Skip to main content

Surat Cinta....

Assalamualaikum....

Hari ini saya bercerita tentang puteri tunggal saya Nur 'Aleya addina...jika rakan blogger lama pasti sudah selalu membaca n3 saya tentang pu3 aleya saya ini....

Tak lama lagi aleya sudah sekolah darjah satu...alhamdulilah aleya sudah mula lancar menulis dan membaca sejak berumur 4 tahun..walaupun tak pernah ke mana-mana sekolah sebelum itu...aleya hanya bersekolah tadika sewaktu berumur 6 tahun sahaja...
Bermakna dia sudah boleh menulis dengan mengeja sendiri sejak itu aleya selalu tulis surat di kertas A4 dan beri pada kami baca kalau dia merajuk ke...hendakkan sesuatu ke....
pernah ada sekali tu di sebesar-besar kertas A4 dia cuma tulis "abah dah tak sayang aleya...tak mahu belikan aleya donut big apple"..bila dia bagi je kertas tu pada abahnya kami sakit perut  menahan gelihati...

sekarang ni abah aleya kerja luar mungkin kerana terlalu rindu dan ingatkan abahnya semalam tiba-tiba sahaja aleya bagi surat ini pada saya dia kata hantar dekat FB abah..bagi abah baca...
Aleya..aleya terharu juga saya membaca surat aleya dan ada bahasanya seperti tulisan orang dewasa mungkin ini pengaruh dari pembacaanya....memang aleya suka guna bahasa baku..(bahasa buku) dan memang selalu kalau bercakap dia menggunakan ayat penuh...

Inilah rupa surat cinta aleya yang di tulis untuk abahnya....penuh dengan love yg berwarna-warni...
yang atas sekali adalah tarikh abahnya pergi bertugas luar daerah dan tarikh kembali..(siap harinya)....bila lepas sehari dia akan palangkan tarikh tersebut dan kira berapa bilangan hari yang tinggal untuk abahnya balik nanti....


antara yang tertulis..."aleya sayang ayah".....dan "kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya ".
sangat menyentuh hati saya...
Aleya memang menggangil abahnya sekejap ayah ..sekejap abah...kena mood dia kekadang tu papa pun jadi ...macam itu juga bila dia menulis surat ini....
saya pun aleya panggil sekejap ibu dan sekejap mama....sampai saya pun terikut-ikut dengan panggilan aleya sekejap saya bahasakan diri saya mama,sekejap ibu dengannya...


Lucu pun ada kebetulan sekarang ini gigi kekal aleya sudah mulai tumbuh...tapi gigi susu belum tanggal lagi...sempat lagi tulis perkara tersebut dalam surat untuk abahnya.

Comments

  1. salam ziarah kak,akak dgn ank2 sihat ka?bertuahnya pu3 akak dah pndai nulis ye?

    ReplyDelete
  2. @azlina 2
    walaikummussalam dik...

    alhamdulilah akk dan anak2 sht hendaknya..
    terima kasih sudi ziarah akk di sini...
    alhamdulilah pu3 sudah blh menulis dan membaca sejak berumur 4 thn lagi tapi berterabur le tulisannya...

    ReplyDelete
  3. Salam ina

    Moga ina selalu dlm keceriaan dan dlm lindungan Allah sentiasa.
    Kita akan terharu bila baca hal anak2. Terus galakkan mereka. Anak2 kak pun masa 6, 7 th kak galak baca novel lepas tu cuba apa2 pertandingan. Besar sikit baca novel ingeris, insayallah penulisan mereka hebat!
    Seronokkan ada anak masih kecil!

    ReplyDelete
  4. @mama ju,
    wlklsm kak...
    alhamdulilah amin...
    trm ksh kak ats panduan dan info yg di beri..
    yea le kak ank2 kecil ni penghibur di kala duka..

    ReplyDelete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

Bercuti di Bukit Tinggi

Assalamualaikum wbt... Syukur atas segala kurniaan Allah swt... Sekadar perkongsian cacatan percutian jika ada yang baik dari cacatan ini ambillah ibrah kebaikannya...jika yang buruk jadikan sebagai sempadan..
Mohon ampun dan maaf di atas sebarang kekhilafan yang datang dari kelemahan diri saya sendiri... Cuti sekolah baharu sahaja lepas...sebenarnya kami sekeluarga jarang dapat bercuti di waktu cuti persekolahan...cek abg selalu waktu cuti sekolah waktu itu juga di arah bertugas di luar daerah...
Alhamdulillah kali ini rezeki dapat bercuti di musim cuti sekolah.. Di sebab kan cuti cek abang yang asyik bertunda.. Tiba-tiba permohonan cuti cek abang di luluskan...  kami tidak tahu kemana hala tuju percutian kami kali ini.
cek abang akak kata tidak mengapa kita jalan sahaja lah...kemana2.. kami sekeluarga mengambil keputusan ke rumah anak yang sulung di Setia Alam...
kami tidur di rumah anak semalam...kebetulan menantu akak tunjuk gambarnya semasa berjalan2 ke Bukit Tinggi,Pahang....
a…

Mohon ampun dan maaf...

Kepada semua....
Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun di maaf jika ada khilaf dan dosa saya terhadap semua....


mohon maaf jika ada tulisan-tulisan saya di blog ini ada menyinggung perasaan rakan2 blogger samaada yang lama ataupun yang baru...
Insyaallah Jumaat ini saya dan keluarga (bonda,anak sulung dan anak bongsu) akan berangkat ke tanah suci....doa kan perjalanan ibadah kami di permudahkan Allah hendaknya...


Rabbi yassir wala tu a'assir..


ya allah kami ingin dan akn menunaikan umrah
namun kami banyak dosa ya Allah..
dosa besar..dosa kecil, dosa yg kami ketahui
dan dosa yg tdk kami ketahui..
ya allah kau ampunilah kami
sesungguhnya kami manusia yg kerdil
lagi hina yg allah..

Ya allah bantulah kami..
Ajarilah kami..
Aku ingin pergi ke rumahmu semata-mata keranamu
Ya Allah..semata2 keranamu ya allah..

Ya Allah, aku mencari hati yang indah
Untuk ku serahkan kepada Mu
Tapi apakan daya
Hati yang ada…
Hati yang ini, masih tercela

Ya Allah, ajar aku untuk meminta yang terbaik dari Mu
Ilmu ku terbatas…

Kenduri Tahlil,doa selamat dan kesyukuran..

Alahamdulilah ahad lepas dengan izin Allah kami dapat mengadakan majlis kenduri Tahlil,doa selamat dan kesyukuran...walaupun ada perubahan di saat-saat akhir oleh jemaah surau..asalnya bacaan yassin dan doa akan di adakan selepas isyak...jadi beberapa hari sebelum hari kenduri saya telah menjemput jiran-jiran,saudara mara dan sahabat handai pada waktu selepas solat isyak menghampiri lewat petang imam surau mengatakan ada pertukaran waktu ahli jemaah surau hanya berkelapangan untuk kenduri tahlil selepas solat maghrib...

BACAAN TAHLIL DAN DOA DI ADAKAN DI DALAM RUMAH OLEH KAUM LELAKI..



SETELAH SELESAI TAHLIL DAN DOA..KAUM LELAKI BERSOLAT JEMAAH DI LUAR RUMAH..
TERHARU DEANGAN JIRAN YG HUJUNG SEKALI DUDUK DI DEPAN PINTU BELUM SEMBUH SEPENUHNYA SELEPAS OPERATION KAKI (KENCING MANIS)...TETAP HADIRKAN DIRI....DATANG DENGAN DI BANTU BERJALAN...SYUKRAN YA ALLAH..

KAUM IBU MASUK KE DALAM PULA UNTUK MENJAMU SELERA..

Kami hanya bertawakal...tak kisah berapa orang yang hadir untuk majlis bacaan …