Assalamualaikum semua....
Gambar di atas credit dr en google..
Sebelum cek abang bertolak kerja di luar daerah saya mengajak cek abang membeli kelengkapan sekolah lebih awal agar tidak berasak-asak di hujung tahun nanti...lagi pun hujung bulan 12 nanti baru cek abang balik dari bertugas luar daerah....
Insyaallah tahun hadapan cuma ada 2 orang anak yang bersekolah...tapi yang seorang di IPTA dan seorang lagi menunggu untuk menyambung belajar paling lewat hujung tahun depan insyaallah...
tentu banyak keperluan keewangan harus di peruntukan untuk anak-anak...jadi kami harus bijak berbelanja (baget 2012)..
saya selalunya memang membeli seorang sepasang dahulu untuk anak-anak kerana anak2 cepat membesar dan akan membeli lagi sepasang kasut atau baju pada bulan 4 atau 5 nanti....membeli tidaklah sangat memilih jenama...tapi mencari yang agak berkualiti kira alah membeli menang memakai...dan mengikut kemampuan keewangan kami...
Sewaktu kami leka membeli belah kami terpandang sepasang suami isteri sedang membelikan kasut sekolah untuk 4 orang anak-anaknya yang pada pandangan mata saya jarak umur antara satu sama lain antara satu atau dua tahun....
mereka sekeluarga menuju ke bahagian longgokan kasut sekolah yang berharga rm 5.90 sepasang...saya nyatakan pada aiman dan leya....cuba lihat keluarga tersebut....ayah dan ibu nya hanya mampu untuk membeli harga kasut sebanyak itu untuk anak-anak mereka ...
saya ambil kesempatan dengan apa yang di lihat itu cuba untuk mendidik hati anak-anak...cuba untuk sentuh hati mereka walau hanya dengan kisah tentang kasut...agar mereka beroleh pengajaran darinya..
"aiman dan leya patut bersyukur kerana mendapat kelengkapan yang lebih baik dari mereka....tapi jangan sampai menghina kemampuan mereka..."..
Kerana itu jangan terlalu meminta-minta di luar kemampuan ibu dan abah kerana jika kita rasa kita tak dapat apa yang kita hendak ada lagi orang lain bukan sahaja tidak dapat apa yang mereka kehendaki tetapi harus terima sesuatu itu seadanya dan saya bacakan pada aiman dan leya sepotong hadis....
Sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud "lihatlah kepada orang yang berada di bawah kalian (dalam urusan dunia) dan janganlah melihat yang di atas kalian (dalam urusan dunia).Hal ini lebih layak agar kalian tidak meremehkan nikmat-nikmat Allah atas kalian"...
(hadis riwayat bukhari dan muslim)
Dan anak-anak keluarga tersebut juga harus bersyukur juga walaupun mereka membeli kelengkapan baru persekolahan dengan harga kasut rm 5.90 sahaja tapi mereka lebih beruntung jika di bandingkan dari orang yang tidak mempu membeli kelengkapan baru untuk ke sekolah....dan bergitulah seterusnya....
lihatlah nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita...pasti tidak terhitung oleh kita...
wallahualam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SABDA RASULULLAH SAW "JIKA KAMU ADA PERASAAN DENGKI,MAKA SEGERALAH BERISTIGFAR DAN JIKA KAMU BERBURUK SANGKA PADA SESEORANG MAKA JANGANLAH KAMU SELIDIKI ATAU MENGINTIP-NGITIP."
IKLAS DARI SAYA
..Semua yang di paparkan di sini adalah
coretan,pandangan dan pengalaman saya sendiri sebagai penulis blog ini kecuali di beritahu sebarang artikal yang di copy paste dari sumber tertentu.....
Tidak dibenarkan sama sekali mengambil mana-mana penulisan dan gambar dengan apa cara sekali pun di dalam blog ini KECUALI mendapat izin daripada saya penulis blog ini...
terima kasih kerana menghormati hak saya sebagai penulis blog ini.
BLOG INI MULA DI TULIS /BUAT PADA 6/4/09
coretan,pandangan dan pengalaman saya sendiri sebagai penulis blog ini kecuali di beritahu sebarang artikal yang di copy paste dari sumber tertentu.....
Tidak dibenarkan sama sekali mengambil mana-mana penulisan dan gambar dengan apa cara sekali pun di dalam blog ini KECUALI mendapat izin daripada saya penulis blog ini...
terima kasih kerana menghormati hak saya sebagai penulis blog ini.
BLOG INI MULA DI TULIS /BUAT PADA 6/4/09
ALHAMDULLILAH atas nikmat yg ALLAH berikan..
ReplyDelete@Yan
ReplyDeleteyea alhamdulilah bersyukur dgn setiap nikmat2 kurniaan illahi...bermula dari kewujudan kita di muka bumi ini sehinggalah ke nikmat lain yg tidak terhitung oleh kita...
Salam ina..
ReplyDeleteye la kan ina..mmg kena bgtau anak2 cara mcm tu..nampak depan mata..beza antara mereka dan orglain..bersyukur kerana dpt lebih baik..anak skrg ni dah pandai memilih ina..susah jugak kita nak buat pilihan...
@NJ
ReplyDeletewlklsm kak n...
yea kak kita cuba mendidik anak2 terdaya dan termampu kita setelah semua useha kita lakukan akhirnya kita berserah dan bertawakal ke hadrat illahi...
sedikit sebanyak saya dapat tips bagaimana nak mendidik anak2...kekadang geram juga biler bawak ke kedai nak beli barang2 sekolah,,, dia mengamuk2 nak beli bola la, mainan la...kita plak naik tensen....
ReplyDeletealhamdulilah...cubalah semampu kita utk mendidik anak2..kita berudeha dan bertawakal kepada Allah...
Delete