Blog Aku....

Assalamualaikum di pagi jumaat yang berkat ini....alhamdulilah masih di beri Allah kesempatan untuk terus menulis di blog ini....

Rasanya kita selalu akan jumpa perkataan ini...."INI BLOG AKU JADI AKU PUNYA SUKA APA YANG AKU HENDAK TULIS"...rasanya boleh tak kita ambil sikap sedemikian....memang kita boleh tulis apa yang hendak kita tulis tapi kita juga kena peka dengan sensitiviti orang lain...dan yang paling takut kita manabur fitnah dan mengumpat orang lain di blog / FB dan ramai yang membaca nya dan fitnah dan umpat itu bertebaran dari seorang ke seoarang...jadi berapa banyak dosa yang perlu kita tanggung...."nauuzubbillah"

kekadang kita menulis  tanpa sedari mengheret sama pembaca   kedalam masaalah kita atau ada yang terluka dan terasa dengan tulisan kita......ya Allah ampunkan dosa-dosa kami yang telah lalu...
kenapa tiba-tiba saya terfikirkan tentang hal ini...kebetulan semalam saya teringin hendak menjeguk jumlah pengunjung blog saya...alhamdulilah kunjungan 412 pengunjung..tidak sangka semenjak saya membuat give away saya beroleh lebih ramai rakan-rakan baru dan dapat menjalinkan silaturrahim...

Dari mula menulis blog saya tidak pernah memikirkan berapa ramai yang akan membaca blog saya...bagi saya menulis adalah sebahagian dari diri saya...kerana bila saya menulis bermakna saya berfikir...bila berfikir bermakna kita menjana minda kita....dahulu sebelum ada blog saya selalu menulis di diary dan sekarang saya menulis di blog dengan skop yang lebih luas....pelbagai isu yang boleh kita bincangkan...pelbagai info dan ilmu yang kita boleh kongsikan bersama..dan dapat saling menegur jika ada kesilapan...saling membantu kepada yang memerlukan...
bagi saya jumlah tersebut agak banyak bagi blog saya yang seadanya ini....jadi tiba-tiba dalam fikiran saya berfikir jika jumlah sebanyak ini pembaca blog saya jika saya membuat n3 yang boleh mendatangkan dosa....berapa banyak pula dosa yang telah saya sebarkan...nauuzubillah.....semuga di jauhkan oleh Allah dari saya melakukan perkara itu.....


DayDatePage LoadsUnique VisitorsFirst Time VisitorsReturning Visitors
Friday22nd April 20114421156
Thursday21st April 20114121759580
Wednesday20th April 2011259906525
Tuesday19th April 20112631046638
Monday18th April 20112671329339
Sunday17th April 2011136764729
Saturday16th April 20112611106941
Friday15th April 201140515311043

pada pembaca-pembaca blog saya jika ada kesilapan yang saya lakukan saya mohon kemaafan dan jika ada kesalahan saya tegurlah saya tetapi sebagai umat islam tegurlah dengan penuh adab sebagai seorang muslim....berilah teguran membina bukan menghina...
sebagai masyarakat melayu juga kita ada adab dan sopan bertandang jika ada kesilapan tuan rumah beritahu dengan santun ....agar tiada hati yang terluka dan tidak mengaibkan sesiapa..
 ibarat menarik rambut di dalam tepung ...rambut tak putus dan tepung juga tidak berselerak...



NOTA KAKI: Air mata saya tampa sedar bergenang sewaktu melihat di kaca tv khutbah solat jummat yang di hadiri oleh ratusan umat islam -mendengar kutbah solat jumaat oleh Tuan Sheikh Abdur Rahman bin Abdul aziz (imam solat fardu dari masjidil haram mekah) ....alhamdulilah...


Comments

  1. tu sebab kita sebagai empunya blog kena bertanggungjawab terhadap apa yang taip di N3. Bila tujuan buat blog untuk berkongsi idea dan cerita yang baik..insyallah orang akan sudi datang selalu.

    ReplyDelete
  2. as salam azlina,

    peringatan yg baik utk sama2 melihat ke dalam diri kita sendiri...berblog walking melayan waktu mengANTUK tengahari jumaat ni...

    ReplyDelete
  3. @kak ina kl
    insyaallah kak ina akan cuba saling menyampaikan ke arah kebaikan...trm ksh kak..

    ReplyDelete
  4. @Zie
    waalaikummussalam kak...

    yea lah kak bermuhasabah diri...di jumaat yang mulia ini..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...Terima kasih untuk n3 k.ina nie..satu peringatan yg, baik untuk semua..terutama org baru seperti saya nie...belum arif lagi dgn asam garam dunia blog nie...baru dok merangkak.Harap dapat byak tunjuk ajar dari para blogger yg dah lama dlm bidang nie..mcm k.ina ...
    TQ...

    ReplyDelete
  6. salam ina..jgn berhenti menulis jika ia membawa ke arah kebaikan dan begitu jua jika sebaliknya.

    ReplyDelete
  7. salam kak ina,

    Subahanallah...sentuhan n3 ini satu muhasabah buat diri. Terimaksih mngingatkan diri yang terkadang alpa diulik pencemaran Muga mjadi lebih baik dari semalam

    Waalahuaklam

    ReplyDelete
  8. as salam ina,

    sama2 berkongsi ilmu dan pengalaman, itu yang sebaiknya


    saling ingat mengingati maklumlah kita ni insan yg tidak lekang dengan salah dan silap

    ReplyDelete
  9. @Ina
    waalaikummussalam dik...

    akk sekadar mengigatkan diri sendiri dik ..akk pun baru lagi dalam dunia blogger ni baru 2 tahun byk lagi yang perlukan akk pelajari..kita sama sahaja..

    ReplyDelete
  10. @kaksofie
    Insyaallah kak sofie..cuba untuk ke arah kebaikan namun sebagai manusia biasa saya juga tidak lepas dr melakukan salah dan dosa jika ada mohon maaf dari saya...dan berlah teguran seiklas hati..

    ReplyDelete
  11. @ainhany
    wlklsm ucu...

    mudah2an bergitulah hendaknya...saling mendoakan yang terbaik antara kita...inysaallah

    ReplyDelete
  12. @ibuintan
    wlklsm kak nah...

    betul tu kak...itulah tanda kasih dan sayang dlm bersilaturrahim...

    ReplyDelete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir

Mohon ampun dan maaf...