Assalamualaikum semua....
Semuga semuanya di dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu hendaknya...
Bermula tahun masihi yang baru mengorak langkah kita ke hadapan...setiap yang di tinggalkan di jadikan sebagai pengalaman dan pengajaran yang terkandung pelbagai hikmah di sebaliknya jika kita mahu merenung dalam rasa Qalbu yang dalam..
Hari pertama menghantar dan mengambil satu-satunya puteri saya..aleya bermula rutin harian kembali ke sekolah setalah hampir 2 bulan bercuti...
Bergitu cepat masa berlalu semuga ianya tidak berlalu dengan sia-sia..semuga kita menjadi kan hari ini lebih baik dari semalam...In shaa Allah...
Dalam Sehari saya akan berulang Alik (pergi dan Balik) sebanyak 10 kali menghantar dan menjemput aleya dari sek kebangsaan,sek Agama dan Ke tempat mengaji...
Meredah cuaca yang pelbagai dan hari ini juga alhamdulilah cuaca anugerah Allah tengaharinya agak panas sebelah petagnnya hujan lebat dan ribut petir...
Sewaktu saya ingin menjemput Aleya dari sekolah agama hujan dan ribut petir mulai turun....jalan yang lecah...saya mengambil keputusan untuk mendukung aleya dan menggalas begnya untuk menuju ke kereta bagi memudahkan peggerakan yg dalam kesesakan....
Kembali ke rumah badan saya mula sakit-sakit baru rasa diri dah tua..mungkin kerana mendukung aleya (8 thn) dalam keadaan berjalan cepat..kekuatan dan kesihatan badan tak sama semasa waktu muda...
saya tersadai lemah setelah solat isyak..aleya asyik belai2 rambut saya sambil berkata kesian mama..kesian mama...
sibuk dia hendak menjaga saya ambilkan minuman dan makanan....
dalam hati saya berkata2
" Ya Allah semuga bila dewasa nanti dia tetap berkasihan belas terhadap diriku..aku tidak meminta dia membalas setiap jasa ku terhadapnya..apa yang aku harapkan dia menghormati dan menyayangi diriku sebagai ibunya dalam apa jua keadaan...dalam marahnya...dalam rajuknya..apatah lagi dalam sayangnya...
Ya Allah jadikanlah anak-anakku anak-anak yang soleh dan solehah..
yang memburu jannah mu bukan duniamu semata-mata....
kau tutupkanlah rasa marahku..rasa rajukku..rasa luka di hatiku..terhadap mereka..
.kerna aku tidak mahu segala rasa itu bakal menghilangkan segala kebajikan telah di perbuat oleh anak-anakku .kau limpahkan rasa kasih dan sayang antara kami..sewaktu hidup dan matiku....."
AMIN...AMIN YA RABBAL ALAMIN..
Menghitung Hari..
-
Masa bergerak terlalu laju...tanpa kita sendiri menyedari...
Dari 25hb september 2012 kami mula mendaftar bersama Andalusia Travel &
Tour dan sekarang tin...
4 months ago


sebaknya dada ini baca n3 akk ni...jasa seorang ibu....dil dh mula merasai perasaan itu....slmt thn baru kak...:-)
ReplyDeletetrm ksh dil...
DeleteYea la dil semuga Allah beri ketabahan untuk kita menjadi seorang ibu yg solehah..
selamat thn baru utk dil juga..
amin...........
ReplyDeletemudahan bukan je aleya tetapi semua org akan terus menyayangi dan mngasihi kita di kala usia telah tue...:) bertuah aleya masih mmpu desak ibu mndoakan......tapi ucu.......hanya ucu mengharapkan aruah emak dan ayah bahagia dan damai di sana bersama orng soleh dan ditemukan lagi di syurga..insyaALLAH.. tanpa ibu segalanya buntu........jaga ibu tau anakanda leeya
mudah2an bergitulah hendaknya kan ucu...
DeleteInsyaallah msh terus berbakti dgn mendoakan mereka..
sabar yea ucu..kak ina mendoakan semuga ucu di dalam limpahan rahmat dan kasih sayang Allah selalu hendaknya..
Amin... moga Allah memakbulkan doa Ina
ReplyDeletemoga anak2 Ina berjaya dalam hidup dan menjadi anak2 yg soleh dan solehan
alhamdulilah trm ksh kak intan..ina juga berdoa perkara yg sama buat akak..amin..
Deletesalam Azlina,
ReplyDeleteLama tak dgr cerita.
Wah, berkorban betul, ulang alik ke sana sini. Hebat.Mama suka dgn budget bagus tu, rasa nak copy.
Jumpa lagi.
Mamaju...
Deletesilakan saja untuk copy malangnya dulu ina dh ltk gadget mcm2 yg tak leh copy le tujuan utk agar gambar tak di copy lastnya tak reti nak buang balik...
hehe kat atas tu mamajulah, terguna anak punya akaun.
ReplyDeleteSmoga kita semua berlaku baik pd ibubapa n harap anak2 kita juga berlaku baik dgn kita......insyaallah!
ReplyDeleteInsyaallah kak mudah2an amin...
Delete