Skip to main content

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Assalamualaikum....

N3 kali ini adalah cacatan yang terakhir mengenai perjalanan kami menjadi tetamu Allah...
6hb april. (mlm)1012 sehingga 10 april (zohor) kami berada di madina al munawarah..
Mulai 10 april (mlm) .2012 sehingga 19 hb april.(selepas zohor) 2012..
kami berada di tanah suci mekkah al mukaramah..
...ibadah umrah di selang seli dengan ziarah..bermiqat di jaranah.,tanaim...
Lawatan ke muzium, ladang unta,jabal rahmah, gua hira dan sebagainya...

alhamdulilah jemaah lelaki dapat bersolat jumaat di masjidil haram...sampai juga saat dan ketika terpaksa meninggalkan bumi mekah yang di cintai...
kesayuan menyelubungi hati...di tambah 2,3 hari sebelum balik emak di serang asthma...alhamdulilah sehari sebelum pulang emak bertambah sihat dengan izin Allah yang mengkabulkan doa dari rakan-rakan jemaah yang lain...

Saat kaki melangkah untuk tawaf wida...saat melontarkan pandangan terakhir pada kaabah...saat membaca doa selepas tawaf wida...air mata berlinangan tanpa di sedari...

"Ya Allah ya tuhanku,jangan jadikan tawaf dan ziarah hambamu ini sebagai sebagai kali penghabisan di baitullah,jika sekiranya di takdirkan menjadi yg terakhir maka hambamu pohon syurga sebagai gantinya dengan kemurahan rahmatmu wahai tuhan yg maha rahmat"..

YA ALLAH TUHAN YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG...MAHA PENGAMPUN DAN MENERIMA TAUBAT....KAU JEMPUTLAH KAMI MENJADI TETAMU LAGI YA ALLAH..

Ziarah ke Ladang unta..sihat-sihat unta di sini..hendak beli susu unta pun banyak di jual 5 riyal sebotol..aleya suka pula minum susu unta...


Cuaca agak panas terik ketika ini ribut pasir juga ada sesekali bermula..
kagum dengan orang arab badawi zaman dahulu yang menternak unta di padang pasir..sekarang ni kebanayakan orang arab dah kaya raya..mereka mengupah orang sudan untuk menjaga ladang ternakan unta mereka..


Di muzium dekat hudaibiyah..




Di puncak Jabal rahmah tempat di mana nabi adam dan hawa di pertemukan semula setelah di keluarkan dari syurga...

Dikaki gua hira...di mana tempat kali pertama nabi muhammad saw menerima wahyu dari Allah..

Malam terakhir di masjidil haram selepas solat isyak....berduyun-duyun jemaah yang baru balik dari bersolat fardu berjemaah....di sini semua sentiasa beriringan beribadat....rindu saat-saat bergini...ya Allah..


Gadis jemaah dari turki yang suka sangat dengan aleya...tak pandai sangat berbahasa inggeris..tapi sayang sgt dengan aleya sampat merakam gambar dan video aleya berpuluh kali dia mencium pipi aleya..


Ya Allah janganlah menjadi kan kunjungan kami ini kunjungan yang terakhir kali ya Allah.

Bas yang membawa kami untuk ke lapangan terbang Jeddah Singgah di corniche jeddah...(kawasan pusat membeli belah barangan elektronik)...tak ramai jemaah yang turun seorang dua sahaja jadi kami tidak lama di sini...
Dalam perjalanan ke lapangan terbang Jeddah singgah sebentar di  masjid terapung jeddah @ masjid Ar-rahman..
semua turun bergambar  dan menunaikan menunaikan solat sunat dan solat asar di masjid ini...


aleya di air port king abdul aziz jeddah menunggu untuk berlepas kami solat jamak takhir isyak dan magrib di sini..

Memasuki perut pesawat...


Comments

  1. Alhamdulillah dapat menunai ibadah umrah di tanah suci, bersama keluarga lagi... tentu masih terasa-rasa nikmat beribadah di sana. Tentu telah banyak perubahan berbanding dulu.

    Semoga Allah panjangkan umur & murahkan rezeki dapat kita kesana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah dan trm ksh syimama...syukur ke hadrat illahi mmg byk perubahan menurut emak ina yg baru pergi thn lepas thn ni juga dh byk perubahan dh byk hotel2 yg di robohkan dan sedang di robohkan..utk pembesaran masjidil haram dan pembinaan hotel baharu..

      Delete
  2. حج مقبول وسعي مشكور

    ReplyDelete
    Replies
    1. يا ماجد شكرا
      يجب أن الآلهة المباركة

      Delete
  3. seronok tgk gambar lina & family menunaikan umrah
    semoga kty suatu hari nanti di murahkan rezeki dpt pergi sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah atty mudah2an insyaallah suatu hari nanti..

      Delete
  4. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu akbar. Indahnya suatu pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah mamawana....suatu pengalaman yg hanya Allah sahaja mengetahui apa yg di rasai di sanubari..

      Delete
  5. salam kak ina,

    Subhanallah...dah pualng pun akak rupernya..maaflah akhir2 ni ucu agak sibuk dan tak dan nak singgah....
    alhamdulilah...ucu tumpang gumbira degn paparan siri umrah ni..mudahan mmperolehi umrah mabrur.Amin. ada doakan ucu tak???
    semua pun dah puas hati..dan pasni aleya pun kena solat betui2..x boleh ponteng2 tau..Allah marah..insyaALLAH istiqamah hndaknay dan mmjadi anak solehah. syukur dan samalm buat semua family.

    terima kasih kak ina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlklsm ucu...

      dah dik sebulan lebih dh alhamdulilah...dh suruh leya baca komen ucu ni...habaq kt dia degaq tu apa ucu nasihat...dia aggunk senyum2 je..
      Insyaallah ucu mudah2an amin...

      Delete
  6. alhamdulilah...

    insyaALLAH leeya anak yang baik dan pasti akan semakin baik kerana ALLAH. ...tapi jika ibu bagi tau awl dapat jugak laa ucu hantar kat KLIA...:) Ucu pun silap juga tak singgah blog ni..

    Syukurah kak ina, sihat dan dapat sempurna melaksanakan Umrah kali ini. InsyALLAH ada rezeki per gi lagi....:)Doakan ucu juga. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah trm ksh ucu...syukur k hadrat illahi..
      akk pun sama first time pi ucu kelam kabut sikit sampai terlupa nk msg ucu akk minta maaf yea..
      Insyaallah mana tau ada rzeki pi lagi dgn izin Allah kita dpt pi sama2

      Delete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

Bercuti di Bukit Tinggi

Assalamualaikum wbt... Syukur atas segala kurniaan Allah swt... Sekadar perkongsian cacatan percutian jika ada yang baik dari cacatan ini ambillah ibrah kebaikannya...jika yang buruk jadikan sebagai sempadan..
Mohon ampun dan maaf di atas sebarang kekhilafan yang datang dari kelemahan diri saya sendiri... Cuti sekolah baharu sahaja lepas...sebenarnya kami sekeluarga jarang dapat bercuti di waktu cuti persekolahan...cek abg selalu waktu cuti sekolah waktu itu juga di arah bertugas di luar daerah...
Alhamdulillah kali ini rezeki dapat bercuti di musim cuti sekolah.. Di sebab kan cuti cek abang yang asyik bertunda.. Tiba-tiba permohonan cuti cek abang di luluskan...  kami tidak tahu kemana hala tuju percutian kami kali ini.
cek abang akak kata tidak mengapa kita jalan sahaja lah...kemana2.. kami sekeluarga mengambil keputusan ke rumah anak yang sulung di Setia Alam...
kami tidur di rumah anak semalam...kebetulan menantu akak tunjuk gambarnya semasa berjalan2 ke Bukit Tinggi,Pahang....
a…

Mohon ampun dan maaf...

Kepada semua....
Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun di maaf jika ada khilaf dan dosa saya terhadap semua....


mohon maaf jika ada tulisan-tulisan saya di blog ini ada menyinggung perasaan rakan2 blogger samaada yang lama ataupun yang baru...
Insyaallah Jumaat ini saya dan keluarga (bonda,anak sulung dan anak bongsu) akan berangkat ke tanah suci....doa kan perjalanan ibadah kami di permudahkan Allah hendaknya...


Rabbi yassir wala tu a'assir..


ya allah kami ingin dan akn menunaikan umrah
namun kami banyak dosa ya Allah..
dosa besar..dosa kecil, dosa yg kami ketahui
dan dosa yg tdk kami ketahui..
ya allah kau ampunilah kami
sesungguhnya kami manusia yg kerdil
lagi hina yg allah..

Ya allah bantulah kami..
Ajarilah kami..
Aku ingin pergi ke rumahmu semata-mata keranamu
Ya Allah..semata2 keranamu ya allah..

Ya Allah, aku mencari hati yang indah
Untuk ku serahkan kepada Mu
Tapi apakan daya
Hati yang ada…
Hati yang ini, masih tercela

Ya Allah, ajar aku untuk meminta yang terbaik dari Mu
Ilmu ku terbatas…

Kenduri Tahlil,doa selamat dan kesyukuran..

Alahamdulilah ahad lepas dengan izin Allah kami dapat mengadakan majlis kenduri Tahlil,doa selamat dan kesyukuran...walaupun ada perubahan di saat-saat akhir oleh jemaah surau..asalnya bacaan yassin dan doa akan di adakan selepas isyak...jadi beberapa hari sebelum hari kenduri saya telah menjemput jiran-jiran,saudara mara dan sahabat handai pada waktu selepas solat isyak menghampiri lewat petang imam surau mengatakan ada pertukaran waktu ahli jemaah surau hanya berkelapangan untuk kenduri tahlil selepas solat maghrib...

BACAAN TAHLIL DAN DOA DI ADAKAN DI DALAM RUMAH OLEH KAUM LELAKI..



SETELAH SELESAI TAHLIL DAN DOA..KAUM LELAKI BERSOLAT JEMAAH DI LUAR RUMAH..
TERHARU DEANGAN JIRAN YG HUJUNG SEKALI DUDUK DI DEPAN PINTU BELUM SEMBUH SEPENUHNYA SELEPAS OPERATION KAKI (KENCING MANIS)...TETAP HADIRKAN DIRI....DATANG DENGAN DI BANTU BERJALAN...SYUKRAN YA ALLAH..

KAUM IBU MASUK KE DALAM PULA UNTUK MENJAMU SELERA..

Kami hanya bertawakal...tak kisah berapa orang yang hadir untuk majlis bacaan …