Skip to main content

Seadanya aku

Assalamualaikum...wbt..
Salam jumaat yang penuh keberkatan lama tidak menulis di sini..
Sekarang selalu menulis di FB..
Hingga kan nk mencari blog sendiri pun tak jumpa sebab bila search asyik keluar drama terima aku seadanya...

Alhamdulillah diizinkan Allah keluar bersama anakanda aleya addina atas urusan biasiswanya...
Setelah urusan selesai kami singgah bersarapan di medan selera...

Sambil menunggu pesanan sampai mata saya tertumpu pada seorang hamba Allah saya tidak pasti beliau warga asing atau rakyat tempatan..
Dalam simpang siur manusia yang hendak menjamu selera saya melihat berliau mundar mandir sambil menghulung barang jualannya buku2 doa serta hiasan gantung di dalam kereta...
Tangan kirinya menggalas hiasan tersebut yg dalam pandangan mata kasar saya jumlahnya tidak melebihi 50 rantai..di kepit bersama buku2 doa..
Di tangan kanan di menghulur buku doa dengan mempelawa setiap insan untuk membelinya...
Tanpa jemu seorang demi seorang ada hampir semua saya lihat menolak ada yg dari jauh sudah menggelenglan kepala pertanda tidak mahu...
Ada yang cuba menghindarkan diri..
Bila tiada seorang pun yang membeli saya lihat ada sesikit riak kecewa di wajahnya namun masih tidak berputus asa..

Dalam hati saya berkata mulianya dia beruseha mencari rezeki tanpa meminta-minta..
Semuga dengan saya membeli Allah kurniakan dia semangat untuk dia lebih gigih mencari rezeki..
Dalam saya berkata2 di dalam hati hampir tidak sedar beliau sudah menghampir meja makan kami...
Meja 13.

Dia menghulurkan buku bertanya saya hendak membeli atau tidak..
Saya tanya berapa harga buku tersebut katanya rm 5.00..
Saya bertanya pula berapa harga rantai hiasan kereta..
Katanya rm 8.00.
Ok saya beli rantai hiasan kereta yea saya berikan padanya rm 10.00 dengan nawaitu di hati saya tak perlu pulangkan bakinya...

Namun tahukan anda apa yang terjadi...beliau pula menyuruh saya ambil buku dan rantai sekali..
Dan tak perlu bayar harga buku..
Allahuakbar...
Siapa yg Allah izinkan bersedekah..untuk kali ini..rupanya beliau dan saya mendapat rezeki yg tidak di sangka2 pula..
Semua Allah ganjarkan pahala bersedekah dan pahala bersusah payah mencari rezeki kepada beliau..
Alhamdulillah rezeki untuk saya pula di pagi Jumaat...
Kita bersedekah bukan sebab kita kaya...
Tetapi kita bersedekah kerana berkongsi rezeki..
Bukan sikit atau banyak yg di nilai Allah..

Senyum juga satu sedekah..😊😊




Comments

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

Kenduri Tahlil,doa selamat dan kesyukuran..

Alahamdulilah ahad lepas dengan izin Allah kami dapat mengadakan majlis kenduri Tahlil,doa selamat dan kesyukuran...walaupun ada perubahan di saat-saat akhir oleh jemaah surau..asalnya bacaan yassin dan doa akan di adakan selepas isyak...jadi beberapa hari sebelum hari kenduri saya telah menjemput jiran-jiran,saudara mara dan sahabat handai pada waktu selepas solat isyak menghampiri lewat petang imam surau mengatakan ada pertukaran waktu ahli jemaah surau hanya berkelapangan untuk kenduri tahlil selepas solat maghrib...

BACAAN TAHLIL DAN DOA DI ADAKAN DI DALAM RUMAH OLEH KAUM LELAKI..



SETELAH SELESAI TAHLIL DAN DOA..KAUM LELAKI BERSOLAT JEMAAH DI LUAR RUMAH..
TERHARU DEANGAN JIRAN YG HUJUNG SEKALI DUDUK DI DEPAN PINTU BELUM SEMBUH SEPENUHNYA SELEPAS OPERATION KAKI (KENCING MANIS)...TETAP HADIRKAN DIRI....DATANG DENGAN DI BANTU BERJALAN...SYUKRAN YA ALLAH..

KAUM IBU MASUK KE DALAM PULA UNTUK MENJAMU SELERA..

Kami hanya bertawakal...tak kisah berapa orang yang hadir untuk majlis bacaan …

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Assalamualaikum....

N3 kali ini adalah cacatan yang terakhir mengenai perjalanan kami menjadi tetamu Allah... 6hb april. (mlm)1012 sehingga 10 april (zohor) kami berada di madina al munawarah.. Mulai 10 april (mlm) .2012 sehingga 19 hb april.(selepas zohor) 2012.. kami berada di tanah suci mekkah al mukaramah..
...ibadah umrah di selang seli dengan ziarah..bermiqat di jaranah.,tanaim... Lawatan ke muzium, ladang unta,jabal rahmah, gua hira dan sebagainya...
alhamdulilah jemaah lelaki dapat bersolat jumaat di masjidil haram...sampai juga saat dan ketika terpaksa meninggalkan bumi mekah yang di cintai... kesayuan menyelubungi hati...di tambah 2,3 hari sebelum balik emak di serang asthma...alhamdulilah sehari sebelum pulang emak bertambah sihat dengan izin Allah yang mengkabulkan doa dari rakan-rakan jemaah yang lain...
Saat kaki melangkah untuk tawaf wida...saat melontarkan pandangan terakhir pada kaabah...saat membaca doa selepas tawaf wida...air mata berlinangan tanpa di sedari...
&quo…

Bercuti di Bukit Tinggi

Assalamualaikum wbt... Syukur atas segala kurniaan Allah swt... Sekadar perkongsian cacatan percutian jika ada yang baik dari cacatan ini ambillah ibrah kebaikannya...jika yang buruk jadikan sebagai sempadan..
Mohon ampun dan maaf di atas sebarang kekhilafan yang datang dari kelemahan diri saya sendiri... Cuti sekolah baharu sahaja lepas...sebenarnya kami sekeluarga jarang dapat bercuti di waktu cuti persekolahan...cek abg selalu waktu cuti sekolah waktu itu juga di arah bertugas di luar daerah...
Alhamdulillah kali ini rezeki dapat bercuti di musim cuti sekolah.. Di sebab kan cuti cek abang yang asyik bertunda.. Tiba-tiba permohonan cuti cek abang di luluskan...  kami tidak tahu kemana hala tuju percutian kami kali ini.
cek abang akak kata tidak mengapa kita jalan sahaja lah...kemana2.. kami sekeluarga mengambil keputusan ke rumah anak yang sulung di Setia Alam...
kami tidur di rumah anak semalam...kebetulan menantu akak tunjuk gambarnya semasa berjalan2 ke Bukit Tinggi,Pahang....
a…