Pemidang/Bidai...

Assalamualaikum semua...

Kali ini saya hendak bercerita pasal deko pula..kalau ada yang masih ingat dahulu cek abang ada buat pemidang/bidai yang asalnya hendak di letakkan di ruang dapur memisahkan tempat memasak dan singki kabinet dapur macam pisahkan dapur basah dan dapur kering..kononlah sebenarnya bukan layak pun untuk dapur basah atau kering kerana bila membasuh pinggan tetap menggunakan singki yang sama...

Setelah bidai 4 pintu tersebut siap saya pun meminta kak ani lukiskan FA di sebabkan hasil lukisan kak ani tersangat cantik tak jadi le hendak di letakkan di dapur saya letakkan di ruang tamu berhampiran dengan meja lappy saya..

Jadinya di dapur masih tiada bidai penutup...baru-baru ini sejak selepas saya mengajar di bakat ramai pula tetamu yang bertandang kekadang sewaktu saya sedang memasak...dan kebanyakan tetamu memang gemar melawat hingga ke dapur...jadi segan juga le bila waktu memasak ruang dapur yg sedang bersepah itu di lawat...

cek abang dengan rela hati dan rajinnya membuat lagi satu bidai....tapi yg ini simple dan bentuk lain sikit...dan hanya buat bidai 3 pintu sahaja...sesuai le dengan ruang dapur yang kecil..

Bidai baru di cat dengan lapisan pertama...saya minta cek abang potongkan di bahagian tengah sebelah atas bidai..

Bidai telah siap sepenuhnya di pasangkan net nyamuk/net almari lauk di sebelah atas yang berlubang...
tapi belum make-up lagi....saya ingat saya hendak jahitkan langsir dan pasang di tempat yang di pasang net dan bahagian bawah yang kosong saya ingat nak buat tissu decaupage...
ok insyaallah nanti tunggu hasil make-overnya nanti. 

Comments

  1. Salam kak ina....

    lama tak mengomen kat blog akak..cantik2 hasil kerja akak dan abang...berminat tak bukak show room di kl....

    ReplyDelete
  2. @shami2
    Wlklsm Shami2

    terima kasih sudi singgah ziarah akk kt sini dan tgglkan komen..
    dulu masa ada masa lapang selalu juga hantar barang hasil tangan abang ke KL..
    sekarang ni hendak ambil tempahan pun x sempat dik..
    trm ksh sudi jemput akk buat show room kat KL tapi rasanya kami tak layak kut dengan hasil seadanya ini..

    ReplyDelete
  3. salam kak,tringin nk tgok gmbaq bidai yg d fa tu.akak tnjuk la.mesti cntik sgt kan?

    ReplyDelete
  4. @intan cottage
    wlksm intan..
    rasanya akk dah letak dulu..tapi x pa nanti bila bidai ni siap make over akk letakkan sama gambar bidai yg di FA oleh kak ani yea..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum akak..cantiknya....dil teringin nak macam ni..agak2 kalau dil balik m'sia nanti,akk buat satu untuk dil boleh?dil beli dengan akak..tapi x taulah bila dil balik..dil juga berkenan sangat dengan tempat telur..huhuhu...

    ReplyDelete
  6. @ummi_khalish
    Waalaikummussalam dil..

    alhamdulilah dan terima kasih kerana suka dengan hasil kerja kami yang tidak seberapa ini..
    Insyaallah panjang umur murah rezeki kami akan cuba buatkan..

    ReplyDelete
  7. waaa lawa lar...tak sabar nak tegok hasilnyerr..

    ReplyDelete
  8. @azleen
    trm ksh dik insyaallah tak lama lagi siap le..

    ReplyDelete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

Bercuti di Bukit Tinggi

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Mohon ampun dan maaf...