ASSALAMUALAIKUM..... TERIMA KASIH SUDI SINGGAH KE SINI - "BLOG TERIMALAH AKU SEDANYA AKU"... KUNJUNGAN ANDA AMAT DI HARGAI

JIKA RAJIN ....TATAPLAH...N3 TERDAHULU

Friday, January 27, 2012

Sensitifnya hatiku...

Dimulakan dengan quran bismillah

Salam Jumaat yang mulia semuga kita semua beroleh keberkatan dari Allah swt...

Bila terdengar jiran2 di timpa musibah..rasa belas dan simpati saya melimpah ruah...baru-baru ini jiran setaman mengalami kebakaran rumahnya boleh di katakan habis kebanyakkan kelengkapan rumah terbakar dan atap bumbung rumah semuanya musnah juga menjejaskan sedikit atap rumah jiran bersebelahan rumah mangsa....
semuga di beri Allah kekuatan jiwa dan iman untuk jiran ini menghadapi ujian dan dugaan dari Allah swt...

Tadi saya baru sahaja balik dari melawat jiran selang beberapa rumah dengan saya.. yang hanya saya ketahui di khabarkan sakit kerana pembedahan tangan...sebenarnya agak terlewat menziarah kerana kesibukan menghantar aleya sekolah dan kesibukan balik ke kampung baru ini saya berpeluang menziarah jiran saya...

Sebaik memberi salam dan yang menjawabnya hanyalah suaminya {secara kebetulan suaminya tidak berkerja hari ini kerana tidak sampai hati melihat kesakitan isteri}..
saya terpandang sekujur tubuh jiran saya yang sangat lemah terbaring di ruang tamu...dengan mata yang terpejam...dan tidak bersuara....terpandang pula perut jiran saya yang membesar seperti orang mengandung sembilan bulan {jiran saya tdk mengandung}..kaki dan tangannya membengkak...

Jiran saya rupanya baru di sahkan mengidap sakit buah pinggang dan baru sahaja menjalani pembedahan urat untuk memudahkan proses cucian darah nanti...
Hati saya benar-benar tersayat sayu hampir menitis air mata saya....saya usap kepalanya sambil memberi kata-kata perangsang....saya juga memberi kata2 semangat buat suaminya dalam keadaan nada suara saya yang sudah mula sebak.....

Ya Allah kuatkan hati saya untuk tidak menunjukkan kesedihan di hadapan mereka...
saya berdoa buat mereka ya Allah kau perkenankanlah doa2ku.

Hati ini cepat tersentuh saya cuba utk tabah di hadapan jiran yg sakit baru saya ziarahi...makin lama di hadapannya makin tak tertahan sayu di hati....Ya Allah kau ringankanlah beban kesakitannya...kau ampunkanlah dosa2nya ya Allah hanya padamu hamba memohon....sesungguhnya engkau lah yg maha pengasih dan peyayang..
Begini Do’anya , yang sesuai dengan sunnah : “Laa ba’sa thohur insyaAllah”
Ertinya : “Tidak mengapa, semoga sakitmu ini membersihkanmu dari dosa-dosa, InsyaAllah.”

(Hadith Riwayat Al-Bukhari)
Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.

"Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu." At-Tarmizi & Abu Daud.


10 comments:

  1. Assalam Ina, ye la.. semoga kesakitan yg kita hadapi dpt membersihkan dosa2 kita kepadaNYA, Insyaallah.. semoga jiran Ina dan kpd semua yg sdg melalui detik2 kesakitan, cepat sembuh.. Aminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam hasnah.....
      mudah2an bergitulah hendaknya...amin

      Delete
  2. Salam

    Kakak terfikir2 ttg perkara2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlklsm kak ju...

      perkara apakah yg akk terfikir2 kan..
      mohon maaf kerana kurang memahami maksudnya

      Delete
  3. Amin... semoga Allah makbulkan doamu n jiranmu kembali sihat dan tabah. peringatan kepada kita yang masih sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...yea btl tu peringatan buat kita juga masa sihat sebelum sakit...masa hidup sebelum mati...

      Delete
  4. salam akak,

    lama sungguh ucu tak bertengur..awal2 tahun ni agak sibuk sikit..ade2 je perkara yg perlu diberesi.. Muga akak dan family sihat2 sejahtera. InsyaALLAH

    sedih, sebak, kasihan..itulah kata hati kita dan itu jugalah rahman ALLAH bila mengajak kita untuk merasai dan menyintai sesama saudara. Hari ini mereka diuji namun kita juga akan diuji sejauh mana kita memlihara hak dan adab berjiran.. Teruskan akak mmberi semangat dan bantuan sekadar termmpu untuk meringankan bebannya..Tekanan perasaan melampau merupakan senjata yang sulit untuk penyembuhan..Muga2 ALLAH mmeberikan semula nikmat sihat berkat doa dan ikthtiar dan sokongan semua pihak....

    Bila diuji mcm ni...semuga ALLAH selamatkan dan dia lebih mngetahui..cu turut mndoakan kesembuhan jua buat jiran2 kak ina nie dan salam takziah buat yang diuji degn kebakaran...Semuga ade rahmat bersamanyaa .JAga diri ye akk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikummusssalam ucu....

      yea lah ucu kak ina pun terasa bahang kesibukannya nak2 pula nur aleya addina sek pagi dan petang dan akk yg mengambil dan menghantarnya...
      Insyaallah akk akn membantu yg termampu oleh akak derma kilat pun telah dis erahkan pada mangsa...

      insyaallah semuga rahmat allah sentiasa memayungi kita semua..

      Delete
  5. Salam kak ina...lama tak jenguk kak ina...Maklumlah saya dah pun berpindah ke Kuala Pilah.Sajer mencuba angin kat sini pulak..Saya nak membesarkan anak2 depan mata saya sendiri, walau ada yang tak yakin saya buat..Insyallah...Allah akan membantu...Kak Ina doakan saya boleh yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlklsm leen...
      alhamdulilah akk baik2 je...dh pindah k.pilah patut le lama menyepi...insyaallah di manapun leen dan anak2 tinggal allah akn sentiasa bersamamu dan akk doakan Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan hidupmu dan anak2 sentiasa di bwaha rahmat illahi selalu hendaknya...

      Delete

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Recent Comments

SABDA RASULULLAH SAW "JIKA KAMU ADA PERASAAN DENGKI,MAKA SEGERALAH BERISTIGFAR DAN JIKA KAMU BERBURUK SANGKA PADA SESEORANG MAKA JANGANLAH KAMU SELIDIKI ATAU MENGINTIP-NGITIP."

IKLAS DARI SAYA

..Semua yang di paparkan di sini adalah
coretan,pandangan dan pengalaman saya sendiri sebagai penulis blog ini kecuali di beritahu sebarang artikal yang di copy paste dari sumber tertentu.....


Tidak dibenarkan sama sekali mengambil mana-mana penulisan dan gambar dengan apa cara sekali pun di dalam blog ini KECUALI mendapat izin daripada saya penulis blog ini...

terima kasih kerana menghormati hak saya sebagai penulis blog ini.

BLOG INI MULA DI TULIS /BUAT PADA 6/4/09