kata orang...Brake tak makan....

Assalamualaikum...

Mulakan  dengan bismillah di pagi jumaat yang penuh keberkatan ini...Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami...perkenankanlah permintaan kami.., perelokkanlah perbuatan kami..dan berikanlah kami kejayaan di dunia dan di akhirat..amin..

3,4 hari tidak menulis agak sibuk semenjak dua menjak ni....sibuk uruskan hal2 anak hendak sambung belajar dan macam-macam lagi badan pun cepat rasa penat je..

Hari ini saya tangguhkan dahulu cerita mengenai cacatan perjalanan umrah saya...insyaallah kita sambung cacatan itu nanti di lain kelapangan..

semalam sesuatu telah terjadi...Pagi semalam  anak saya yang kedua hendak pergi kerja cari-cari kunci motor dia hilang tak jumpa saya pun menghantar anak ke tempat kerja...
Masa hendak balik perasan yang padel brake tidak berfungsi puas pam..pam (tekan tekan) syukur waktu itu  saya tidak memandu laju...
sebenarnya sebelum ini dah rasa macam kalau hendak tekan brake tu kena tekan kedalam..sudah bagi tahu pada cek abang..cek abang pun sudah bawa ke makanik yang biasa dia hantar untuk baiki dan servis kereta tapis sayangnya makenik tu sibuk sangat semalam ramai yang menunggu giliran...

Bayangkan saya ni baru je 4,5 bulan ni berani balik memandu kereta..sejak cek abang belikan kereta kecil untuk saya kalau tidak sebelum ni masih takut2 memandu walaupun sudah 13 tahun memegang lesen memandu..
alhamdulilah bila terjadi bergini Allah bantu hairan saya sebenarnya seorang yang cepat panik tetapi tadi Allah beri ketenangan dalam hati saya dalam menangani situasi yg genting ini...dalam zikurullah saya memohon bertolongan Allah saya tidak berani memandu laju....bayangkan bila tiba di lampu Isyarat saya kena tarik break tangan perlahan-lahan dan saya jarakkan kereta dgn kereta hadapa lebih kurang satu setengah kereta...

Yang paling mencemaskan bila hendak membelok di selekoh bayangkan membelok tampa brake..satu tangan hendak tarik brake tangan satu lagi hendak pulas stering...stering pula bukan power stering...seram sejuk jadinya satu badan...Ya Allah kau permudahkanlah...kau bantulah aku...

Alhamdulilah akhirnya saya selamat juga sampai kerumah syukur ya Allah segalanya dengan kehendakmu juga...

Pengajaran dari apa yang terjadi...bila rasa ada yang tidak kena dengan keenderaan hendaklah hantar ke makenik untuk di periksa...jangan tangguh-tangguh kan kerana mengakibatkan keselamatan anda dan pengguna jalan raya yang lain..
Namun segalanya dengan kehendak Allah juga sesungguhnya dia yang berkuasa atas segala setiap sesuatu itu..kerana kita semua cuma hambanya yang hina dan lemah..kepadanya juga kita memohon perlindungan kepadanya juga kita memohon keampunan...wallaualam..
ALHAMDULILAH SI KANCIL KESAYANGAN SAYA SELAMAT DI PANDU SAMPAI KE RUMAH..
Namun segalanya dengan kehendak Allah juga sesungguhnya dia yang berkuasa atas segala setiap sesuatu itu..kerana kita semua cuma hambanya yang hina dan lemah..kepadanya juga kita memohon perlindungan kepadanya juga kita memohon keampunan...wallaualam..

Comments

  1. alhamdulillah selamat sampai di rumahdengan selamatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. trm ksh maslin...syukur alhamhamdulilah

      Delete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir

Mohon ampun dan maaf...