Tiga Bulan Sekali.....

Jarang sangat dapat ke Pasar malam tiga bulan sekali pun payah...entah kenapa hari ini teringat hendak ke pasar malam di hadapan Giant..sebenarnya hendak cari manik untuk jahit manik di baju kedai barangan jahitan berhampiran dengan Pasar Malam..

Sampai pasar malam dah jadi rambang mata tengok berbagai barangan di jual...kebetulan saya pergi berdua dengan cek abang sahaja...aleya tidur....jadi belek sana belek sini tak membeli sangat pun...
tapi tu lah pasar malam ni besar sangat kami tak le jalan sampai kat dalam rasanya jalan selorong...lorong yg di hadapan je...lepas tu patah balik...

Sangat tertarik dengan senaskah tafsir al-Quran...legkap berserta CD dan sirah rasul...di dalam tafsir ada di sertaikan hadis sahih mengenai setiap ayat...sejarah ayat tersebut diturunkan dan doa yg boleh di amalkan mengenai ayat tersebut..harga rm 299.00 cuma tafsir tersebut dari universiti dakwah islam bandung mendapat kelulusan jabatan agama indonesia belum mendapat kelulusan dari jakim kerana untuk kelulusan tersebut mereka kena esport lebih kurang 10 ribu naskah....agar sukar untuk melakukannya kerana syarikat kecil....
lagipun zaman sekarang sukar hendak mencari orang-orang yang berminat untuk membeli naskah tafsir dan Al-quran ...ramai yang lebih suka membeli harta benda...seperti handphone,pakaian berjenama,barang kemas yang mececah ribuah ringgit menurut pendapat adik tersebut...bagi saya ada benarnya....

ternampak pula gerai menjual kain ela tu cantik pula di mata saya....harga pun tak mahal....saya tidak kisah beli kain di pasar malam...lagipun saya bukan orang kaya asyik hendak membeli yang berjenama....kekadang saya lihat kain yang sama di jual di pasar malam tapi bila masuk dalam butik harganya berkali-kali ganda...jadi sebagai pengguna kita kena le bijak memilih...

Comments

Popular posts from this blog

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir

Mohon ampun dan maaf...