Skip to main content

Krusus Asas Haji

Assalamuaalaikum wbt...

Benarlah Janji Allah..

Selangkah Kita Mendekati Allah, Seribu Langkah DIA Menghampiri Kita...


Alhamdulillah 'Ala Kulli Ni'mah


{Puji Syukur Kepada Allah atas segala nikmatNya....}



Dua tahun yang lalu akak ada terdengar-dengar mengenai krusus Haji yang di ianjurkan oleh tabung haji bagi setiap daerah...
Namun kerena kelekaan dan khilaf akak sering telepas semasa pendaftaran krusus haji tersebut..

Tahun lepas akak sudah mula mengikut kelas agama anjuran masjid di kawasan tempat tinggal akak..
Alhamdulilah di dalam group whatapps masjid telah di beritahu sejak awal bulan sebelas mengenai krusus asas haji sebanyak 17 siri akan di adakah di masjid yang telah di pilih oleh tabung haji..




subhanallah akk menghitung hari seperti seorang ibu menghitung hari kelahiran anak dalam kandungan...
sehingga sampai tarikhnya17/12/2017 pagi2 lagi akak dh bersiap dengan penuh semangat...

Masya Allah hari pertama di mulakan dengan talbiah membuatkan akak merasa kembali aura syahdu sewaktu menunaikan umrah...bergenang air mata di kelopak mata..

Melihat jemaah masjid yang hadir kebanyakannya sudah ada buku krusus haji...teringin juga memilikinya..rupa2nya mereka sudah pun mengikuti krusus ini berkali2 ada yg kali 2 dan 3..
tahun ini tahun pertama krusus haji di beri secara percuma kerana pada tahun2 sebelum ini jemaah masjid di kenankan bayaran sebanyak rm 70.00 seorang..dengan di beri buku dan minum pagi..




Alhamdulillah jiran yang sama2 pergi krusus dengan akak sudi untuk belikan buku krusus asas haji semasa di ke setapak KL kerana kakaknya Ahli jemaah di sana..

Minggu ini tinggal berbaki 3 siri sahaja lagi krusus haji...masa berjalan bergitu pantas sekejap sahaja krusus asas haji telah sampai ke penghujungnya..

syukur ke hadrat illahi banyak ilmu yang akak dapat di dalam krusus ini...saranan akak pada yang akan menunaikan umrah juga sangat sesuai untuk mengikuti krusus asa haji ini kereana banyak ilmu yang akan kita dapat untuk menunaikan umrah dengan sempurna..

sedikit perkongsian ilmu krusus haji ..
copy paste dari :Ummi Lin Elzahra

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad.
Haji perlu kpd persiapan yg lebih awal.
( ilmu bab Haji)
Sediakan sekurang2nya 100 doa.
( supaya tidaklah banyak masa terbuang)
Perbanyakkn solat;
bayarlah hutang solat ( qada solat dahulu yg tertinggal samaada sengaja @ tidak sengaja.
( selain manusia, hutang kepada Allah lebih utama)
Buatlah solat2 sunat, taubat, hajat.
Perbanyakkn berselawat jika diMadinah.
DAM bkn denda, tetapi merupakn sedekah kpd Allah swt utk mnyucikn dosa2 ( kecil)
Dosa besar plu kpd taubat nasuha.
Nk bli apa2, @ nk solat2 sunat, nk baca alquran, buatlah SEBELUM TAWAF WADA.
Stlah selesai TAWAF WADA, buat solat sunat tawaf, minum air zam2 dn terus kluar dr masjidilharam.
tiada lg mmbeli, kcuali keperluan.( utk mkn ktika itu, bli selipar jika hilang)
Naik bilik, tiada lg baring2, tidur sbntar, mlainkn mngambil brg2, menunaikan qada hajat.
Tiada lg bergambar, @ mengambil gmbar bg pihak orglain, dn tiada lg bersedekah.
Bacalah surah almulk sblum tidur.
( mnjadi benteng/ pendinding dialam kubur, terhindar dr siksa kubur.
Wallahu-a'lam.
Kursus Haji bersiri. 26/ Mac/ 2017.
Ust. Tn Guru Hj Ahmad Junaidi.
Jazakallahu khayran ust yg dimuliakan Allah swt.
Alhamdulillah tsummalhamdulillah.



INsyaa Allah di minggu akhir krusus asa haji kami akan menjalani latihan praktikal jika dengan izin Allah akak dapat menghadirinya akan akak kongsikan pengalaman menjalani latihan praktikal tersebut...


Comments

  1. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete


  2. توفر الشركة لعملاؤها الكرام الكثير من خيارات و برامج عمليات تنظيف المنازل
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    وخبرتنا العملية و استطلاعنا الدائم لسوق خدمات تنظيف الشقق يؤكد لكم عملاؤنا الكرام انكم حتما ستجدون ما يناسب
    احتياجاتكم ضمن شرائحنا المختلفة والمتعددة المصممة خصيصا لتلبى مختلف احتياجاتكم فى اعمال تنظيف المنازل بالجبيل
    تنظيف المنازل بالقطيف انتشر بكثرة بين الناس لضمان الحصول على افضل اسعار تنظيف الشقق ذلك لأن شركات التنظيف لديها من
    العمالة ما يكفي لأنجاز المهام فى اقل مدة زمنية، ايضاَ كل شركة تنظيف من المفروض ان يتوفر بها ماكينات تنظيف مخصصة فى
    تنظيف الفلل و تنظيف القصور ونظافة المنازل وكل ماكينة تنظيف تقوم بمهام معينة يصعب على ربة المنزل القيام بها بمفردها
    مثل تنظيف القماش و لهذا يفضل إسناد المهمة إلي افضل شركة تنظيف منازل بالقطيف شركة تاج الافضل دائما 0551844053
    شركة تنظيف بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تنظيف شقق بالجبيل
    شركة تنظيف فلل بالجبيل


    شركة تنظيف مجالس بالجبيل
    شركة تنظيف منازل بالقطيف
    شركة تنظيف مجالس بالقطيف
    شركة تنظيف سجاد بالقطيف
    شركة تنظيف شقق بالقطيف

    ReplyDelete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

Bercuti di Bukit Tinggi

Assalamualaikum wbt... Syukur atas segala kurniaan Allah swt... Sekadar perkongsian cacatan percutian jika ada yang baik dari cacatan ini ambillah ibrah kebaikannya...jika yang buruk jadikan sebagai sempadan..
Mohon ampun dan maaf di atas sebarang kekhilafan yang datang dari kelemahan diri saya sendiri... Cuti sekolah baharu sahaja lepas...sebenarnya kami sekeluarga jarang dapat bercuti di waktu cuti persekolahan...cek abg selalu waktu cuti sekolah waktu itu juga di arah bertugas di luar daerah...
Alhamdulillah kali ini rezeki dapat bercuti di musim cuti sekolah.. Di sebab kan cuti cek abang yang asyik bertunda.. Tiba-tiba permohonan cuti cek abang di luluskan...  kami tidak tahu kemana hala tuju percutian kami kali ini.
cek abang akak kata tidak mengapa kita jalan sahaja lah...kemana2.. kami sekeluarga mengambil keputusan ke rumah anak yang sulung di Setia Alam...
kami tidur di rumah anak semalam...kebetulan menantu akak tunjuk gambarnya semasa berjalan2 ke Bukit Tinggi,Pahang....
a…

Mohon ampun dan maaf...

Kepada semua....
Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun di maaf jika ada khilaf dan dosa saya terhadap semua....


mohon maaf jika ada tulisan-tulisan saya di blog ini ada menyinggung perasaan rakan2 blogger samaada yang lama ataupun yang baru...
Insyaallah Jumaat ini saya dan keluarga (bonda,anak sulung dan anak bongsu) akan berangkat ke tanah suci....doa kan perjalanan ibadah kami di permudahkan Allah hendaknya...


Rabbi yassir wala tu a'assir..


ya allah kami ingin dan akn menunaikan umrah
namun kami banyak dosa ya Allah..
dosa besar..dosa kecil, dosa yg kami ketahui
dan dosa yg tdk kami ketahui..
ya allah kau ampunilah kami
sesungguhnya kami manusia yg kerdil
lagi hina yg allah..

Ya allah bantulah kami..
Ajarilah kami..
Aku ingin pergi ke rumahmu semata-mata keranamu
Ya Allah..semata2 keranamu ya allah..

Ya Allah, aku mencari hati yang indah
Untuk ku serahkan kepada Mu
Tapi apakan daya
Hati yang ada…
Hati yang ini, masih tercela

Ya Allah, ajar aku untuk meminta yang terbaik dari Mu
Ilmu ku terbatas…

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Assalamualaikum....

N3 kali ini adalah cacatan yang terakhir mengenai perjalanan kami menjadi tetamu Allah... 6hb april. (mlm)1012 sehingga 10 april (zohor) kami berada di madina al munawarah.. Mulai 10 april (mlm) .2012 sehingga 19 hb april.(selepas zohor) 2012.. kami berada di tanah suci mekkah al mukaramah..
...ibadah umrah di selang seli dengan ziarah..bermiqat di jaranah.,tanaim... Lawatan ke muzium, ladang unta,jabal rahmah, gua hira dan sebagainya...
alhamdulilah jemaah lelaki dapat bersolat jumaat di masjidil haram...sampai juga saat dan ketika terpaksa meninggalkan bumi mekah yang di cintai... kesayuan menyelubungi hati...di tambah 2,3 hari sebelum balik emak di serang asthma...alhamdulilah sehari sebelum pulang emak bertambah sihat dengan izin Allah yang mengkabulkan doa dari rakan-rakan jemaah yang lain...
Saat kaki melangkah untuk tawaf wida...saat melontarkan pandangan terakhir pada kaabah...saat membaca doa selepas tawaf wida...air mata berlinangan tanpa di sedari...
&quo…