perancangan Allah

perancangan Allah

Alhamdulilah.....sebenarnya setiap langkah perjalanan kehidupan kita adalah dalam perancangan Allah yang kita sendiri tidak mengetahui segala rahsia di sebalik....walau sesekali kita berkata...aku merancang bergini dan bergitu...segalanya atas kehendak Allah juga...."kita hanya mampu merancang Allah juga yg menentukan...
SABTU 25 SEPTEMBER 2012
Kami sekeluarga pulang ke Kuala Selangor ziarah bonda.....sedang berehat-rehat bonda memberitahu yang bonda telah mendaftar dengan Andalusia Travel untuk menunaikan umrah sekiranya dengan izin Allah  pada Jan 2013 ...
Aku cuma mengangguk...
aku bertanya emak pergi seorang..emak menjawab yea....
emak bertanya padaku pula  ina nak pi sekali tak....
Siapa yang tak mahu menjadi tetamu Allah walaupun tak sampai setahun aku kembali dari menjadi tetamunya...kerinduan sentiasa bersarang di hati....baitullah yg jauh di mata namun tetap dekat di hati...
Biar pun air zam zam yg kami bertiga bawa kembali masih berbaki....impian ke sana tetap tersemat di hati....
Doa ku selepas tawa wida ya Allah jangan kau jadikan kunjunganku ini kunjungan yg terakhir kali.....ya Allah hambamu bermohon kau jemputlah kami sekeluarga menjadi tetamumu...ya Allah aku ingin sekali menjadi tetamumu bersama suami dan anak2 ku...
Bercucuran air mata ku berdoa di hadapan kaabah...
Ina nak ikut emak tak kali ini.....Ya Allah emak pastinya mahu namun belum ada rezeki emak tengah kumpul duit insyaa Allah tahun 2014 cukuplah untuk kami pergi sekeluarga...
"Tak pa macam ni .....apa kata emak daftarkan sahaja..kalau cukup duit kita pi sama kalau tak ina dn keluarga tunda dulu..."...
Aku terkesima dengan kata2 emak antara perasaan membuak2 untuk, turut serta dan kegundahan memikirkan keewangan yg tak mencukupi....
Aku usulkan cadangan pada suamiku...tak sangka suamiku bersetuju..apa kata kita daftar dulu mana tahu ada rezeki kita pergi..mana tahu kita dapat tambah2 simpanan yang ada...
Setelah segalanya di persetjui kami ke syarikat andalusia...namun syarikat tutup kerana hari cuti..cuba menalipon no tertera...wakil andalusia abi dan nita berjanji akan berjumpa kami pada pukul 11.00 pagi..pukul 11.00 pagi sekali lagi ke pejabat andalusia malangnya abi dan nita masih belum sampai atas sebab2 yg tak dapat dielakkan...
Saya katakan pada emak tak pe lah emak mungkin tak ada rezeki sebab kami hendak bertolak balik selepas zohor nanti...pukul 12.00 abi dan nita talipon mereka minta maaf di atas kelewatan dan akan datang bertemu kami di rumah emak....
Sewaktu mengisi borang pendaftaran adik saya yang kedua datang...kami memberitahu tentang perangcangan kami utk menunaikan umrah jika dengan izin Allah...dia biasa2 sahaja...ohhhh ok katanya...
Tiba2 Allah menggerakkan hatinya ukt bertanya berapa kos untuk dia pergi sekeluarga (5 Orang) abi bertanya dia hedak pergi bila...katanya mungkin tahun hadapan..spontan aku berkata kenapa tak pergi sekali...kita pergi sama2...adik mula menangis....duit ada tapi dia bimbang dia tak layak menjadi tetamu Allah...aku terus memeluknya...layak atau tidak diri kita bukan kita atau orang lain menentukannya..hanya Allah yg berhak....
Akhirnya dengan izin Allah dan perancangannya mendaftarlah kami 10 orang ahli keluarga untuk menunaikan umrah...dan jika dengan izin Allah kami bakal menjadi tetamu Allah pada jan 2013.....
Ya Allah jadikanlah impian kami satu kenyataan dengan Rahmatmu ya Allah jemputlah kami menjadi tetamumu yg istimewa...
BERMULA LAH LANGKAH SUAMI KU MENGUMPUL DANA PEMBIAYAAN KAMI KE SANA YANG MASIH BELUM MENCUKUPI............
Rabbi yasir wala tu aassir......

GAMBAR DARI INTERNET..

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Bukit Tinggi

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir