ASSALAMUALAIKUM..... TERIMA KASIH SUDI SINGGAH KE SINI - "BLOG TERIMALAH AKU SEDANYA AKU"... KUNJUNGAN ANDA AMAT DI HARGAI

JIKA RAJIN ....TATAPLAH...N3 TERDAHULU

Wednesday, December 7, 2011

Uban yang memutih.....

Assalamualaikum semua....

Sekejap masa berlalu tampa kita sedari pejam celik...pejam celik anak yang sulung sudah pun berlajar ke IPTA yang no 2..pula dah habis SPM tahun ini...yang ke 3 tahun depan masuk ke sekolah menengah dan puteri tunggal pun akan masuk ke sekolah kebangsaan tahun depan...

Anak-anak yang bertambah membesar...bertambah juga lah usia saya sebagai ibu....alhamdulilah syukur ke hadrat illahi kerana di beri kesempatan untuk melihat anak-anak membesar di depan mata...



Bertambah usia kita berubah juga wajah fizikal kita...kulit yang halus mulus sudah mula berkedut....rambut yang menghitam sudah mula beruban tanda peringatan semakin hampir kita mengadap yang maha esa...

rambut saya juga sudah mula di tumbuhi uban sehelai 2 dan mungkin akan bertambah dari tahun ke tahun sebagai peringatan agar amal ibadah juga semakin bertambah seperti rambut yang mula beruban ini....
saya lihat seperti menjadi trend sekarang ini wanita/lelaki yang berumur sibuk mewarnakan rambut malu di lihat beruban kerana di kata kan semakin tua....padahal itulah hakikatnya kita semakin tua...

Bagi yang muda-muda pula sibuk mewarna kan rambut dengan warna trend terkini...tidak mengira halal arau haram dan kesan sampingan di sebalik semua ini....
semuga kisah ini boleh di jadikan renungan bersama...sila klik di sini..http://www.hmetro.com.my/articles/Wanitarebah_komalepaswarnakanrambut/Article dan di sini...http://drzubaidi.com/blog/?p=2319

itu kesan akibat dari segi perubatan dan segi larangan agama islam yang murni pula adalah seperti berikut....


“Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban (walaupun sehelai) dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” (H.R. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadith ini hasan).
Muhammad bin Hibban At Tamimi r.hu (yang lebih dikenali dengan Ibnu Hibban) dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan “Hadith yang menceritakan bahawa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan darjat seorang muslim kerana uban yang dia jaga di dunia.”
Lalu Ibnu Hibban membawakan hadith berikut. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
لا تنتفوا الشيب فإنه نور يوم القيامة ومن شاب شيبة في الإسلام كتب له بها حسنة وحط عنه بها خطيئة ورفع له بها درجة
“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (H.R. Ibnu Hibban dalam Sahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadith ini hasan)
Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
لَا تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الْإِسْلَامِ إِلَّا كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti.” (H.R. Abu Daud dan An Nasa’i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir mengatakan bahawa hadith ini sahih)
Dari Fudholah bin ‘Ubaid, Nabi s.a.w bersabda:
مَنْ شَابَ شَيْبَةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَانَتْ نُورًا لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَقَالَ رَجُلٌ عِنْدَ ذَلِكَ فَإِنَّ رِجَالًا يَنْتِفُونَ الشَّيْبَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَاءَ فَلْيَنْتِفْ نُورَهُ
“Barangsiapa memiliki uban di jalan Allah walaupun hanya sehelai, maka uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat.” Kemudian ada seseorang yang berkata ketika disebutkan hal ini: “Orang-orang pada mencabut ubannya.” Rasulullah s.a.w lantas bersabda, “Siapa saja yang ingin, silakan dia memotong cahaya (baginya di hari kiamat).” (H.R. Al Bazzar, At Thabrani dalam Al Kabir dan Al Awsath dari riwayat Ibnu Luhai’ah, namun perawi lainnya tsiqoh (terpercaya). Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targib wa At Tarhib mengatakan bahwa hadith ini hasan)
Perkataan Nabi s.a.w: “Siapa saja yang ingin, maka silakan dia memotong cahaya (baginya di hari kiamat)”; tidak menunjukkan bolehnya mencabut uban, namun bermakna ancaman. Rambut uban mana yang dilarang dicabut? Larangan mencabut uban mencakupi uban yang berada di kumis, janggut, alis, dan kepala. (Al Jami’ Li Ahkami Ash Shalat, Muhammad ‘Abdul Lathif ‘Uwaidah, 1/218, Asy Syamilah)
Apakah hukum mencabut uban haram atau makhruh? Para ulama Malikiyah, Syafi’iyah, dan Hanabilah berpendapat bahwa mencabut uban adalah makhruh. Abu Dzakaria Yahya bin Syarf An Nawawi rahimahullah mengatakan, “Mencabut ubat dimakhruhkan berdasarkan hadith dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya.
wallaualam...

6 comments:

  1. i baru berumur 43 tahun. tapi rasa2nya uban dah banyak dah kat kepala ni.. dah mula banyak bukan 2 atau 3 helai..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..berbahagia dan berita gembira bagi mereka yang telah beruban.

    sy pun dah mula ada uban dr umur 30th, tp hebat lagi 2 anak teruna sy yg telah ada uban pd umur 16th...adakah itu biasa atau penyakit?

    ReplyDelete
  3. itulah kitaran hidup......yg muda akan tua. Uban tu peringatan yg usia kita makin meningkat. Maka perbykkn amalan utk bekalan kita nanti. Yg muda beruban mgkn faktor keturunan /shampoo yg x sesuai dgn jenis rambut kot..... :))))

    ReplyDelete
  4. @Yan
    tak pa yan ina pun tengok di kepala ina semakin menambah ni...ada yg cepat beruban ada yang lambat...

    ReplyDelete
  5. @Syimama
    syimama saya ada baca beruban awal ada juga sangkut paut dgn faktor genetik,penggunaan syampoo yg tidak bersesuaian atau alahan pada minyak rambut...
    wallahualam seseungguhnya allah jua maha mengetahui ats segala setiap sesuatu..

    ReplyDelete
  6. @Ibuhani
    btl tu kak kitaran hidup bergitulah segala yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya agar kita mengambil pengajaran darinya..

    ReplyDelete

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Recent Comments

SABDA RASULULLAH SAW "JIKA KAMU ADA PERASAAN DENGKI,MAKA SEGERALAH BERISTIGFAR DAN JIKA KAMU BERBURUK SANGKA PADA SESEORANG MAKA JANGANLAH KAMU SELIDIKI ATAU MENGINTIP-NGITIP."

IKLAS DARI SAYA

..Semua yang di paparkan di sini adalah
coretan,pandangan dan pengalaman saya sendiri sebagai penulis blog ini kecuali di beritahu sebarang artikal yang di copy paste dari sumber tertentu.....


Tidak dibenarkan sama sekali mengambil mana-mana penulisan dan gambar dengan apa cara sekali pun di dalam blog ini KECUALI mendapat izin daripada saya penulis blog ini...

terima kasih kerana menghormati hak saya sebagai penulis blog ini.

BLOG INI MULA DI TULIS /BUAT PADA 6/4/09