ASSALAMUALAIKUM..... TERIMA KASIH SUDI SINGGAH KE SINI - "BLOG TERIMALAH AKU SEDANYA AKU"... KUNJUNGAN ANDA AMAT DI HARGAI

Followers yang di kasihi..

BLOG CACATAN UMRAH SAYA

Wednesday, June 20, 2012

Jerebu oh Jerebu

Assalamualaikum........
alhamdulilah menulis lagi saya hari ini.......
Cuaca hari ini jerebunya bertambah teruk pagi tadi....terpaksa basuh kereta kerana cermin kereta pun sudah kelabu di selaputi debu...
Lapisan ozon semakin nipis...manusia menzalimi diri mereka sendiri dalam, keadaan cuaca panas dan kering...pembakaran terbuka banyak di lakukan untuk mengurangkan kos penanaman semula..tanpa mengira kesannya terhadap diri manusia dan alam sekitar..

لَا إلهَ إلَّا أنْتَ سُبْحَانَكَ إنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ
Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau, Maha Suci Engkau, Sungguh aku termasuk orang-orang yang telah berbuat dzalim

Risau juga dalam keadaan cuaca bergini aleya pula ada latihan sukan setiap hari dari hari Selasa hingga Jumaat.......aleya pula ada asthma..semuga tidak memudaratkan dirinya...semuga aleya dan rakan-rakanya dalam peliharaan Allah selalu hendaknya..amin...

Berginilah keadaan cuaca pagi tadi..berjerebu bukit bukau di belakang bumbung rumah taman ini tidak kelihatan....saya selalu melihat tahap mana jerebu melalui permandangan bukit bukau ini jika jelas kelihatan baiklah cuaca ketika itu....bila langsung tak kelihatan bergitulah cuaca sebaliknya..

Hujan gerimis mulai turun..sebaik sahaja saya selesai membasuh dan mengelap kereta...jadi kereta basah semula di simbahi hujan....Alahamdulilah..

10 minit selepas hujan.....bukit buka telah kelihatan...

Setengah jam kemudian cuaca semakin cerah ...alhamdulilah..

gambar ini di ambil semasa musin hujan dalam bulan feb atau jan..walaupun awan kelam...bukit bukau masih jelas kelihatan cuaca masa ini sejuk dan nyaman...



KITA KONGSI INFO MENGENAI JEREBU..
Apakah Itu Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
1. Kanak-kanak
2. Orang tua
3. Mereka yang mengalami penyakit
• Asma
• Bronkitis
• Radang paru-paru
• Penyakit paru-paru yang kronik
• Jantung
• Alahan
4. Perokok.
5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Kesan-kesan yang akan dialami jika terdedah kepada jerebu termasuklah:
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
• Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
• Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
• Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh warga yang menunggang motosikal ,pelajar yang menaiki bas dan pejalan kaki khususnya.
• KURANGKAN AKTIVITI LUAR BANGUNAN / PEJABAT / KOLEJ / SEKOLAH/ RUMAH.
• dinasihatkan agar sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih .
• Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
•  dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.


Sumber Dari :
http://pusatkesihatanukm.blogspot.com/2009/07/jerebu-panduan-kesihatan-anda.html

6 comments:

  1. Salam K.Ina.Terima kasih singgah ke blog atie.Atie pon dah lama gak xmengintai2 apa yg ada bwh tudug saji akak tu :D
    Kawasan atie ni cam kurang nampak jerubu..mungkin hampir dgn kwsn kg agaknya.Alhamdulilah.
    kat bandar2 pastinya paling teruk..sama2lh kita menjg kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlklsm atty....

      :))) tak de apa pun..mls memsk..
      mungkin juga le agak siapa yg tggl kt kaw perindustrian lagi teruk le jerebunya

      Delete
  2. Replies
    1. wlklsm maiyah

      lama tak dengar berita semuga sht2 hendaknya

      Delete
  3. salam ina..apa khabar?
    musim jerebu ni.. kena minum air kosong banyak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlklsm kak khbar baik alhamdulilah

      btl tu kak..tapi tu la kekadang tu lupa nk minum air..

      Delete

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

There was an error in this gadget
SABDA RASULULLAH SAW "JIKA KAMU ADA PERASAAN DENGKI,MAKA SEGERALAH BERISTIGFAR DAN JIKA KAMU BERBURUK SANGKA PADA SESEORANG MAKA JANGANLAH KAMU SELIDIKI ATAU MENGINTIP-NGITIP."