Skip to main content

Perjalanan ibadah umrah - Khabar dari bonda..

Assalamualaikum semua....

Setelah ramai yang bertanya di massage inbox di fb..dengan bismillah saya mulakan cacatan umrah episod pertama ini...segala cacatan yang di kongsikan bersama ini dengan niat dapat membantu kepada yang memerlukan...juga semuga membuka hati kita untuk bersungguh2 dan berkeinginan untuk menjadi TETAMU ALLAH..insyaallah..

segala yang tertera dalam cacatan ini..(insyaallah episod demi episod nanti) apa yang baik adalah datangnya dari Allah manakala yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri...

cacatan ini nanti akan berupa seperti diary perjalanan dan saya akan menggunakan bahasa aku untuk lebih senang saya menulis dan berharap juga akan lebih senang untuk di fahami kepada yang membaca blog ini...

Seperti insan lain setiap kita pasti berkeinginan untuk menjadi tetamunya....saya sentiasa berdoa dan memasang niat untuk menjadi tetamu Allah...hanya kemampuan membatasi...(mungkin juga tidak dengan useha yang bersungguh2 kearah itu) useha maksud saya bukan sekadar kemampuan material tetapi kemampuan rohani juga...

BERMULA BICARA.......

Sejak 2,3 tahun ini ingatan aku untuk ke tanah suci semakin membuak-buak di tambah lagi dengan menghantar emak di airport saban tahun menunaikan umrah....alhamdulilah rezeki yang Allah kurniakan buat emak untuk menjadi tetamunya...syukur juga emak mendapat kad jemputan dari Allah selalu...malah melalui emak Allah menjemput kakak emak sebagai tetamunya...rezeki yg ada emak kongsikan bersama-sama semuga Allah murahkan rezeki emak selalu...

Subuh 24hb 11.2001 (khamis)

Dalam masih waktu solat duha aku mendapat panggilan talipon dari emak...menanyakan aku hendak tak pergi menunaikan umrah.....jawapan aku pasti hendak siapa lah yang tak mahu kan...
pantas jawapan aku "ya Allah hendak sangat"...
segera aku bersujud syukur...emak meminta aku bertanyakan pada abang (suamiku) samaada hendak ikut bersama sayangnya dia terpaksa bertugas pada tarikh berangkat yg kami pilih..


Surah At-Talaq (Ayat 2-3) Barang sesiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (bagi permasalahan yang menimpa mereka). Dan juga memberikannya rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadi baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka." ( Hadis Riwayat Abu Daud)


Ya allah inikah yang di maksudkan dalam surah at-talaq kurniaan rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka...alhamdulilah..subahanallah...allah huakbar..

Sejak itu hati dan perasaan aku sentiasa di sana...(tanah suci)...Ya Allah kau lah maha pemberi rahmat aku berdoa untuk menjadi tetamumu dan kau beri aku kesana secara percuma ya Allah maha pengasih dan peyayangnya lagi maha mengasihani..
.menurut emak orang yang kaya raya pun ada yang belum sampai ketanah suci...selagi belum mendapat jemputan dari Allah untuk mendapat jemputan itu kita sendiri harus belajar mengenali Allah berdoa dan meminta padanya..(wallahualam)...

aku memohon keizinan suamiku untuk pergi menunaikan umrah..antara kata2 suamiku " Pergilah sayang abang iklas dan redho mengizinkan.."...namun dalam hati aku mula ada rasa kebimbangan kerana pergi bermusafir tampa mahram....walaupun pihak travel menyediakan tumpang mahram...aku rasa seperti yang kurang alangkah baiknya jika aku dapat pergi bersama mahramku sendiri kerana bila teringat hadis rasulullah mengenai wanita yang berpergiaan (musafir) tampa mahram..
Jangan seorang wanita bermusafir melainkan bersama dengan mahram. Dan jangan bersendirian seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan bersama wanita itu mahramnya.” Tiba-tiba seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku akan keluar untuk berperang, dan isteri-ku pula hendak pergi menunaikan haji.” Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab: “Pergilah kamu bersama isteri-mu (menunaikan haji).” (Muttafaqun alaihi – HR Bukhari dan Muslim ).
meskinpun ada fatwa yang membenarkan tapi hati aku lebih berat dan berasa selesa jika pergi bersama mahram sendiri..


3. Pendapat Tabung Haji Malaysia.

Dari segi hukum mengenai wanita yang akan belayar menunaikan fardhu haji bersama mahram ialah sebagai berikut:

a. Wajib seseorang wanita itu pergi menunaikan fardhu haji bersama suami atau mahramnya.

b. Jika tiada suami atau mahram boleh ia pergi bersama dua orang perempuan yang thiqah (yang dipercayai amanah dan taat). Memadai juga dengan seorang perempuan yang thiqah.

c. Harus ia pergi seorang diri sekiranya diyakini keadaan dirinya dalam dalam pelayaran/perjalanan selama menunaikan fardhu haji itu aman dan selamat.

Memandangkan keadaan yang ada sekarang, bagi seseorang bakal haji wanita Malaysia itu seboleh-bolehnya pergi bersama suami atau mahramnya sahaja (tidak selainnya) untuk menjauh atau mengelakkan daripada fitnah dan kesusahan


Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Rabiulawal 1422 bersamaan 11 Jun 2001 telah mengambil keputusan seperti berikut :-

Keputusan Fatwa :

Diharuskan musafir bagi wanita untuk tujuan menunaikan haji sunat atau umrah sunat tanpa suami atau mahram dengan syarat-syarat yang ketat dan disiplin-disiplin yang tertentu :-

1. Aman perjalanan dan terjamin keselamatannya.

2. Suami atau mahram tiada atau kedua-duanya uzur atau tidak dapat bersama disebabkan oleh sebab yang diharuskan syarak.

3. Telah mendapat keizinan suami atau mahram ( jika ada ).

4. Bersama dalam kenderaan yang menghimpunkan ramai penumpang seperti kapal terbang, keretapi atau bas.

5. Bersama dengan kumpulan perempuan yang thiqah (boleh dipercayai) dan solihat.

6. Perjalanannya tidak menimbulkan fitnah dan keraguan.

7. Wanita tersebut dari golongan yang sudah berumur.

8. Tujuannya semata-mata kerana ibadat kepada Allah ( taqarrob ) melalui ibadat ini, bukan untuk bermegah-megah, ujub, riak, takbur atau tujuan-tujuan yang lain.

9. Perjalanannya ke haji sunat atau pun umrah sunat ini bukan sebagai "budaya tahunan" tetapi untuk keperluan dan jangka masa tertentu ( setelah beberapa tahun yang panjang ) dan bukan bertujuan melancong semata-mata.

10. Mempunyai perbelanjaan cukup untuk menunaikan ibadah ini pergi dan balik, juga mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk nafkah dan keperluan hidup selepas menunaikan ibadah haji sunat atau umrah sunat.

11. Kesihatannya baik, tidak menghidap penyakit kronik yang boleh menyusahkan dirinya dan orang lain bersamanya dalam perjalanan hingga balik ke tanah air.

12. Datang daripada hasrat dan kemahuan yang amat kuat dari diri sendiri ( bukan disebabkan oleh ajakan orang lain ).

13. Waniat yang hendak pergi itu mestilah dari golongan zat hishmah ( jati diri dan berakhlak mulia ).

14. Mendapat kebenaran dari Uli-Amr.

15. Perjalanan itu semata-mata ke tempat yang ada hubungan dengan ibadah tersebut kecuali perkara-perkara yang tidak dapat dielakan.

16. Telah mendapat kebenaran dari pihak bertanggungjawab kedua-dua Negara (Malaysia dan Arab Saudi).

17. Digalakkan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa kepada mahram/ suami.

INSYAALLAH KITA BERSAMBUNG BICARA DI EPISOD AKAN DATANG..

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Bukit Tinggi

Assalamualaikum wbt... Syukur atas segala kurniaan Allah swt... Sekadar perkongsian cacatan percutian jika ada yang baik dari cacatan ini ambillah ibrah kebaikannya...jika yang buruk jadikan sebagai sempadan..
Mohon ampun dan maaf di atas sebarang kekhilafan yang datang dari kelemahan diri saya sendiri... Cuti sekolah baharu sahaja lepas...sebenarnya kami sekeluarga jarang dapat bercuti di waktu cuti persekolahan...cek abg selalu waktu cuti sekolah waktu itu juga di arah bertugas di luar daerah...
Alhamdulillah kali ini rezeki dapat bercuti di musim cuti sekolah.. Di sebab kan cuti cek abang yang asyik bertunda.. Tiba-tiba permohonan cuti cek abang di luluskan...  kami tidak tahu kemana hala tuju percutian kami kali ini.
cek abang akak kata tidak mengapa kita jalan sahaja lah...kemana2.. kami sekeluarga mengambil keputusan ke rumah anak yang sulung di Setia Alam...
kami tidur di rumah anak semalam...kebetulan menantu akak tunjuk gambarnya semasa berjalan2 ke Bukit Tinggi,Pahang....
a…

Mohon ampun dan maaf...

Kepada semua....
Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun di maaf jika ada khilaf dan dosa saya terhadap semua....


mohon maaf jika ada tulisan-tulisan saya di blog ini ada menyinggung perasaan rakan2 blogger samaada yang lama ataupun yang baru...
Insyaallah Jumaat ini saya dan keluarga (bonda,anak sulung dan anak bongsu) akan berangkat ke tanah suci....doa kan perjalanan ibadah kami di permudahkan Allah hendaknya...


Rabbi yassir wala tu a'assir..


ya allah kami ingin dan akn menunaikan umrah
namun kami banyak dosa ya Allah..
dosa besar..dosa kecil, dosa yg kami ketahui
dan dosa yg tdk kami ketahui..
ya allah kau ampunilah kami
sesungguhnya kami manusia yg kerdil
lagi hina yg allah..

Ya allah bantulah kami..
Ajarilah kami..
Aku ingin pergi ke rumahmu semata-mata keranamu
Ya Allah..semata2 keranamu ya allah..

Ya Allah, aku mencari hati yang indah
Untuk ku serahkan kepada Mu
Tapi apakan daya
Hati yang ada…
Hati yang ini, masih tercela

Ya Allah, ajar aku untuk meminta yang terbaik dari Mu
Ilmu ku terbatas…

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Assalamualaikum....

N3 kali ini adalah cacatan yang terakhir mengenai perjalanan kami menjadi tetamu Allah... 6hb april. (mlm)1012 sehingga 10 april (zohor) kami berada di madina al munawarah.. Mulai 10 april (mlm) .2012 sehingga 19 hb april.(selepas zohor) 2012.. kami berada di tanah suci mekkah al mukaramah..
...ibadah umrah di selang seli dengan ziarah..bermiqat di jaranah.,tanaim... Lawatan ke muzium, ladang unta,jabal rahmah, gua hira dan sebagainya...
alhamdulilah jemaah lelaki dapat bersolat jumaat di masjidil haram...sampai juga saat dan ketika terpaksa meninggalkan bumi mekah yang di cintai... kesayuan menyelubungi hati...di tambah 2,3 hari sebelum balik emak di serang asthma...alhamdulilah sehari sebelum pulang emak bertambah sihat dengan izin Allah yang mengkabulkan doa dari rakan-rakan jemaah yang lain...
Saat kaki melangkah untuk tawaf wida...saat melontarkan pandangan terakhir pada kaabah...saat membaca doa selepas tawaf wida...air mata berlinangan tanpa di sedari...
&quo…