Posts

Showing posts from 2012

sama2 kita berhijrah...

Image
assalamualaikum.....

SALAM MAAL HIJRAH SEMUA...

semuga kita semua sama2 berazam untuk berhijrah mengubah sempadan iman..insyaallah..

MENGUBAH SEMPADAN IMAN..baca selanjutnya sila klik di sini MENGUBAH SEMPADAN IMAN http://azlinawahidina.blogspot.com


Bicara Si kKecil 2

Image
RasuluLlah SAW bersabda,"Barangsiapa menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah SWT akan melorongkan baginya jalan ke syurga"

assalamualaikum semua semuga di rahmati Allah selalu hendaknya...
ALHAMDULILAH....
Minggu Lepas Balik dari sekolah Aleya bukan main gembira senyum melebar....

"Mama ada berita baik ni mama...Aleya dapat no 1 dalam kelas sek agama 1 A.."..
saya peluk dia sebagai memberi semangat gembira...sebelum ini aleya sudah membawa balik kertas keputusan peperiksaan setiap subjek.
.alhamdulilah semua markah melebihi 90 keatas dan satu dua subjek yang dapat 100 markah ..syukur tapi saya tak sangka dia mendapat tempat pertama..

Esoknya sewaktu menghantar aleya ke sekolah agama..ustazah memberitahu markah aleya yang tertinggi antara semua..tetapi tiada Hari  Anugerah Cemerlang tahun ini kerana guru besar mengalami kemalangan dan hari anugerah di tunda tahun hadapan...

Saya lihat aleya agak kecewa...katanya teringin sangat hendak naik pentas ambil ha…

Bicara si Kecil 1

Image
Assalamualaikum ...semuga semuanya di rahmati Allah selalu hendaknya..

Balik dari sekolah semalam aleya berbual-bual dengan saya..
"Mama dekat sekolah kan cikgu tanya apakah cita-cita kami" cikgu nak murid-murid beri 3 cita-cita..
 Tanya saya ...>>>> "Yea aleya beritahu cikgu apa..", aleya bercita-cita hendak jadi apa bila dewasa nanti"..
Jawab Aleya >>>> "Aleya cakap pertama aleya hendak jadi doktor, kedua hendak jadi jururawat, ketiga hendak jadi saintis".. saya bertanya kepada Aleya cikgu cakap apa selepas itu..
"cikgu ashylani kata...uiishh...nak jadi siantis..bagus...bagus"..
Saya betanya kembali kepada aleya.. "aleya tahu tak saintis tu apa..."?? jawab aleya.. "hmmmmm.. saintis tu macam profesor comot tu di tv astro..buat ujikaji..ekperimen.., Betul tak mama"...saya anggungkan sahaja rasanya  cukup setakat itu  pemahaman..nya mengenai kerjaya seorang saintis..buat masa ini..
saya memanggil a…

Melapah....

Image
Assalamualaikum....

Alhamdulilah hari ini Jumaat 10 zulhijjah kita semua menyambut Hari Raya Korban...
Tahun ini kami semua menyambutnya di Taman Perumahan Kami sahaja...minggu lepas baru balik Ziarah emak..hendak balik ke kampung suami pula tak berkesemptan..kerana jarak yang jauh ..serta kesuntukan masa..tambahan minggu hadapan anak bongsu mula peperiksaan akhir tahun..
Insyaallah jika panjang umur bulan 12 tahun ini akan balik ke kampung suami..

Sayu rasa hati bila kami sekeluarga bertakbir raya di dalam rumah sendiri..kemudian menikmati juadah hanya kami sekeluarga...

Berhari raya korban di tempat tinggal sendiri juga meriah kerana masyarakat setempat di sini masih mengamalkan..sikap bergotong royong dan berkerjasama...
Tahun ini taman kami mengadakan korban sebanyak 5 ekor lembu..acara korban di lakukan di padang hadapan rumah saya..

IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya
Haji. Pada Hari Raya Haji  ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dib…

Doa seorang Ibu..

Image
Dengan lafaz bismillah saya mulakan kalam bicara....
mohon maaf jika ada banyak kesalahan menulis malam ini kerana malam ini saya menulis menggunakan tab2. Di sisi saya ketika ini anakanda aleya tersayang yang telah lena beradu....pastinya hati ibu mana yang tidak bimbang bila anak mereka sakit kan lebih-lebih  lagi di usia yang masih kecil...
Saya kongsikan pengalaman ini yang saya rasa ramai ibu-ibu lain juga mungkin pernah  merasakan pengalaman yg sama.

selain beruseha saya berdoa sungguh-sungguh kehadrat illahi...ubat-ubatan adalah useha kita dan penyembuhnya adalah dari  Allah jua...
Benarlah janji Allah bahawa .Doa seorang Ibu tiada hijab ianya terus di angkat ke langit.....
“Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).”
(Quran, Ali-Imran, 3:173)
.kalau di lihat badan aleya yang lemah dan kesakitan yang di alaminya tak mungkin dia akan pulih dengan segera namun kuasa Allah mengatasi jangkauan akal fikiran kita hamba…

Perjalanan di waktu dinihari...

Image
Dengan Lafaz Bismillah saya mulakan kalam bicara...
Alhamdulilah kita masih di benarkan Allah bernafas di buminya hari ini...
Semuga hari ini lebih baik dari semalam..

Sebaik menerima berita mengenai pemergiaan abang ipar saya menalipon suami yang berada luar daerah memohon keizinannya untuk pergi menziarah jenazah buat kali terakhir...

saya pergi bersama anak-anak yang kereta di pandu oleh anak sulung...dan inilah pertama kali saya membuat perjalanan jauh bersama anak sulung..
Cuaca langi sangat gelam..di selang seli dengan hujan lebat membasahi bumi..
Permulaan perjalanan dengan DOA...pertengahannya dengan ZIKRULLAH dan pengakhirannya dengan ALHAMDULILLAH.



Kami ingat-ingat lupa perjalanan ke sana ..cuaca dinihari yang gelap serta lebat agak menghadkan jarak pandangan mata...memasuki tol Cangkat Jering kami tersalah memilih laluan menghala ke Ipoh/ Kuala Kangsar..dugaan pertama bermula tetapi alhamdulilah Allah beri kami ketengangan menghadapinya...
menyusuri highway sehingga menjump…

Aku Bersyukur Ya Allah (how will you raise your daughter)

Image
Assalamualaikum..semua

Salam ramadan 10 malam kedua...semuga kita sama2 dapat mempertingkatkan amalan dan kekal istiqomah di dalamnya...insyaallah..

"YA ALLAH BANTULAH KAMI UNTUK TERUS BERZIKIR KEPADAMU DAN SENTIASA BERSYUKUR KEPADAMU DAN MEMPERBAIKI KUALITI IBADAH KAMI KEPADAMU".

Perkongsian rasa saya hari ini....
Rasa bersyukur ke hadrat illahi kerana mempermudahkan saya unutk mendidik satu-satunya anak perempuan saya beramal ibadah dan Berpuasa...
Aleya di kurniakan Allah sebagai seorang yang 'fast learner' jadi apa sahaja yang kita ajarkan padanya dia cepat 'absorb' jadi jika perkara baik yang kita ajarkan baiklah jadinya jika buruk maka buruk lah jadinya...

Oleh itu dengan Aleya apa sahaja perkara yang saya beritahu perlu di lakukan saya harus cerita sebab musababnya berserta contoh sekali...saya boleh bercerita dengannya di sertakan dengan hadis atau ayat al-quran..
Aleya berpuasa dengan Ilmu tidak sekadar menahan lapar dan dahaga..saya terangkan perkar…

Anak-anak dan ilmu...part 1..

Image
Assalamualaikum lama tak menulis di sini....

seminggu dua minggu ni agak sibuk dengan urusan anak-anak.... minggu lepas hari ambil kad kemajuan anak saya Nur 'Aleya Addina di sekolah agama dan sek kebangsaan...alhamdulilah aleya dapat no 2 di sekolah agama dan sekolah kebangsaan..walaupun letih bersekolah pagi dan petang...dan malam mengaji pula... Aleya tidak kenal erti jemu...aleya yg berada di kelas pertama untuk tahun satu rajin beruseha...saya tidak pernah paksa dia untuk pergi ke sekolah kebangsaan dan agama atau pun pergi mengaji di rumah guru mengaji..aleya sendiri yang meminta saya menghantarnya.... syukur ke hadrat illahi kerna mengurniakan rasa ingin menuntut ilmu di hati aleya...di samping mempunyai guru-guru dan ustazah-ustazah yang dedikasi.... guru aleya saya boleh ber SMS untuk bertanya sebarang kemusykilan di panjatkan kesyukuran ke hadrat illahi..
semuga aleya membesar menjadi anak yang solehah...berilmu dan memberi ilmu untuk menafaat diri sendiri dan bermenafaa…

Baru bersua namun rindu tetap kembali bertaut...

Image
Baru semalm balik semula ke manjung setelah  ziarah emak di Kuala Selangor..lebih-lebih lagi dengan keadaan ksihatan emak bergitu...
Semuga mak dalam rahmat sayang kasih sayang Allah selalu hendaknya..





Dan tiba2 hati pun menjadi teramat rindu....
Ya Allah rendahkanlah suaraku bagi mereka..
perindahkanlah ucapanku di depan mereka...
lembutkan hatiku untuk mereka..
Ya allah berikanlah mereka balasan sebaik-baiknya atas didikan mereka terhadapku....
pahala yang besar atas kesayangan mereka terhadapku..
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku..

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Image
Assalamualaikum....

N3 kali ini adalah cacatan yang terakhir mengenai perjalanan kami menjadi tetamu Allah... 6hb april. (mlm)1012 sehingga 10 april (zohor) kami berada di madina al munawarah.. Mulai 10 april (mlm) .2012 sehingga 19 hb april.(selepas zohor) 2012.. kami berada di tanah suci mekkah al mukaramah..
...ibadah umrah di selang seli dengan ziarah..bermiqat di jaranah.,tanaim... Lawatan ke muzium, ladang unta,jabal rahmah, gua hira dan sebagainya...
alhamdulilah jemaah lelaki dapat bersolat jumaat di masjidil haram...sampai juga saat dan ketika terpaksa meninggalkan bumi mekah yang di cintai... kesayuan menyelubungi hati...di tambah 2,3 hari sebelum balik emak di serang asthma...alhamdulilah sehari sebelum pulang emak bertambah sihat dengan izin Allah yang mengkabulkan doa dari rakan-rakan jemaah yang lain...
Saat kaki melangkah untuk tawaf wida...saat melontarkan pandangan terakhir pada kaabah...saat membaca doa selepas tawaf wida...air mata berlinangan tanpa di sedari...
&quo…

Mekah al-mukarammah..

Image
Assalamualaikum.......

alhamdulilah hari ini dapat saya menyambung kembali perkongsian cacatan perjalanan sebagai tetamu Allah...sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri...

SELASA. 10 APRIL.2012

selepas solat zohor kami bersiap-siap untuk bertolak ke Mekah...
Sedih hati meninggalkan rasullulah....semuga suatu hari nanti kami berpeluang menziarahimu lagi wahai kekasih Allah...
Bedebar-debar untuk menjadi tetamu Allah...menyimpuh sujud di baitullah..
MENANTI SAAT BERTOLAK KE MEKAH...AMBIL PAHALA SUNAT JUGA MENUNAIKAN UMRAH DENGAN BERPAKAIAN SERBA PUTIH..

subahanallah sebagaimana kami sampai ke Madinah tempoh hari yang lalu kami di sambut dengan hujan bergitu juga sewaktu bertolak Ke mekah sampai ke masjid Bir Ali sebagai miqat berniat umrah kami...hujan mulai turun membasahi bumi suci ....
AWAN BERARAK MENDUNG..

MASJID BIR ALI YANG DI BASAHI HUJAN..

Perjalanan di teruskan...kami sampai ke Mekah al mukarammah dalam pu…

kata orang...Brake tak makan....

Image
Assalamualaikum...

Mulakan  dengan bismillah di pagi jumaat yang penuh keberkatan ini...Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami...perkenankanlah permintaan kami.., perelokkanlah perbuatan kami..dan berikanlah kami kejayaan di dunia dan di akhirat..amin..

3,4 hari tidak menulis agak sibuk semenjak dua menjak ni....sibuk uruskan hal2 anak hendak sambung belajar dan macam-macam lagi badan pun cepat rasa penat je..
Hari ini saya tangguhkan dahulu cerita mengenai cacatan perjalanan umrah saya...insyaallah kita sambung cacatan itu nanti di lain kelapangan..
semalam sesuatu telah terjadi...Pagi semalam  anak saya yang kedua hendak pergi kerja cari-cari kunci motor dia hilang tak jumpa saya pun menghantar anak ke tempat kerja... Masa hendak balik perasan yang padel brake tidak berfungsi puas pam..pam (tekan tekan) syukur waktu itu  saya tidak memandu laju... sebenarnya sebelum ini dah rasa macam kalau hendak tekan brake tu kena tekan kedalam..sudah bagi tahu pada cek abang..cek abang pun su…

KALAM BICARA DARI HATI...

Image
Bemulanya bicara hari ini adalah kalam bicara dari hati aku...
Tujuan saya menulis cacatan jemputan umrah ini tiada niat yang buruk di sebaliknya samaada ingin,riak atau pun menunjuk-nunjuk...saya hanya ingin kongsi pengalaman dan tip-tip yang mungkin dapat membantu pembaca blog lebih-lebih lagi pada yang belum pernah menjadi tetamu Allah dan berkeinginan untuk menjadi tetamunya kerna perkara inilah yang terjadi pada saya sebelum ini...
juga untuk memberikan pada diri sesiapa membacanya ada rasa rindu dan berkeinginan untuk menjadi tetamu Allah..

Sebaik mendapat perkhabaran saya akan menjadi tetamu Allah selain dari persiapan memperbaiki amalan dan..bermuhasabah diri..serta .menambah pengetahuan mengenai umrah dan haji melalui krusus-krusus yang di beri saya juga selalu mencari-cari di internet jika ada blog-blog yang menceritakan tentang pengalaman mereka di tanah suci lebih-lebih lagi pengalaman tetamu Allah yang membawa bersama tetamu kecil....setiap pengalaman mereka yang saya bac…