Doa memohon agar di berikan kepulangan yang terindah..

Salam Jumaat....
Jumaat penghulu segala hari...Jumaat juga akan berlakunya hari Kiamat...

Perkongsian Rasa ...Muhasabah diri..
Semenjak 3 Hari lepas  saya baru berkesempatan membaca buku yang telah lama saya beli iaitu buku "Baitullah Aku Datang " tulisan saudara Hisham Ahmad (Penguam Sivil & Peguam Syarie).
Semalam saya sampai ke tajuk DOA MATI SYAHID..
penulis menceritakan bagaimana sahabat-sahabat banginda kita rasullulah saw beria-ria berdoa untuk mati syahid dengan penuh ketulusan hati...

kemudian pagi tadi saya mendapat pesanan dari peti masuk fb dari anak seorang rakan fb menghabar kan kembalinya ibundanya tercinta kerahmatullah..... memohon di maafkan jika ada salah silap ibunya...dan ada pesanan di situ kalau nak tengok gambar arwah terbaru boleh lihat di wall ibunya...

saya buka wall aruah...subahanallah ada gambar aruah di depan masjid nabawi..tulisan di bawah gambar oleh suami tercinta gambar terakhir arwah sebelum solat dhuha dan arwah telah tiada selepas itu...
Ya Allah indahnya pemergiaan mu di bumi ambiya dalam keadaan menunaikan suruhan Allah...
saya rasa terkedu dan terharu...
terdetik di Hati Bagaimana pula pemergiaan ku nanti...beruntung aruah setelah pemergiaannya anak2 menunaikan tanggungjawab meneruskan perhubungan dengan rakan-rakan ibunya dan memohon maaf bagi pihak ibunya....Allah..ya Allah..

Melihat dalam diri terlalu banyaknya kekurangan diri...
"Ya Allah segala puji hanya bagimu. Berilah aku kekuatan dan kecintaan kepada amal ibadat yang aku lakukan...berilah aku kekuatan untuk terus membimbing zuriat kuturan ku ke jalan yang di redhaimu..
Terlalu banyak masa yang aku bazirkan..dapatkah aku tebus dengan sedikit amalan?...
manalah mungkin ya Allah.....
Ya Allah duhai yang maha mengasihani kasihanilah aku...duhai yang maha pengampun...ampunilah aku, rahmatilah aku....
jika kau tidak kau ampuni...jika tidak kau rahmati...
tersangat hina dan ruginya diri ini...
kurniakanlah aku husnul khatimah dengan belas kasihanmmu..


Wahai anak2ku sudah tiba masanya aku meninggalkan wasiat dariku buat kalian..
tiada harta yang akan ku tinggalkan hanyalah secebis nasihat amal maaruf nahi mungkar..
dari seorang ibu juga dari hamba Allah yang berdosa...

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Bukit Tinggi

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir