ASSALAMUALAIKUM..... TERIMA KASIH SUDI SINGGAH KE SINI - "BLOG TERIMALAH AKU SEDANYA AKU"... KUNJUNGAN ANDA AMAT DI HARGAI

JIKA RAJIN ....TATAPLAH...N3 TERDAHULU

Sunday, January 1, 2012

Syukur dan Sayu

Assalamulaikum wbt....

Menyambut tahun baru masihi ini semalam aleya di landa demam panas....risau juga saya di buatnya tambahan pula semakin hampir dengan waktu persekolahan yang akan di buka tidak lama lagi...

Namun tetap menerima dengan sabar dan redha serta berdoa ke hadrat illahi agar aleya di beri kesembuhan..


TERLALU LEMAH SEHINGGA TERTIDUR DI ATAS TIKAR SEMBAHYANG KECILNYA SELEPAS SOLAT SUBUH TANPA MEMBUKA TELEKUNG...

Aleya merengek" ibu...leya demam..ibu sakit tak tahan...kepala aleya pening..."...
saya katakan pada aleya "sabar yea dik banyakkan berzikir....ada ingat tak buku zikir asma al husna...kalau sakit baca zikir apa"...
Alhamdulilah dalam sakit2 aleya masih ingat dengan apa yang di bacanya....."baca ya 'azim ibu 12 kali....ibu pun boleh zikirkan ya salam untuk leya sebanyak 111 kali dan doakan agar Allah bagi aleya sembuh.."...
terharu saya kerana aleya masih mengigati apa yang di bacanya walaupun dalam keadaan sakit...

Sewaktu menulis n3 ini air mata saya mengalir kerana mengenangkan  aleya walaupun baru berusia 6 tahun dan dalam keadaan sakit dia tetap tidak mahu meninggalkan solat walaupun bacaan solatnya tidak lagi sesempurna mana....
aleya rajin membaca saya ada membeli buku Indahnya hidup bersyariat tulisan ustaz ismail kamus...aleya ada membacanya...
waktu solat zohor tadi aleya solat secara duduk walaupun lemah dia masih mahu bersolat...petang ni panas badan aleya makin tinggi dan dia semakin lemah dia hanya mampu solat berbaring tapi tetap tidak meninggalkan solat asar dan maghrib.....
Saya panjatkan syukur kehadrat illahi semuga aleya tetap beristiqamah melakukan ibadat sehingga dewasa dan menjadi anak yang solehah..

Ya Allah kau lindungilah anakku aleya...kau berikanlah kesembuhan untuknya..kau jadikanlah ia anak yang solehah...limpahan rahmat dan hidayahmu terhadapnya...
Ya Allah sewaktu di lahirkan anakku dalam keadaaan seorang muslimah...jadikan sepanjang kehidupannya juga seorang muslim serta penghakhiran hidupnya juga seorang muslimah...yang berjumpa denganmu nanti bersama kalimah mu ya Allah...
Sesungguhnya engkaulah yang maha mengetahui dan maha menguasi atas segala sesuatu dan hanya kepada mu juga hambamu ini memohon pertolongan...
amin..amin..ya rabbul allamin...

4 comments:

  1. assalamualaikum kak..baca n3 ni sayu rasa hati..semoga aleya sihat kembali...be strong sayang...

    p/s:selamat tahun baru semoga hidup kita semua diberkati dan dirahmati Illahi

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusssalam dil..

      insyaallah akk akn kuat kerana Allah sentiasa ada di sisi kita...

      selamat thn baru utk dil juga...amin ya rabbul alamin...

      Delete
  2. smoga aleya cepat sembuh.......nak sekolah dah ni, aleya! Smoga azlina tabah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. trm kak hani...alhamdulilah aleya sudah sembuh...insyaallah ina akan sentoasa tabah..

      Delete

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Recent Comments

SABDA RASULULLAH SAW "JIKA KAMU ADA PERASAAN DENGKI,MAKA SEGERALAH BERISTIGFAR DAN JIKA KAMU BERBURUK SANGKA PADA SESEORANG MAKA JANGANLAH KAMU SELIDIKI ATAU MENGINTIP-NGITIP."

IKLAS DARI SAYA

..Semua yang di paparkan di sini adalah
coretan,pandangan dan pengalaman saya sendiri sebagai penulis blog ini kecuali di beritahu sebarang artikal yang di copy paste dari sumber tertentu.....


Tidak dibenarkan sama sekali mengambil mana-mana penulisan dan gambar dengan apa cara sekali pun di dalam blog ini KECUALI mendapat izin daripada saya penulis blog ini...

terima kasih kerana menghormati hak saya sebagai penulis blog ini.

BLOG INI MULA DI TULIS /BUAT PADA 6/4/09