KALAM BICARA DARI HATI...

Bemulanya bicara hari ini adalah kalam bicara dari hati aku...
Tujuan saya menulis cacatan jemputan umrah ini tiada niat yang buruk di sebaliknya samaada ingin,riak atau pun menunjuk-nunjuk...saya hanya ingin kongsi pengalaman dan tip-tip yang mungkin dapat membantu pembaca blog lebih-lebih lagi pada yang belum pernah menjadi tetamu Allah dan berkeinginan untuk menjadi tetamunya kerna perkara inilah yang terjadi pada saya sebelum ini...
juga untuk memberikan pada diri sesiapa membacanya ada rasa rindu dan berkeinginan untuk menjadi tetamu Allah..

Sebaik mendapat perkhabaran saya akan menjadi tetamu Allah selain dari persiapan memperbaiki amalan dan..bermuhasabah diri..serta .menambah pengetahuan mengenai umrah dan haji melalui krusus-krusus yang di beri saya juga selalu mencari-cari di internet jika ada blog-blog yang menceritakan tentang pengalaman mereka di tanah suci lebih-lebih lagi pengalaman tetamu Allah yang membawa bersama tetamu kecil....setiap pengalaman mereka yang saya baca saya akan  jadikan sebagai panduan...
melalui pembacaan aku pengalaman masing-masing berbeza juga bergantung kepada keadaan tanah suci semasa mereka menjadi tetamu Allah kerana menurut ibuku sendiri yang sudah acap kali pergi katanya pengalamannya tak pernah sama...

Seperti yang aku nyatakan dahulu hati aku sentiasa berdebar-debar...mengharapkan penerimaan Allah akan kehadiran kami sebagai tetamunya kerana aku sedar aku insan yang hina...banyak melakukan salah dosa...mohon keampuanan dan keredhaan dari Allah yang Agung...yang maha suci..yang maha pengasih lagi maha pengampun...

Menjadi tetamu Allah ini pengalamannya tidak akan kita dapat kutip atau sama dengan pengalaman kita kemana-mana di dunia ini...hanya Allah yang maha mengetahui...bagaiaman perasaan hamba-hambanya yang di jemput menjadi tetamunya..
oleh kerna itu sejak saat pertama saya hendak menulis mengenai pengembaraan suci ini  dan ahli rombongan kami menjadi tetamu Allah telah saya nyatakan dengan jelas..setiap cacatan ini yang baik datangnya dari Allah swt dan buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri...justeru itu yang baik ambillah sebagai tauladan manakala yang buruk jadikanlah sempadan..

EMPAT HARI DI MADINA..

Empat hari di Madinah tidak terasa cepat waktu berlalu...hari-hari di penuhi dengan beribadat,bermuhasabah diri sambil di selang seling dengan ziarah yg di sediakan oleh pihak travel..ke perkuburan baqi,ladang tamar,pasar tamar dan sebagainya...
sayu rasa hati bila tiba saat ziarah selamat tinggal di makam rasululllah..

(gambar dari FB tetamuAllah.com)

Selama 3 hari kami selalu meminum air dari bekas Aliminum ini..dan kekadang air zam-zam di dalam tapi selalunya kalau hendak bawa balik air dan di isi kedalam air mineral kami ambil dari sini sehinggalah hari ke tiga tiba-tiba sewaktu hendak mengisi air ke dalam botol kami di tegur oleh seorang jemaah timur tengah.."lak..zam..lak zam-zam..zam-zam inside"..sambil tangannya menunjukkan ke arah dalam masjidil nabawi...kami hanya mampu menyatakan syukran ya Hajjah...
Air yang dalam bekas aliminium ni bukan di isi dengan air zam zam...hanya air minuman biasa..hari keempat kami sudah tidak mengambil air di sini...aku sehari sebelum  itu mula terasa sakit tekak alhamdulilah dengan izin Allah baik sakit tekak selepas memminum air zam..zam..


(gambar dari fb tetamuAllah.com)..
Keadaan jemaah wanita yang berasak-asak masuk ke raudah...selalunya bila hari,khamis dan Jumaat terutama selepas solat isyak kehadiran Jemaah mebih ramai dari hari biasa kerana hari khamis dan jumaat adalah cuti umum di sana..jemaah di ingatkan jaga diri dan berhati2 sekarang ni jemaah dari malaysia danindonesia di kumpul sebagai satu kumpulan...giliran untuk masuk agak lambat sikit dari jemaah dari negara lain..


Berziarah ke masjid Quba...

"Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa, sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih. (At-Taubah: 108)

Hadis Riwayat Ibnu Majah menyatakan Rasullullah bersabda : "Barangsiapa telah bersuci (mengambil wudu’) di rumahnya, dengan sebaik-baik wudu’, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah".


Berziarah ke Ladang Kurma Abdul Aziz di jamu dengan air teh percuma sedap rasa tehnya alhamdulilah...
mutawif menasihati kami jangan membeli kurma di sini kerana harganya agak mahal..di sini ada di jual hati unta,(baik utk mengubati asthma),buah zuriat (utk yg inginkan zuriat) dan lain2 lagi..keberkesanannya wallahualam ...yg pasti semuanya dengan izin Allah


Ziarah di perkhuburan Baqi 




Keadaan sesak di dalam salah satu kedai di Pasar Kurma...harga Kurma-kurma di sini agak murah...kalau hendak membeli kurma terdapat banyak di Madina di Mekah agak kurang dan harganya agak mahal...Rasanya kalau hendak beli kurma buat ole-ole elok membeli di Madinah banyak terdapat di sini dan di Mekah kita boleh lebih folus kepada ibadah umrah dan lain-lain...

(gambar dari fb tetamuAllah.com)

banyak jenis kurma terdapat di sini dan antara yang menjadi kegemaran dan wajib beli kurma nabi....aku suka sangat makan kurma nabi..kurma nabi adalah kurma yang termahal di antara kurma lain...harga kurma nabi di pasar kurma agak murah sekilo rm 60 riyal..

Comments

  1. Alhamdulillah....selamat pergi dan pulang...mesti rindu nk pegi lg kn?Cik Zai pon rindu nak pegi lagi klau di izinkan Allah...x puas ke Raudhah masa musim haji...tlmpau byk cabaran... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zai masa sekarang ni walaupun waktu menunaikan umrah nak ziarah raudah pun kena berasak2 terutama pada hari khamis dan jumaat selepas solat isyak...ramai jemaah dari negara timur tengah..semuga segalanya di permudahkan Allah hendaknya..

      Delete
  2. Salam alaik.
    Kak Azlina! Doakan saya juga. InsyaAllah saya akan ke sana lepas final exam, bulan 7 nanti. Doakan moga Allah mudahkan urusan utk ke sana. Tak sabar nak pergi. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlklm adikku izzati...

      insyaallah akk doakan semuga segalanya di permudahkan Allah hendak semuga berjaya juga di final axam nanti...

      Delete
  3. assalamualaikum Ina....

    seminggu yg lepas tergerak hati kak chaq nk buka blog ni, masyaAllah seronoknya dpt berita ina n alia ke sana... pada mulanya kak chaq memang ada bercadang nk kesana juga pada awal tahun nie, tp apakan daya modal rm yg ada sekarang sedang mengalir pd rumah yg sedang dibaiki... aduh penat dok menyewa ... insyaAllah hujung bulan nie siap kot n dapat ler kami sekeluarga balik ke rumah sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlklsm kak chaq...

      yea ke kak chaq patut la blog kak chaq sepi tampa berita ina jenguk2 juga...rmh yg kt damansara tu kak chaq menyewakan...alhamdulilah seronok bila rmh dh siap nanti ina pi rasmi na...
      tak pa kak chaq mana tau satu hari nanti ada rezeki kita pi umrah sama2 na cek abg ina pun tak pi lagi hari tu ina pi dgn aleya,emak dan shafiq (ank sulung ina).

      Delete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir

Mohon ampun dan maaf...