ASSALAMUALAIKUM..... TERIMA KASIH SUDI SINGGAH KE SINI - "BLOG TERIMALAH AKU SEDANYA AKU"... KUNJUNGAN ANDA AMAT DI HARGAI

Followers yang di kasihi..

Wednesday, April 13, 2011

Darah gemuruh...

Rasanya sejak remaja lagi saya memang cepat darah gemuruh...cepat panik bila menghadapi situasi yang cemas...sejak berumahtangga perasaan demikian semakin berkurangan tetapi tidak hilang terus cuma saya masih boleh untuk mengawalnya...

itu juga punca utama saya tidak memandu kereta punca utama darah gemuruh apa yang saya ketahui adalah dari rasa tidak yakin kepada diri sendiri...seperti bila memandu motor perkara itu telah saya lakukan selalu bermakna ada rasa yakin bila memandu...tetapi kereta saya jarang memandu setiap kali hendak memandu rasa berdebar-debar dan degupan jantung menjadi kencang...kemudian setelah saya hantar aleya setiap pagi dengan kereta ke sekolahnya...debaran itu makin hilang selalunya bila tengahari saya ambil aleya dengan motor kerana jalan raya agak sibuk pada waktu tengahari...hari ini abang call saya dia tak dapat ambil aleya di sekolah dan meminta saya mengambilnya...motor abang dah bawa ke tempat kerja bermakna saya terpaksa ambil aleya dengan kereta....pukul 12.00 baru abang beritahu dia tak dapat ambil aleya bermakna saya tak jangka terpaksa mengambilnya dengan kereta serta-merta saya terasa berdebar-debar ...boleh ke..boleh ke....padahal baru pagi tadi saya hantar aleya ke sekolah dengan kereta..
kuatnya degupan jantung hanya saya yang rasa....seram sejuk di buatnya...saya banyakkan berdoa dan berzikir alhamdulilah selamat pergi dan balik...tak tahu sampai bila perasaan bergini akan ada dalam diri...hanya kepada Allah saya bermohon..

Sebelum keluar rumah bacalah doa ketika keluar rumah...


Ketika duduk dalam kereta sebelum memandu boleh juga membacanya semasa berada di dalam kereta sebelum  belajar memandu..






Berdebar atau Darah Gemuruh

Pernahkah anda merasa berdebar atau darah gemuruh ketika ingin tampil di khalayak atau menghadiri temuduga atau ingin menempuh sesuatu seperti ingin berucap, bertanyakan soalan dalam sesuatu majlis dan sebagainya?
Jika ada, itu adalah simptom kelemahan di bahagian tekanan darah, jantung dan medulla oblongata.
Fenomena Debaran dan “Kuasa Tarikan”
Debaran berlaku apabila seseorang itu tampil dengan hanya membawa fizikal dan mental sahaja. Tanpa membawa sekali spitirual dan emosi, seseorang akan menjadi berdebar, tidak menguasai keadaan malah dikuasai oleh khalayak.
Kuasa Tarikan (juga dikenali sebagai “The Low of Attraction”) bagi orang yang berdebar ialah mereka tidak ada kesediaan sebaliknya mereka “disediakan”. Maksudnya mereka tampil bukan kerana itu kehendak mereka tetapi mereka diaturkan sedemikian oleh komuditi, organisasi, individu atau khalayak.
Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu ada keyakinan dan persediaan yang secukupnya. Penyerahan kepada Allah hendaklah tinggi kerana Dia lah yang Maha Menguasi dan Maha Mengaturkan kita.
Orang yang berdebar, pusat kelemahan bahagian spiritual ialah Medulla Oblongata dan pusat kelemahan bahagian emosi ialah Jantung.
Sebelum debaran berlaku, darah yang lemah pengalirannya telah menjadikan seseorang merasa bimbang dan kurang keyakinan. Kebimbangan ini menjadikan dirinya tidak bersedia atau memaksa diri membuat persediaan di saat akhir. Semakin lewat sesuatu persediaan maka semakin tinggi tahap kebimbangan. Kebimbangan ini akan berterusan hingga sampai saat yang ditetapkan untuk muncul. Ketika itulah debaran sudah tidak dapat dikawal lagi (sebenarnya masih boleh dikawal jika betul caranya, insya Allah). Kebimbangan akan menjadikan tekanan darah tidak menentu. Tekanan tidak menentu ini akan mejejaskan rentak Jantung. Rantak jantung dikawal oleh Medulla Oblongata. Medulla Oblongata akan turut terjejas kerana menanggung tekanan memaksa diri untuk tampil tanpa persediaan dan keyakinan.
Tetapi sekiranya seseorang itu kuat spiritual (Medulla Oblongata) dan emosi (Jantung), kelemahan pada bahagian darah tidak akan menyebabkan debaran.
Debaran Dan Tekanan Perasaan
Medulla Oblongata boleh menjadi lemah disebabkan lemahnya Pankreas. Pankreas yang lemah akan menyebabkan insulin dan glikogen tidak dapat dirembaskan. Glikogen bertindak menutralkan urik asid dan insulin bertindak menutralkan gula. Gua juga merupakan asid dan kandungan gula dalam darah juga akan meningkat jika Pankreas lemah. Pankreas mengawal pemikiran kita yang berkaitan dengan diri orang lain. Penyakit hasat atau tidak puas hati dengan orang lain adalah karektor yang berkaitan dengan kelemahan Pankreas (mengikut Hukum Keseimbangan).
Semakin tinggi urik asid dalam darah, maka semakin penting peranan Jantung untuk mengawal kadar tekanan supaya urik asid tidak menjejaskan tubuh. Jantung dibina daripada otot yang sangat kuat dan tidak mudah untuk lemah. Tekanan Jantung dikawal oleh Medulla Oblongata. Tugas mengawal rentak jantung oleh Medulla Oblongata adalah sangat berat dan ia tidak boleh berlaku serentak dengan kawalan tekanan persekitaran luar tubuh (iaitu kerja dan sosial). Akibatnya seseorang akan merasa tertekan. Tekanan juga penyebab kepada tidak bersedia dan menjadikan debaran.

Debaran dan Sistem Darah
Jantung akan terganggu rentaknya jika terdapat gangguan terhadap kandungan dalam darah. Bahan yang biasa menimbulkan masalah dalam darah ialah sodium. Sodium banyak terdapat dalam garam masakan biasa di dapur. Garam bukit adalah alternatif kerana kandungan sodium yang terendah iaitu kurang 5%. Selain garam dapur, bahan perasa makanan seperti mono sodium glitumat (MSG) turut mengandungi banyak garam dan banyak digunakan dalam masakan dan makanan ringan. Burger merupakan contoh makanan yang mengandungi MSG yang terbanyak berbanding dengan makanan yang lain.
Tahukah anda kedahsyatan MSG sebagai bahan perasa kerana ia bertindak mengalirkan zarah rasa dengan amat cekap. Setitik jus limau apabila dititiskan ke dalam segelas larutan MSG akan menjadikan seluruh gelas tadi menjadi air limau, supaya lebih menarik maka pewarna tiruan turut diletakkan.
Mereka yang mengalami masalah debaran, cuba semak adakah anda kerap mengambil makanan ringan atau makanan dari restoran makanan segera.

30 comments:

  1. assalamualaikum kak

    terima kasih kerana berkongsi maklumat ni...

    manje pon alami masalah yang sama
    walaupun dah masuk 3 tahun ada lesen memandu,
    dan dah selamat mendapat lesen penuh tapi
    hari2 memandu ke tempat kerja, kaki tgn dan
    badan masih menggigil, hati berdebar2... ~

    ReplyDelete
  2. xpe.. normal la rasa gemuruh.. perasaan ni dtg bila kita rasa x konfident dgn diri sendiri.. berdebar2 jee kan... same goes to meee ;)

    macam kes ni, gemuruh bila nak drive keta kan.. mungkin lepas ni, kena selalu la drive.. minta sapa2 temankan.. insya Allah lama2 kita akan rasa confident dgn diri sendiri... chayok2.. janji, jgn cepat putus asa okay...

    ReplyDelete
  3. @♥ manje ♥
    waalaikummussalam dik..

    sekadar berkongsi info rasanya kita ni dlm kategori kurang keyakinan diri...akk dulu semua perkara emak uruskan...tak bpr berani utk berdikari bila khawin dgn tentera selalu kena tinggal nak tak nak kena beranikan diri buat perkara baru.

    ReplyDelete
  4. @Syima Emi
    terima kasih shima..memberi semangat...walaupun ada rasa gemuruh tapi sekarang sedang cuba untuk bertenang...dan membina rasa yakin dlm diri...aku boleh dan pasti boleh dgn izin dan pertolongan dr Allah..

    ReplyDelete
  5. Salam alaik.

    akak mcm mama saya, cepat de sarah gemuruh tu dtg hehehe. suka usik mama terutama kalau mama nak ke klinik jumpa doktor.

    kalau izzati dulu pun memg da darah gemuruh especially time nak wat presentation, nak bercakap kat depan. Tapi lepas2 tu alhamdulillah dah ok (=

    Satu je sebenarnya, kita kena berani. Bila dah berani utk tampil ke depan, insyaAllah keyakinan tu akan muncul. Lepas tu lama2 insyaAllah ok (=

    ReplyDelete
  6. @Izzati Hashim
    waalaikummusssalam izzati...

    yea dik akk ni cpt bimbang dan darah gemuruh anak sampai rumah lambat risau,kalau jumpa doktor ambil darah akk tak pernah tgk bila jarum tu di cucuk di tgn pandang tempat lain...

    dan bila nak jumpa org yg blm prnh kita jumpa slh satu nk hilangkan gemuruh selain dr selawat akk selalu cover dgn bykkan bercakap konon nk ttup rasa gemuruh tu le...

    bygkan masa baru khawin dulu nk pi daftar pesakit luar pun dah ketaq he..he...

    ReplyDelete
  7. Salam Lina,

    thank you for the sharing such an eye opener.
    Anda nervous or stress ada jugak sharing on info dat might help
    http://aulawrites.blogspot.com/2011/03/jangan-stresss-nanti-gemuk.html

    Apa-apun mmg best kat sini thank you again

    ReplyDelete
  8. @Nurul Aula
    waalaikummussalam...

    terima kasih kerana sudi singgah ke sini..sekadar berkongsi info semuga memberi manafaat kepada kita..insyaallah

    ReplyDelete
  9. salam..sy pun sama darah gemuruh..smpai sekarang sy takot bw keta..adoi..suami bising gak..tp lg seronok j naik motor.taktahu lah nak bt mcmn..

    ReplyDelete
  10. salam..sy pun sama darah gemuruh..smpai sekarang sy takot bw keta..adoi..suami bising gak..tp lg seronok j naik motor.taktahu lah nak bt mcmn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlklsm umie fatin...

      yea sama dengan apa yg berlaku dengan akk dulu...tapi suatu hari akk berjumpa dengan seseorang dia memberi pendapat jika takut bawa kereta besar mulakan dgn kereta kecil dulu..kancil contohya kalau ada duit beli kalau tak cuba sewa sebulan 2...
      alhamdulilah suami akk tlh membelikan akk kancil second hand dan dgn izin Allah juga akk sudah berani memandu sekarang...

      Delete
  11. salam..samalah masalah dgn saya..sy msh blm ada lesen kereta,dan sedang dlm proses utk mendapatkan lesen kereta..saya mmg rsa takut n gemuruh yg teramat sgt bila mbawa kereta,sbb itu jugalah saya masih blm mampu lulus ujian memandu..rasa malu sgt kt kwn2,sbb sllu minta kat ayah/kakak/adik yg hantarkan sy pergi & balik kerja..rsa rendah diri sgt2 kt org lain..doakan saya dapat lulus ujian memandu nnti ye..Thx sbb share info ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlklsm...anonymous

      yea ke...akk alhamdulilah sekarang sdh boleh memandu dgn izin allah sudah boleh kesana kemari walaupun masih lagidgn sikap mungkin terlalu berhati-hati..
      jangan rasa rendah diri tanam kan rasa yakin pada diri dan yakin pada Allah yg pengsih dan penyayang akn mendengar doa dan permintaanmu dan akk membantu diri mu...
      sama2 insyallah saya akan doakan jika di sertakan nama sekali pun bagus juga..salam kenal dari saya..
      selalulah zikir rabbi yaasir wala tu assir..

      boleh baca cerita selanjutnya di n3 di bawah ini..
      http://azlinadeco.blogspot.com/2012/01/rabbi-yaasir-wala-tu-aasir.html
      http://azlinadeco.blogspot.com/2012/05/kata-orangbrake-tak-makan.html

      Delete
  12. Assalamualaikum...saya baca komen2 diats rata2 mcm mslh sy jugak.Baru2 ni sy menjalani ujian jpj dan malangnya saya gagal.Saya rasa mungkin disebabkan oleh perasaan gementar saya yg melampau.Bila bawak motor saya jadi berani tetapi bila nk pandu kereta rasa takut sangat.Saya ambil lesen kereta ni pun sbb mak saya yg suruh dan kadang2 fikir juga tentang masa depan.tak kan asyik nak susahkan orang je.Saya sekarang cuba menghilangkan rasa gemuruh ni dan berdoa akan lulus ujian jpj yang kali kedua ni.Thanks utk info ni ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam Anonymous...

      apa yang akak boleh katakan think positif seperti komen syima emi kita merasakan darah gemuruh dan takut kerana perkara tersebut jarang kita lakukan...
      Alhamdulilah sekarng ni akak dh memandu kereta..alhamdulila sudah berani...N3 yang adik baca ni adalah n3 sethun yang lepas ikuti n3 seterusnya bagaimana pengalaman akk sehingga akak berani memandu hingga sekarang dgn izin Allah..
      boleh baca n3 ni..
      http://azlinadeco.blogspot.com/2011/03/yang-luar-biasa.html
      di sini..
      http://azlinadeco.blogspot.com/2012/01/rabbi-yaasir-wala-tu-aasir.html
      dan ini juga..
      http://azlinadeco.blogspot.com/2012/05/kata-orangbrake-tak-makan.html

      Delete
  13. Terima kasih..cg memandu kata saya kalut..Doa tu insyaallah saya akn gunakkan wktu memandu..cuba utk kwl darah gemuruh..^_^..harap past jpj..amin,,n_n

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 farah..

      InsyaaAllah boleh sebenarnya kita jadi darah gemuruh kerana tidak berani melakukan sesuatu perkara yg di luar kebiasaan kita..
      selalunya orang darah gemuruh ni mempunya perasaan agak halus,mudah simpati dan sensitif..(pendapat akak le)..
      sebelum pergi ujian JPJ..sentiasa berdoa dan berzikir rabbi yassir wala tu assir

      Delete
  14. Sy mmg gemuruh sewaktu bwk kereta..risau jgk.doakn sy slmt test jpj pd ary esok..sy akan amalkan doa nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaaAllah akak doakan selalulah berdoa dan amalkan bacaan yh akak nyatakan di atas inyssaAllah di permudahkan Allah.

      Delete
  15. sama la kita sis.sy ada drh gemuruh memang dri kcik lg.hdup x pnah kmfiden.sy lbh suka naik moto dripada bwa kereta.perghh kalu nak pg mana2 yg melibatkan bwa kete,mula la hti ni brdebr2 x senang.lg2 kalu kita bwa penumpang,kalut semacam tp kalu bwa sorg2 kurg skit kalut tu.la ni kena ulng alik pg hspital sblan 2,3x bwa anak,kena tawakaltu.ksian hrapkn abg cti ,tkut bos kata apa pulak kan.hu3 trpaksa brdikari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaaAllah Iana keadaan akan membuatkan kita berani dan yakin dgn izin Allah jua...

      Delete
  16. salam...terima kasih atas maklumat ini...saya memang sentiasa darah gemuruh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam...sama2 dik semuga memberi menafaat insyaAllah..

      Delete
  17. assalamualaikum...
    saya baru nak ambik lesen. rasa gementar mmg kuat sukar nk dielakan. x lama lagi ada ujian JPJ..
    tlg doakan untuk saya... semoga lulus ...terima kasih untuk info yg berguna ini...

    ReplyDelete
  18. salam sy tgh brlajar memandu..tp sy nietdk mudh untuk memahami setiap step yg d pelajari.. tp sy tekadkan gak hati tuk memcuba..alhamdulillah sy da mula fhm... kali pertama bljar kuar bw keta ke jln ry..sy jd x tentu arah tp sy still drive jak dn ikut arahan cikgu..hr nie nak p belajr lg..hati still x tenterm tp kuatkan gak smgt..doakan sy semoga semua bk2 jak..amin..Yatie

    ReplyDelete
  19. sy boleh dah bawa kereta manual di jalan yang kosong.. 5 tahun dah ada lesen.. tapi bila keluar ke jalan besar .. sy gemuruh sampai tak bergerak kereta tu.. adakah dgn bawa kereta auto boleh menghilangkan ketakutan ini?

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

There was an error in this gadget
SABDA RASULULLAH SAW "JIKA KAMU ADA PERASAAN DENGKI,MAKA SEGERALAH BERISTIGFAR DAN JIKA KAMU BERBURUK SANGKA PADA SESEORANG MAKA JANGANLAH KAMU SELIDIKI ATAU MENGINTIP-NGITIP."