Skip to main content

Terdetik di hati...."LIMA SEBELUM LIMA".

ASSALAMUALAIKUM...
syukur dengan izin Allah kita bertemu lagi untuk bicara kali ini...
kita masih lagi di bulan syawal...saya dengan rasa rendah hati  mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf di atas segala khilaf dan dosa di sepanjang saya menulis blog ini..

Petang tadi sedang sibuk membancuh air untuk en suami berbuka puasa jiran sebelah datang meminta pertolongan tolong tengokkan isterinya pengsan di rumah..
Bergegas ke rumah jiran...tak belengah mengusung jiran ke dalam kereta suaminya dan menuju ke bahagian kecemasan hospital...
sesampai di sana isteri jiran terus di sorong ke bilik rawatan..
Sementra suami meletak kereta di kawasan letak kereta saya membantu membuat pemdaftaran...
Azan magrib berkumndang.saya bertanya kepada pegawai bertugas di mana surau berdekatan beliau berkata di dalam wad...
Bermakna waktu ini tak di benarkan masuk ke wad..malah pelawat di arah keluar dari wad sejak pukul 7.00 lagi..
Saya bertawakal kaki melangkah ke arah penjaga gate untuk masuk ke wad..sambil berzikir rabbi yaasir wala tuassir...
Dengan di mulakan salam dam seyuman..saya bertanya..
"Assalamualaikum kak..boleh saya tahu di mana surau"..
"Waalaikummussalam surau di wad satu.. masuklah  nak solat kan"
Alhamdulillah di permudahkan..di lembutkan hatinya tanpa banyak bersoal jawab..
Masuk ke dalam surau..ada 2 wanita dan seoarang remaja sedang bersolat..di sebabkan surau hanya muat untuk 3 orang bersolat dalam satu masa saya menunggu giliran...
Sebaik mereka selesai bersolat..saya menghulurkan salam persaudaraan...
Saya mulakan bicara... lawat saudara sakit ke....
Seorang wanita menjawab...tak tunggu suami sakit...
Mak cik yang di sebelah pun menjawab..
"Mak cik pun tunggu suami sakit juga...dah umur 60 thn ni mak cik tak boleh jalan laju2..
Mereka bertanya saya pula tunggu siapa sakit....
Saya menjawab menghantar jiran...
Sambil bersalam saya menghadiah kan mereka demgan senyuman dan doa agar suami mereka masing di permudahkan Allah kesembuhannya...
Pasti ada hikmahnya Allah pertemukan saya dengan orang2 dan kejadian hari ini...
Terdetik di hati...."LIMA SEBELUM LIMA"..
Apabila tiba saatnya mampukah saya menghadapinya dengan penuh keredhaan dari Allah swt..
BERMUHASABAH DIRI...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

.Penjelasan:
1. Sihat sebelum sakit – Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.

2. Muda sebelum tua – Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.

3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan anda menghadapNYA.

4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.

5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.

Pedoman untuk kita semua fikirkan bersama. Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran."






Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Bukit Tinggi

Assalamualaikum wbt... Syukur atas segala kurniaan Allah swt... Sekadar perkongsian cacatan percutian jika ada yang baik dari cacatan ini ambillah ibrah kebaikannya...jika yang buruk jadikan sebagai sempadan..
Mohon ampun dan maaf di atas sebarang kekhilafan yang datang dari kelemahan diri saya sendiri... Cuti sekolah baharu sahaja lepas...sebenarnya kami sekeluarga jarang dapat bercuti di waktu cuti persekolahan...cek abg selalu waktu cuti sekolah waktu itu juga di arah bertugas di luar daerah...
Alhamdulillah kali ini rezeki dapat bercuti di musim cuti sekolah.. Di sebab kan cuti cek abang yang asyik bertunda.. Tiba-tiba permohonan cuti cek abang di luluskan...  kami tidak tahu kemana hala tuju percutian kami kali ini.
cek abang akak kata tidak mengapa kita jalan sahaja lah...kemana2.. kami sekeluarga mengambil keputusan ke rumah anak yang sulung di Setia Alam...
kami tidur di rumah anak semalam...kebetulan menantu akak tunjuk gambarnya semasa berjalan2 ke Bukit Tinggi,Pahang....
a…

Mohon ampun dan maaf...

Kepada semua....
Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun di maaf jika ada khilaf dan dosa saya terhadap semua....


mohon maaf jika ada tulisan-tulisan saya di blog ini ada menyinggung perasaan rakan2 blogger samaada yang lama ataupun yang baru...
Insyaallah Jumaat ini saya dan keluarga (bonda,anak sulung dan anak bongsu) akan berangkat ke tanah suci....doa kan perjalanan ibadah kami di permudahkan Allah hendaknya...


Rabbi yassir wala tu a'assir..


ya allah kami ingin dan akn menunaikan umrah
namun kami banyak dosa ya Allah..
dosa besar..dosa kecil, dosa yg kami ketahui
dan dosa yg tdk kami ketahui..
ya allah kau ampunilah kami
sesungguhnya kami manusia yg kerdil
lagi hina yg allah..

Ya allah bantulah kami..
Ajarilah kami..
Aku ingin pergi ke rumahmu semata-mata keranamu
Ya Allah..semata2 keranamu ya allah..

Ya Allah, aku mencari hati yang indah
Untuk ku serahkan kepada Mu
Tapi apakan daya
Hati yang ada…
Hati yang ini, masih tercela

Ya Allah, ajar aku untuk meminta yang terbaik dari Mu
Ilmu ku terbatas…

Kenduri Tahlil,doa selamat dan kesyukuran..

Alahamdulilah ahad lepas dengan izin Allah kami dapat mengadakan majlis kenduri Tahlil,doa selamat dan kesyukuran...walaupun ada perubahan di saat-saat akhir oleh jemaah surau..asalnya bacaan yassin dan doa akan di adakan selepas isyak...jadi beberapa hari sebelum hari kenduri saya telah menjemput jiran-jiran,saudara mara dan sahabat handai pada waktu selepas solat isyak menghampiri lewat petang imam surau mengatakan ada pertukaran waktu ahli jemaah surau hanya berkelapangan untuk kenduri tahlil selepas solat maghrib...

BACAAN TAHLIL DAN DOA DI ADAKAN DI DALAM RUMAH OLEH KAUM LELAKI..



SETELAH SELESAI TAHLIL DAN DOA..KAUM LELAKI BERSOLAT JEMAAH DI LUAR RUMAH..
TERHARU DEANGAN JIRAN YG HUJUNG SEKALI DUDUK DI DEPAN PINTU BELUM SEMBUH SEPENUHNYA SELEPAS OPERATION KAKI (KENCING MANIS)...TETAP HADIRKAN DIRI....DATANG DENGAN DI BANTU BERJALAN...SYUKRAN YA ALLAH..

KAUM IBU MASUK KE DALAM PULA UNTUK MENJAMU SELERA..

Kami hanya bertawakal...tak kisah berapa orang yang hadir untuk majlis bacaan …