan cikgu ACS dari desa bayu...kalau sudi jamu le mata...
alhamdulillah dah siap juga semalam akhirnya setelah bertungkus lumus berpanas dan berhujan...he..he..
tuan reban pun dah datang tengok semalam..payment done he..he... sekarang tengah cari lori nak hantar kerumah pelanggan...

Kisah di sebalik reban ni kaki saya tengah bengkak ni jalan terhencut-hencut...reban ni berat betul semasa saya menolak untuk membetulkan kedudukan reban kaki tersandung pada jalan yg tidak rata jadi alang bawah reban terhempap pada kaki saya sakitnya tuhan sahaja yg tahu nasib baik tidak retak tulang tapi kena pada urat sahaja sebab tu lebam biru ....
semenjak dua menjak ni asyik dapat sakit je tidak mengapa saya tetap redha kerana kesakitan itu kafarah dari dosa-dosa kita....semuga di ampunkan allah .....dosa-dosa saya...

Sakit Kepala Migrain

Image
Rasanya ramai di antara kira selalu mengalami migrain..saya juga tidak lepas dari mengalaminya tetapi tidaklah sampai tahap kronik... walaupun saya jarang di serang migrain dan bila di serang tidak lah seteruk mana kekadang tu saya tahan sahaja sakit kepala tampa memakan apa-apa ubat sekadar rehat dan dapat tidur sekejap hilanglah tetapi kekadang tu bila dah 2 hari berlarutan baru saya makan ubat... Kalau tidak silap saya tahap serangan migrain terhadap seseorang tu berbeza-bezakan dan punca serangan pun berbeza-beza.. Macam saya kalau kena migrain bila terdedah di dalam cuaca panas yang agak lama dan migrainya akan hilang bila dapat rehat di tenpat yg teduh dan rihat sepenuhnya...Kekadang bila tak cukup rehat dan stress  tu saya selalu juga di serang migrain macam sekarang  ni...insyaallah tak lama sekejap lagi beransur baik.... di bawah ini ada artikal tentang  migrain yg saya dapat dari portal kesihatan di harap dapat membantu kita semuaSakit Kepala Migrain
Usia berapa sakit kepala …

ADUH!!!!! MAK SAKIT.....

Image
DI MULAKAN DENGAN BISSMILLAHHIROHMANNIRROHIM....

Aduh sakitnya gigi/gusi dari semalam sebenarnya dan hari ini bertambah-tambahlah sakitnya...rasaanya dah sampai masanya jumpa doktor gigi..kalau tak silap kali terakhir jumpa pada enam bulan yang lepas...aduh malasnya..

Bayangkan daalam duk sakit tu aleya seperti biasa dengan keletahnya yg banyak tanya pada hal sakit gigi/gusi ni nak buka mulut berrcakap pun malas..bunyi bising pun rasa pening bukan sakit  bahagiann gusi/gigi sahaja urat yg bersambung sakit tulang rahang pipi,bahu,leher membawa ke kepala dan mata...
apa yg ada sekarang adalah kesabaran menghadapi kesakitan...baru rasa bertapa bernilainya sewaktu  allah kurniakan nikmat sihat sebelum sakit...seharusya kita mensyukuri nikmat itu dan mengisi masa sihat dengan perbuatan2 yg memberi menafaat untuk dunia dan akhirat..

Harap cepat sembuh dan pulih sepertia sediakala...dan dapat menjallani kehidupan seperti biasa...insyaallah....



Cara elak gigi rosak atau reput dasani menulis - &quo…