Batu Karang

Masalah dan Solusi Penyakit Batu Karang



Assalamualaikum.....
kita kongsikan bersama info penyakit batu karang kekadang sakit dalam badan ni selalunya kita tak dapat tahu pada awalan selalnya bila dah serius baru dapat di kesan....semuga tanda-tanda awal dapat membuat kita lebih prihatin tentang kesihatan diri.

SUMBER DARI : COPY PASTE FROM http://ligakampung.com/blog/penyakit-batu-karang/
MAKLUMAT LANJUT MENGENAI JENIS-JENIS SAKIT BATU KARANG DAN CARA RAWATANNYA KLIK DI SINIhttp://e-kesihatan.blogspot.com/2008/01/batu-karang-hempedu.html
” Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan “Buah Pinggang” terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.
Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.
Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.
 PUNCA-PUNCA PENYAKIT / FAKTOR RISIKO
1) Ketidaksempurnaan dalam aliran saluran kencing
2) Terlalu banyak makan makanan laut yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi
3) Kegagalan buah pinggang
4) Tahap metabolisme seseorang
5) Nanah yang mengeras akibat jangkitan kuman semasa kecil
6) Kekurangan pengambilan air minuman
7) Jangkitan parasit atau cacing di dalam pundi kencing
TANDA-TANDA / SIMPTOM
1) Sakit pada bahagian abdomen iaitu pada sisi kanan dan kiri pinggang
2) Kesakitan seperti berdenyut, berat, dan sakit melilit yang amat sangat seperti hendak bersalin
3) Loya-loya,hendak muntah dan berpeluh.
4) Sukar kencing atau lansung tak boleh kencing dan kencing berdarah/bernanah
5) Demam yang mengigil dan tubuh jadi lemah,muka jadi pucat/sembab dan kulit jadi kering
PANDUAN BAGI PESAKIT BATU KARANG
1. Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
2. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
3. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang
4. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
5. Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
6. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
7. Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
8. Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Comments

  1. as salam ina...kak saya pulak terpaksa buang hempedu sbb batu karang tu dok dlm hempedu...lama dah dia operate ...

    ReplyDelete
  2. @Zie
    wlklsm kak zie...
    kalau dekkat hempedu kena oparate kalau tdk silap ina kena pantang makan..

    ReplyDelete
  3. kawan saya kat opis pun ada mengidap penyakit batu karang dalam hempedu...baru ja dapat kesan.Makan kena pantang.tak boleh makan makanan berminyak,berlemak dan kolesterol tinggi.Yang pedas pun tak boleh.Belum dapat tau lagi nak kena bedah ka tak....

    ReplyDelete
  4. @Ina
    ina macam tahu2 je akk tengah teringatkan ina...tup tup akk buka blog bagi ni ternampak komen ina...trm ksh sudi ziarah akk..
    btl la ina kalau dah sakit memang kena pantang makan tapi sakit batu karang ni terlalu byk yg tdk blh di makan kan..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum. alhamdulilah saya x ray tak nampak tapi dah keluar batunya.. amalkan minum kopi tok janggut campur sesudu madu lebah 2 kali sehari.. selamat berikhtiar . wassalam khairulerfan@gmail.com

    ReplyDelete
  6. @awe
    wlklsm ooh yea ke alhamdulilah kalau mcm tu...trm ksh ats info yg di berikan

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum.ni saje je nak kongsi..saya dulu sakit gastrik.lpas mngamalkan minum kopi tok janggut alhmdulillah sakit saya dh sembuh.kopi tok janggut ni sebenarnya banyak kelebihan.utk penyakit batu karang pn blh... emel: msas_zah@yahoo.com

    ReplyDelete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir

Mohon ampun dan maaf...