Skip to main content

Berita sedih....

Assalamualaikum...
Hari ini 5 ramadan....2011......


EMAK MASIH MEMAKAI ALAT BANTUAN OKSIGEN UNTUK PERNAFASAN JIKA TIDAK MEMAKAINYA EMAK TIDAK DAPAT BERNAFAS DENGAN BETUL...

ADIK SAYA SEDANG MENYUAPKAN MAKANAN PADA EMAK...SEBELUM INI WLAU PUN SAKIT EMAK MASIH BERPUASA..PETANG TADI EMAK DI PAKSA MAKAN OLEH DOKTOR 

Seharusnya pagi tadi saya ke hospital membuat rawatan susulan akibat sakit dada yang saya alami selama berminggu...belum sempat saya menerima rawatan saya mendapat panggilan dari cek abang mengatakan dia dapat panggilan dari adik bahawa emak telah di masukkan ke hospital akibat di serang asma....

Inilah kali pertama emak di masukkan ke wad hospital sepanjang hayatnya....

Bergegas ambil anak-anak dari sekolah terus bertolak balik ke Kuala Selangor....call adik lagi adik kata emak masih berada di wad kecemasan sedang di beri pertolongan kerana kesukaran bernafas....adik kata 2 hari sebelum ni emak dia dah bawa emak ke hospital tapi masih belum baik walau telah di beri bantuan oksigen...

Badan saya di sini hati saya sentiasa teringat kepada emak...sewaktu memimpin emak ke tandas...emak dalam tercungap-cungap pernafasannya masih bertanya...anak emak tak sihat ke dah pergi jumpa doktor kebetulan minggu lepas kami sama-sama bersembang tentang rasa sesak nafas yang kami alami...

Emak di masukkan di Hospital Tanjung Karang...pihak hospital ada bertanyakan pada emak...hendak pindah ke hospital Sungai Buloh atau tidak....kerana Hospital TG karang semua wad sama tiada wad kelas satu...kerana hospital daerah...tanya pada emak...mak kata tak hendak pindah tak apa biar walau tak berapa selesa tapi mak suka di hospital di sini sebab emak kenal doktor dan nurse yang bertugas...

Alhamdulilah doktor dan nurse memberi layanan terbaik untuk emak....walaupun duduk bersama-sama dengan pesakit lain...
hendak balik tadi emak menangis...kaki ini seperti di rantai di situ....namun apakan daya kerana isnin aiman apa peperiksaan UPSR dan bergitu juga faaiz yang akan mengambil SPM...manakala abang kena bertolak kerja di tok bali esok.....
Ya Allah hanya dapat berdoa dari kejauhan semuga allah beri kesembuhan buat emak.....kuatkanlah semangatnya ya allah...

SETINGGI2 TERIMA KASIH KEPADA KAK ATON  http://atonsulam.blogspot.com/KERANA SUDI DATANG ZIARAH EMAK SEBAIK SAHAJA DAPAT PANGGILAN TELEPON DARI SAYA....

Comments

  1. assalamualaikum Ina... banyakkan sabar , moga emak Ina cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. Ass-salam dear sis Azlina

    Kak Hazel mendoakan agar mak azlina segera sembuh...
    You too please take good care of your chest pain...
    Kalau kena makan ubat...rajin2 makan ya.
    Selamat menjalani ibadat puas dengan penuh kesabaran...InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Assalam azlina,

    Moga emak cepat sembuh. Mamawana pun terperasan beberapa opismate pun ada yg sakit dada. mamawana pun risau sebab kekadang sekali sekala dada ni menyengat juga. So kami satu opis pakat2 buat resipi ini. segenggam Bawang putih diblend dgn segenggam halia, campur 1 cwn madu asli, campur 1 cwn apple cider, masak seperiuk kechil hingga air nyer tinggal separuh. Minum setiap hari 1 sudu kecil. Elokk utk lancarkan aliran oksigen/darah ke jantung. Hmmmmm.. ins'allah.

    ReplyDelete
  4. salam k ina
    semoga bonda k ina cepat sembuh dan insyaallah sihat semula... amin

    ReplyDelete
  5. aslmkm..moga ibunda yg disayangi lagi dikasihi sembuh dengan sepenuhnya..ISNYA-ALLAH..kak ina pon turut sama jaga kesihatan..semoga segalanya dibawah rahmat kasih ALLAH S.W.T..AMIN YA RABB..

    ReplyDelete
  6. salam lina,
    semuga bonda lina cepat sembuh. dlm masa yg sama lina pun kena jaga kesihatan ye..

    ReplyDelete
  7. Salam Azlina..lama akak tak berkunjung ke mari, bukan blog Lina sahaja, tetepi blog yg lain juga. Kerana akak terlampau sibuk skrg, apatah lagi bulan Ramadhan ni banyak perkara perlu dilakukan... mmg tiada masa hendak berblog-walking...namun hati akak tergerak ptg ni nak klik ke blog Lina... ya Allah..ada berita sedih rupanya. Namun akak doakan agar kesihatan bonda Lina akan bertambah baik, Insyaallah. Di samping itu Lina juga hendaklah menjada kesihatan Lina sendiri...jangan abaikan kesihatan diri sendiri juga...semoga kedua-dua bonda dan Lina akan cepat sembuh..InsyaAllah...Amin.

    ReplyDelete
  8. @sonata anak kancil
    wlklsm sonata..terima kasih mendoakan emak..amin...

    ReplyDelete
  9. @ibuintandan mamaju


    wlklsm trm ksh mendoakan emak amin...

    ReplyDelete
  10. @hazeleyed lady
    wlklsm kak trm kah kerana mendokan emak dan nasihat utk ina..insyaallah doakan yg terbaik bt kami..

    ReplyDelete
  11. @mamawana
    wlklsm mamawana....
    trm ksh kerana mendokan emak..dan terima kasih yg tak terhingga di atas pemberiaan resepi utk sakit dada...insyaallah ina akan buat..tapi hairan kenapa makin ramai yg sakit dada dan sesak nafas..mungkin cuaca persekitaran dan pastinya ada hikmah di sebali semuan ini..

    ReplyDelete
  12. @shima dan ummi_khalish..

    wlklsm trm ksh kerana mendoakan kami...sgt2 teharu ats perhatian semua...amin...

    ReplyDelete
  13. @kakyon
    wlklsm kak yon...

    trm ksh byk2 kan...insyaallah ina akan check doc hari isnin ni..

    ReplyDelete
  14. @Kak Azzah8
    wlklsm kak azzah terima kasih kak sudi jengok ina di sini...trm ksh juga doa dr akk utk kami berdua...sgt2 terharu menerimanya..hanya allah sahaja yg membalasnya...

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum...
    pertama kali yazid ingin mohon maaf,
    sebenarya yazid baru tahu yang mak ada dalam hospital ini apabila yazid bukak ruangan kak ina,
    yazid x taktahu, kerana tiada sesiapa yang memberitahu, insyaalah yazid akan sampai esok,
    baru2 ni, yazid besama zul ada balik melawat mak,
    dan kini x sangka mak ada dalam hospital...
    ape2 pun yazid harap kak inni dan seluruh keluarga kita sabar menghadapi dugaan yang telah allah berikan,, dan semoga MAK AKAN CEPAT SEMBUH SEPERTI SEDIA KALA,
    AMIN

    SEKALI LAGI YAZID MEMOHON KEMAAFAN.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum kak ina..

    Mudah2han emak kak ina cepat sembuh dan semoga kak ina sendiri baik-baik sahaja..

    Selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  17. salam kak ina,

    Mhn maaf ucu baru tahu ni. Sabarlah kak, kita sama2 diuji (dlam dimensi yg berbeza) dan mudah-an mak semkin sembuh dan sihat..

    Tabahkan hati kak, kita doa mudahan berkat rahmat kasih sayang ALLAh, diberikan kesembuhan buat mak tersayang juga semua yang sedang sakit...
    psst..ucu turut berdoa .Amin

    ReplyDelete
  18. @Anonymous
    yazid...

    kak ina tak beritahu semua melalui telepon hanya tulis di wall Fb dan minta yg lain sampai2kan...
    kalau hendak pergi melawat emak pergilah semuga menjadi penguat semangat emak untuk pulih..
    tiada apa yg perlu di maafkan

    ReplyDelete
  19. @Zefa NorAsmara
    wlklsm zefa...

    trm ksih kerana mendoakan kami semuga di makbulkan allah hendaknya..

    ReplyDelete
  20. @ainhany
    wlklsm ucu...
    tiada apa yg perlu di maafkan ucu...kita sama2 di uji semuga Allah berkan kesembuhan untuk insan yg kita sayangi...

    Insyaallah akk akan tabah dan redha menghadapi...semuga allah kurniakan kesabaran bt diri akk dan kesembuhan buat emak dgn limpahan kasih dan sygnya..

    terima kasih ucu kerna turut mendoakan...amin

    ReplyDelete
  21. Salam kak,Intan doakan moga bonda akak sihat dan akak sekeluarga kuatkan semangat utk tempuh ujian dr Allah S.W.T.

    ReplyDelete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

Bercuti di Bukit Tinggi

Assalamualaikum wbt... Syukur atas segala kurniaan Allah swt... Sekadar perkongsian cacatan percutian jika ada yang baik dari cacatan ini ambillah ibrah kebaikannya...jika yang buruk jadikan sebagai sempadan..
Mohon ampun dan maaf di atas sebarang kekhilafan yang datang dari kelemahan diri saya sendiri... Cuti sekolah baharu sahaja lepas...sebenarnya kami sekeluarga jarang dapat bercuti di waktu cuti persekolahan...cek abg selalu waktu cuti sekolah waktu itu juga di arah bertugas di luar daerah...
Alhamdulillah kali ini rezeki dapat bercuti di musim cuti sekolah.. Di sebab kan cuti cek abang yang asyik bertunda.. Tiba-tiba permohonan cuti cek abang di luluskan...  kami tidak tahu kemana hala tuju percutian kami kali ini.
cek abang akak kata tidak mengapa kita jalan sahaja lah...kemana2.. kami sekeluarga mengambil keputusan ke rumah anak yang sulung di Setia Alam...
kami tidur di rumah anak semalam...kebetulan menantu akak tunjuk gambarnya semasa berjalan2 ke Bukit Tinggi,Pahang....
a…

Mohon ampun dan maaf...

Kepada semua....
Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun di maaf jika ada khilaf dan dosa saya terhadap semua....


mohon maaf jika ada tulisan-tulisan saya di blog ini ada menyinggung perasaan rakan2 blogger samaada yang lama ataupun yang baru...
Insyaallah Jumaat ini saya dan keluarga (bonda,anak sulung dan anak bongsu) akan berangkat ke tanah suci....doa kan perjalanan ibadah kami di permudahkan Allah hendaknya...


Rabbi yassir wala tu a'assir..


ya allah kami ingin dan akn menunaikan umrah
namun kami banyak dosa ya Allah..
dosa besar..dosa kecil, dosa yg kami ketahui
dan dosa yg tdk kami ketahui..
ya allah kau ampunilah kami
sesungguhnya kami manusia yg kerdil
lagi hina yg allah..

Ya allah bantulah kami..
Ajarilah kami..
Aku ingin pergi ke rumahmu semata-mata keranamu
Ya Allah..semata2 keranamu ya allah..

Ya Allah, aku mencari hati yang indah
Untuk ku serahkan kepada Mu
Tapi apakan daya
Hati yang ada…
Hati yang ini, masih tercela

Ya Allah, ajar aku untuk meminta yang terbaik dari Mu
Ilmu ku terbatas…

Kenduri Tahlil,doa selamat dan kesyukuran..

Alahamdulilah ahad lepas dengan izin Allah kami dapat mengadakan majlis kenduri Tahlil,doa selamat dan kesyukuran...walaupun ada perubahan di saat-saat akhir oleh jemaah surau..asalnya bacaan yassin dan doa akan di adakan selepas isyak...jadi beberapa hari sebelum hari kenduri saya telah menjemput jiran-jiran,saudara mara dan sahabat handai pada waktu selepas solat isyak menghampiri lewat petang imam surau mengatakan ada pertukaran waktu ahli jemaah surau hanya berkelapangan untuk kenduri tahlil selepas solat maghrib...

BACAAN TAHLIL DAN DOA DI ADAKAN DI DALAM RUMAH OLEH KAUM LELAKI..



SETELAH SELESAI TAHLIL DAN DOA..KAUM LELAKI BERSOLAT JEMAAH DI LUAR RUMAH..
TERHARU DEANGAN JIRAN YG HUJUNG SEKALI DUDUK DI DEPAN PINTU BELUM SEMBUH SEPENUHNYA SELEPAS OPERATION KAKI (KENCING MANIS)...TETAP HADIRKAN DIRI....DATANG DENGAN DI BANTU BERJALAN...SYUKRAN YA ALLAH..

KAUM IBU MASUK KE DALAM PULA UNTUK MENJAMU SELERA..

Kami hanya bertawakal...tak kisah berapa orang yang hadir untuk majlis bacaan …