RADEN GALOH @ DALILAH TAMRIN

SALAM SEMUA SELAMAT BERHUJUNG MINGGU..N3 AKU KALI NI AGAK BERBEZA DARI BIASA..AKU INGIN BERKONGSI CERITA INI BERSAMA2 SEMUA....PAGI TADI AKU MENDAPAT SMS DARI KAKAK DALILAH...KAKAK IPARKU..(LAMA X DENGAR BERITA DARI DIA RINDU JUGA..DLM SMS MENYATAKAN DIA ADA BERSIARAN DI TV 1 JAM 10 PG ..TEPAT JAM 10 AKU PUN SETIA MENUNGGU DI HADAPAN TV... BILA LIHAT WAJAHNYA YANG ADALAH SALAH SEORANG DARI TETAMU JEMPUTAN.TIBA2 TERASA RINDU SANGAT INGIN RASANYA MEMELUK DIA SEPERTI BIASA YANG KAMI LAKUKAN BILA BERJUMPA...ANTARA RENTETAN KISAHNYA....KAK DALILLAH SEBENARNYA ADALAH SEORANG 'SURVIVOR' BARAH PAYU DARA..DIA BENAR2 SEORANG INSAN YANG TABAH AKU SENDIRI X MEMPUNYAI SUKU PUN DARI KETABAHAN YANG ADA DALAM DIRINYA...SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI MU KAK...(di bawah ini adalah petikan dr temuramah yg di siarkan di sireh & cengkeh)

Dalilah Tamrin. Penulis dan ’survivor’ barah payudara.

May 12th, 2009 | Published in Inspiration, Interview

withramli2
Bukan mudah untuk melawan penyakit barah. Ada yang berjaya tetapi tidak seramai jumlah mereka yang gagal. Ia merupakan pembunuh senyap dan boleh datang dalam pelbagai bentuk. Bagi Puan Dalilah Tamrin atau lebih dikenali sebagai Raden Galoh dikalangan penulis blog, penyakit barah payudara yang di hidapinya telah menjadikan beliau lebih kuat dah tabah mengharungi kehidupan. Bukan sekali, tetapi 2 kali beliau diuji. Namun begitu, beliau tetap positif dan tenang menghadapi ujian yang mendatang. Melalui blog One Breast Bouncing, beliau berkongsi cerita suka dan duka seorang ‘survivor’ penyakit ini. Baru-baru ini beliau telah melancarkan buku berjudul ‘Kanser Payudara KU’ untuk berkongsi pengalaman beliau dengan orang ramai. Buku ini boleh didapati di Kinokuniya (KLCC), Popular, MPH dan kedai-kedai buku utama di Lembah Kelang. Saya doakan semoga kesihatan Puan sentiasa berada di dalam keadaan yang terbaik dan tabah menghadapi ujian Allah.

Q. Assalammualaikum. Boleh kami tahu siapa sebenarnya insan disebalik nama Raden Galoh?
A. Waalaikumussalam Syed… Disebalik nama Raden Galoh ini saya hanyalah seorang insan biasa yang setiap hari cuba mencari kekentalan diri menempuhi dugaan hidup dengan sejarah kanser. Saya adalah seorang pemandiri (survivor) kanser Payu Dara dan telah berperang dengan kanser ini sebanyak 2 kali. Saya seorang yang positif dan berpendapat bahawa ujian kanser ini adalah yang terbaik berlaku di dalam hidup saya sebab ianya mengubah kehidupan saya untuk berpusing 360 darjah ke arah yang lebih baik.

Q. Bagaimana sambutan orang ramai terhadap buku puan?
A. Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kehadrat Ilahi, sambutan buku saya memberangsangkan. Ramai yang memesan dari saya sendiri sementara menanti buku tersebut ada di pasaran melalui kedai-kedai buku seperti MPH, Popular dan Kinokuniya, mungkin juga di kedai-kedai buku kecil sekitar Lembah Klang.

Q. Boleh puan cerita sedikit tentang penyakit puan dan bagaimana perasaan puan dan orang sekeliling semasa ia mula dikesan?
A. Kanser pertama di kesan pada akhir tahun 2004 di payudara kiri, setelah pembedahan radikal mastektomi (membuang keseluruhan payudara kiri dan mengambil sejumlah kelenjar di ketiak kiri), doktor mengesahkan kanser payudara saya di peringkat 2 dan tiada rebakan.

Pengesahan doktor tersebut pada ketika itu adalah seperti ledakan yang menyebabkan saya terlambung ke dalam satu zon yang vakum..terasa semuanya senyap dan sunyi.. hanya kata-kata doktor saya ada kanser yang begitu kuat terngiang-ngiang di telinga dan gambaran atau bayangan jenazah saya di usung begitu jelas bermain di mata dengan wajah anak-anak menangisi pemergian saya.

Berita itu satu tamparan buat semua. Suami, ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan bagaikan terduduk mendengar berita yang tidak disangka-sangka ini. Seolah-olah pada ketika itu, dunia kami gelap dengan awan duka menyelubungi. Pada kedua orang-tua, ianya paling sukar untuk menerima hakikat saya sebagai anak yang sulung diuji dengan sakit yang berat ini. Pun begitu, alhamdulillah, ketika khabar buruk itu disampaikan, kami tidak hilang iman malah dalam bertangis-tangisan kami meluahkan keredhaan kami kepada Allah SWT tanda kami akur menerima ujian besar ini.

Kanser yang kedua datang pada Julai 2008. Kali ini tamparannya tidak sehebat dulu tetapi kesedihan yang menyelubungi lebih tajam. Terasa sungguh kebesaran dan kekuasaan Tuhan ketika itu. penerimaan suami lebih baik dari saya yang memang mudah menitiskan airmata. Manakala penerimaan adik beradik pula lebih membawa penyatuan semua dalam mengujakan permohonan ramai kepada yang Maha Esa. Solat Hajat, bacaan Yasin dan kiriman-kiran doa dari adik beradik, ipar-duai dan anak-anak buah sungguh mensyahdukan. Sekali lagi saya merasai dalamnya kasih sayang semua dan besarnya kuasa Allah dalam menyatukan kami semua untuk berganding bahu memanjatkan munajat kami. Kali ini saya mudah menangkis suara-suara sumbang dari menguasai fikiran dan hati. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan saya, dari mula menerima berita sampai sekarang.
Raden Galoh
(Gambar oleh : jaffpoint.blogspot.com)

Q. Dari mana Puan mendapat kekuatan untuk mengharungi cabaran ini? Apakah langkah-langkah yang puan ambil untuk terus bersemangat dan fokus kepada kehidupan seharian?
A. Kekuatan yang ada di dalam diri datang dari Tuhan yang datang dari doa semua orang; suami, anak-anak, mak-bapak, adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan yang saya kenali mahupun tidak. Sokongan jitu suami dan keluarga memantapkan kekuatan yang ada…kata-kata sokongan kawan-kawan menjadi ubat kepada hati yang rawan dan mencuba untuk terus kuat demi anak-anak. Peringatan dari adik-beradik tentang sakit ini menyedarkan bahawa banyak yang perlu dipulihkan dan untuk pulih saya perlu kuat dan bersemangat sebagai lambang atau tanda redha saya itu saya mengerti; tiada buruk sangka pada Allah dan sentiasa berlapang dada padaNya.

Langkah-langkah harian hanya yang biasa saya buat..cuba untuk istiqomah dalam pengabdian saya pada Tuhan, mencari seramai kawan dan menantikan kata-kata sokongan dan semangat dari mereka, sentiasa berkata yang positif kepada diri sendiri dan cuba melatih diri untuk tidak memikirkan perkara yang saya tidak pasti serta lebih merasai hikmah dan nikmat yang ada di hari ini berbanding dengan nikmat semalam atau hari esok. Hidup saya penuh dengan doa dan berdoa. Bila saya berdoa saya terasa begitu damai. Bila saya damai saya senang positif. Bila saya positif saya menjadi kuat dan ceria.

Q.Bagaimana keadaan puan sekarang?
A. Alhamdulillah, kasih Allah begitu melimpah-ruah dengan nikmat kesejahteraan hari ini. Saya rasa pulih dan tidak mahu memikirkan sebarang perkara negatif tentang kanser yang masih bersaki baki di dalam diri. Pada saya semua dengan izinNya dan ada sebab ianya terbit dan terbit semula atau terbit dan hilang terus. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Yang penting, saya mengakui bahawa setiap yang berlaku adalah yang terbaik buat saya.

Q. Boleh cerita sedikit tentang Pink Platun ( saya difahamkan ia mirip sindiket-soljah, tetapi versi hawa. Betulkan saya kalau saya silap ) dan aktiviti yang telah dijalankan setakat ini?
A. Begitulah juga pemahaman saya tentang Pink Platun tu. Tapi terus terang saya kata saya juga sudah tidak aktif di dalamnya. Saya rasa saya terlalu ‘tua’ untuk ada di dalam kumpulan itu. :)

Q. Sejak bila puan mula menulis blog? Adakah ia hanya tulisan peribadi untuk diri sendiri atau sebaliknya?
A. Saya menulis sejak Mac 2005. Ianya memang tulisan peribadi, catatan kisah saya yang pada mulanya saya kira sebagai diari sebab saya takut saya lupa tentang beberapa perkara penting, kemudian menjadi lebih dalam dengan isu-isu luahan hati dan perasaan sepanjang hidup dengan kanser, menjalani rawatan dan cuba bangkit dari sejarah hidup hitam itu. Banyak yang saya tulis adalah peringatan untuk diri sendiri supaya saya tidak leka dan alpa, ada juga yang saya tulis untuk menjawab tanggapan orang tentang perasaan seoang manusia yang ada kanser payudara ataupun kehidupan pesakit dan pejuang sakit kanser yang mahu mencari keredhaan Tuhan dalam usaha mencari sesuatu yang boleh membebaskan saya dari cengkaman kanser.

Q. Apakah soalan yang selalu diajukan oleh pembaca apabila mengetahui puan adalah ‘survivor’ barah payudara?
A. Soalan biasa: Bagaimana saya sampai ke tahap ini (How do I do it?)

Q.Apakah perancangan puan selepas ini?
A. Saya masih merancang-rancang untuk menulis buku yang kedua tentang perjuangan saya dengan kanser yang merebak ke 4 bahagian badan: hati, dada, leher dan rahang. Perancangan yang lain lebih menjurus kepada hajat saya untuk ke Tanah Suci lagi. InsyaAllah.

Website : http://onebreastbouncing.blogspot.com

Brief History

Oct-Nov 2004: Diagnosed with breast cancer, stage 2. Had a radical mastectomy and 14 out of 22 lymph nodes taken were invaded with cancer. No metastasis (spreading).

Jan-Jul 2005: 6 cycles of chemotherapy (FAC drugs) and 24 sessions radiotherapy.

Jul 2008: PET-CT Scan results showed metastasis (spreading) cancer to the liver, left chest wall, right jaw and left collar bone nodes. There were 3 lesions on the liver taking me to the last stage condition.

Nov 2008: PET-CT Scan result indicated the liver and left neck cancers are inactive, while chest wall and right jaw cancers have tremendously shrunk.

Dec 2008: Completed 6 cycles of DOCE chemo regime.

January 2009: Undergoing 5 sessions of radiotherapy to the ovary.

Current Status: Feeling Better and upbeat about life, syukur Alhamdulillah!

Comments

  1. terharu bila bace blog Delilah ni...........smoga akan terus tabah dlm mengharungi hidup ini...

    ReplyDelete
  2. begitu tabah beliau menghadapi semuanya... beliau ceria walaupun mungkin hatinya berduka...berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya...

    ReplyDelete
  3. syukur alhamdulillah..this story sounds "a happy ending"...betapa cekalnya SIL akak menghadapi no.1 musush ketat wanita nie..betul kata sonata berat mata memandang, berat lagi bahu wanita2 yg memikulnya..

    ReplyDelete
  4. Salam Ina dan semua pengunjung blog ini...

    Terima kasih di atas kunjungan dan kata2 sokongan... Alhamdulillah, kasih sayang Allah begitu melimpah ruah, berkat doa semua ketabahan yg ada di dalam diri menjadi kental... Hanya Allah yng menyembuh kerna kudrat iradatNya kita akui dgn penuh keyakinan.. apappun semua adalah yng terbaik berlaku dlm hidup akak ni...

    walau bertahun tak sms, walau lumrahnya seperti lupa, ikatan yg ada tiada putusnya...

    salam buat semua. semoga kasih sayang Allah menjadi rahmat semua. amin.

    ReplyDelete
  5. salam semua to..yatt,sonata dan kak hani....
    terimakasih ats keperihatinan,marilah kita bersama2 mendokan kesejahteraan buat kak dalillah semuga dia akan lbh tabah mengharungi hari mendatang...insyaallah...

    ReplyDelete
  6. to kak dalilah...
    terima kasih sdi sggh ke sini..doa ina sentiasa mengiringi akk...

    ReplyDelete
  7. Semoga SIL ina tabah menghadapi ujian...sabar dan melawan penyakit serta berdoa setiap masa..akak turut mendoakannya...amin

    ReplyDelete
  8. to kak azah...
    trm ksh ats kata2 semagat dan doa bt akak dalila saya...

    ReplyDelete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

Bercuti di Bukit Tinggi

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir