Aku Bersyukur Ya Allah (how will you raise your daughter)

Assalamualaikum..semua

Salam ramadan 10 malam kedua...semuga kita sama2 dapat mempertingkatkan amalan dan kekal istiqomah di dalamnya...insyaallah..

"YA ALLAH BANTULAH KAMI UNTUK TERUS BERZIKIR KEPADAMU DAN SENTIASA BERSYUKUR KEPADAMU DAN MEMPERBAIKI KUALITI IBADAH KAMI KEPADAMU".

Perkongsian rasa saya hari ini....
Rasa bersyukur ke hadrat illahi kerana mempermudahkan saya unutk mendidik satu-satunya anak perempuan saya beramal ibadah dan Berpuasa...
Aleya di kurniakan Allah sebagai seorang yang 'fast learner' jadi apa sahaja yang kita ajarkan padanya dia cepat 'absorb' jadi jika perkara baik yang kita ajarkan baiklah jadinya jika buruk maka buruk lah jadinya...

Oleh itu dengan Aleya apa sahaja perkara yang saya beritahu perlu di lakukan saya harus cerita sebab musababnya berserta contoh sekali...saya boleh bercerita dengannya di sertakan dengan hadis atau ayat al-quran..
Aleya berpuasa dengan Ilmu tidak sekadar menahan lapar dan dahaga..saya terangkan perkara2 yang membatalkan puasa...perkara2 sunat, makruh dan ganjaran yang di janjikan oleh Allah bagi orang-orang yang berpuasa...

Aleya tahu berbuka puasa dengan di dahului dengan kurma adalah sunnah nabi..setiap kali bersahur dan berbuka dia akan memulakannya dengan menjamah kurma..
bergitu juga makruh apabila memberus gigi selepas waktu imsak...alhamdulilah di permudahkan Allah..dalam proses aleya mula berpuasa ..pendekatan yg saya lakukan selalu menerangkan secara terperinci setiap masaalah yg aleya hadapi...alhamdulilah dia memahaminya..

Berikut adalah beberapa berita gembira untuk orang-orang yang berpuasa, yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadith-hadith baginda:

            “Syurga itu mempunyai sebuah pintu yang dinamakan Ar Rayyan yang tidak memasuki pintu itu selain daripada orang-orang yang berpuasa. Dan dijanjikan dengan menjumpai Allah Taala pada balasan puasanya.”                                                                        (Bukhari & Muslim)
Aleya pernah bertanya kepada saya"jadi kalau aleya buat baik...mati nanti aleya dapat masuk syurgalah..."
saya cuba terangkan pada Aleya sebaik mungkin dan semampu boleh dengan pengetahuan saya yang cetek saya selalu sertakan hadis2 dan ayat2 al-quran firman Allah untuknya...
seperti dalam kes ini..
saya nyatakan pada aleya..masuk syurga atau neraka bukan hak kita tapi hak Allah hanya Allah yang maha mengetahui di mana kita akan berada di akhirat kelak tetapi sebagai hamba Allah aleya kena berbuat baik dan beramal soleh kerana Janji Allah adalah pasti
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”. [Al Mulk : 2]. 

Dia membalasnya pula" jadi kita pasti akan masuk syurga jika kita berbuat baik dan beramal soleh"...
saya menjawab pula berdasarkan tazkirah yang saya dapat semasa kuliah mingguan di surau...
saya nyatakan beramal soleh dan berbuat kebajikan adalah tanggungjawab kita sebagai hamba Allah kita di masukkan ke syurga adalah dengan Rahmat dan kasih sayang Allah kerana Allah maha pemberi rahmat serta maha pengasih dan penyayang..

Namun sebagai manusia biasa kita semua tidak sempurna bergitu juga dengan Aleya perangainya yg sedikit cerewet kekadang memeningkan kepala..dan tidak boleh di tegur dengan kasar dan lantang kerana dia juga akan buat perkara yang sama terhadap kita walau pun berkali2 saya nyatakan tak baik meninggikan suara terhadap ibu-bapa tapi dia sering terlupa..beberapa minit selepas meninggikan suara terhadap saya di datang memohon maaf..
Aleya masih kecil dan menjadi tanggungjawab dan amanah kami untuk mendidik nya..
Inilah juga kehidupan...kerana di sebalik kesusahan itu akan ada kemudahan..insyaallah..



WALLAHUALAM.....

Comments

  1. begitulah sebaiknya ina. moga aliya cepat faham apa yang di ajar olih ibunya..

    ReplyDelete
  2. Smoga aleya menjd ank yg solehah.....

    ReplyDelete
  3. trm ksh kak yon dan kak hani mudah2an bergitulah hendaknya..

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera,

    Moga dia jadi anak soleh yg membahagiakan ibubapa. Amin. Sebenarnya mama terhilang blog ni, cari tak jumpa, lepas ni mama akan list balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wlklsm mama,
      Mudah2an mama amin, terhilang,x pa mama nanti ina ada kelapangan akn ziarah blog mama lagi insyaallah.

      Delete
  5. alhamdulillah Ina... moga anak perempuan kita terus membesar menjadi anak gadis yg baik dan sentiasa mendengar kata


    maaf akak dah lama tak singgah ke mari, kesibukan membataskan akak berblog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an kan kak bkn sng nk mendidik anj2 sekarng bykn cabarannya. X pa kak ina pn x rajin nknupdate blog mcm dulu lagi.

      Delete
  6. salam K.Ina.Alhamdulilah Aleya membsr dgn didikan yg trbaek dr akak sekluarga.Semoga menjadi wanita yg solehah.
    Sama la ngan atie...seusia 5 tahun atie dah ajar sembhyg & puasa..semoga mereka membsr dgn pegangan agama yg kuat.Aminnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlkslm atie...
      btl tu dik didikan sembahyang yang perlu di tekankan dahulu kemudian baru perlahan2 utk berpuasa...insyaallah mudah2an amin..

      Delete
  7. ALHAMDULLILAH...

    anal2 i pun since umur 6 tahun lagi dah mula puasa. so umur 7 tahun almost full. yg tua tu pun suka puasa sunat.. lega raa tak perlu nak risau sangat bab puasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu yan....kedua2nya kita perlu didik pertama solat kedua puasa...sebelum akil baligh..puasa masih ada kelonggarannya tapi solat sewaktu berumur 7 thn kita sudah mula kena pastikan cara dan bacaan solatnya di perbetulkan..
      wallahualam

      Delete
  8. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan kita membesar dan mendidik anak2 ke jalan yg diredhai. Semoga anak2 kita menjadi yg solleh dan berjihad utk Islam. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea mamawana itulah doa yg sering di ucapkan selepas solat ya allah permudahkanlah aku dalam mendidik anak2 ku...pe;iharalah mereka..limpahkanlah taufik dan hidayahmu kedalam hatiku dan hati2 mereka serta selamatkan anak2 ku di dunia dan akhirat..amin..amin ya rabbal alamin...

      Delete
  9. alhamdulillah.. sejuk kan bila tgk anak mmbesar dgn baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah maiyah kita di berikan Allah kesempatan untk mendidik dan melihat mereka membesar di depan mata kita...

      Delete
  10. anak ibarat kain putih, cantik dan buruk corak anak itu bgantung pd ibu bapanya... jln2 disini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syarmeeze trmksh sudi sggh di sini...bukan mudah utk mendidik anak2 kerana di samping mendidik mereka kita juga perlu menjadi role modul utk mereka...

      Delete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir

Mohon ampun dan maaf...