Bercuti di Bukit Tinggi

Assalamualaikum wbt...
Syukur atas segala kurniaan Allah swt...
Sekadar perkongsian cacatan percutian jika ada yang baik dari cacatan ini ambillah ibrah kebaikannya...jika yang buruk jadikan sebagai sempadan..
Mohon ampun dan maaf di atas sebarang kekhilafan yang datang dari kelemahan diri saya sendiri...
Cuti sekolah baharu sahaja lepas...sebenarnya kami sekeluarga jarang dapat bercuti di waktu cuti persekolahan...cek abg selalu waktu cuti sekolah waktu itu juga di arah bertugas di luar daerah...
Alhamdulillah kali ini rezeki dapat bercuti di musim cuti sekolah..
Di sebab kan cuti cek abang yang asyik bertunda..
Tiba-tiba permohonan cuti cek abang di luluskan...
 kami tidak tahu kemana hala tuju percutian kami kali ini.
cek abang akak kata tidak mengapa kita jalan sahaja lah...kemana2..
kami sekeluarga mengambil keputusan ke rumah anak yang sulung di Setia Alam...

kami tidur di rumah anak semalam...kebetulan menantu akak tunjuk gambarnya semasa berjalan2 ke Bukit Tinggi,Pahang....
apabila tengok gambar cantik sungguh tempat ini seperti berada di perkampungan Perancis..
kami ambil keputusan untuk kesana....akak bawak cucu akak sekali..
Terus booking hotel di Expdedia... 
Price summary
Price breakdown
Room price RM340.00
1 night: RM291.60
Taxes & fees : RM48.40
Total RM340.00
Collected by Expedia
Unless specified otherwise, rates are quoted in Malaysian ringgits.
kadar harga di hotel Colmar Tropicale tidak tetap berubah2 mengikut musim cuti sekolah, cuti perayaan, cuti akhir tahun atau pada hari biasa..
Pagi esok kami bergerak ke Bukit Tinggi..menuju ke hotel Colmar Tropicale. sebelum sampai ke destinasi kami berhenti di hentian genting sempah...
beli maggie cup, roti juga makan tengahari dan bungkus lauk2 dan nasi kerana katanya..di atas Bukit Tinggi tidak ada gerai makan yang ada hanya cafe hotel dan restoran-restoran. kalau ada kedai cenderahati dan kiosk jualan pun harganya agaknya tinggi..maklumlah nama pun bukit tinggi...
Sebelum sampai ke Colmar Tropicale kita akan melalui pintu gerbang dan akan di kenakan tiket kemasukan mengikut berapa orang yang berada di dalam keenderaan...
Tiket untuk dewasa RM 15.00
Tiket untuk kanak-Kanak RM 8.00
Duit tiket boleh refund semula jika kita menginap di hotel Colmar Tropicale mengikut bilik yang kita menginap..


Melepasi pintu masuk sebelum sampai ke Colmar Tropicale kita boleh singgah di Japanese Garden, Botanical Garden, adventure park, Animal park..
kami tak masuk ke tempat2 tersebut kerana keadaan kesihatan akak tidak mengizin kan tak mampu akak hendak panjat 100 anak tangga yg menegak.
Kami menginap selama semalam...di Hotel colmar Tropicale..
pada sebelah petang dan malam ada pentas yang akan di adakah persembahan ala barat..
Bagi akak sebagai seorang islam adalah tidak menepati syariat..bunyi bising persembahan selepas waktu magrib mengganggu kami untuk beribadat di dalam bilik hotel..

Rumusan dari akak mengenai bercuti di Bukit Tingg Colmar Tropicale..
1. Suasana dan tempat memang menarik seolah2 kita berada di Perancis..
2. Tidak sesuai untuk bermalam di sini..walaupun bilik dan apartment luas dan selesa tapi tiada arah kiblat yang di pamerkan..
3. Bunyi bising dari persembahan sebanyak 2 kali waktu petang dan malam agak tidak selesa bagi kita yang beragama islam dan persembahan ala barat adalah sangat tidak patuh syariat.
4. Masaalah untuk mencari Restoran makanan Halal di Bukit Tinggi..

Ibrah yang kami ambil dari percutian ini..
semuga Allah mengampuni kami..
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Pendapat akak tempat percutian ini agak tidak sesuai untuk bermalam bagi kita yang beragama islam..
atas sebab2 di atas kecuali pihak pengurusan mengambil inisiatif untuk penambahbaikan perkhidmatan yang lebih peka dan mesra untuk pelanggan yang beragama islam...
Wallahualam...
INsyaa Allah akan bersambung bahagian kedua mengenai buku CUTI-CUTI HALAL






Comments

Popular posts from this blog

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir

Mohon ampun dan maaf...