Aku rela melahirkanmu...........

Sewaktu dalam wad berusia 10 jam di kendong oleh jujurawat bertugas..isteri kepada kenalan suami saya...
majlis cukur jambul aleya..abahnya seyum meleret sambil mengendong puteri kesayangannya..
kalau ada sesiapa yang berkenan nak buat pasangan dengan cik aleya kenalah melepasi rintangan 3 bodyguardnya dulu...(tgklah bro2 nya) sapa berani sila le kedepan...
ALEYA KINI SUDAH EMPAT TAHUN....ALHAMDULILLAH............
4 tahun yang lalu saya telah selamat melahirkan satu-satunya puteri tunggal saya..yang sekian lama kami menantikan kehadiranya..kerana sebelum ini ketiga-tiga cahayamata saya adalah lelaki..sewaktu saya mengandungkan aleya semua abang-abangnya mendoakan agar mendapat adik perempuan kerana kata mereka dah penat bergusti bertiga.....apatah lagi kami berdua,sepanjang saya mengandung kami suami isteri selalu bermohon kepada Allah agar di beri peluang merasa nikmat memelihara seorang anak perempuan....
sewaktu saya mengandungkan aleya 5 bulan ibu saya telah ke tanah suci mekah dan mendokan di sana agar saya di beri allah seorang anak perempuan yg sihat dan sempurna..syukur Allah makbulkan doa ibu saya sesungguhnya doa seorang ibu itu tiada hijab...selpas ibu saya berdoa di jabal rahmah esoknya saya ke klinik scan..doktor menyatakan 99% adalah bayi perempuan..kami suami isteri hanya mampu terseyum dan tidak terlampau berharap walaupun naluri keibuaan saya kuat menyatakan anak yg saya kandung adalah perempuan...
peristiwa lucu sewaktu hampir melahirkan suami saya di suruh keluar dari labour room oleh jujurawat bertugas takut kerana ada kes suami pengsan sewaktu melihat isteri melahirkan.. sewaktu saya mengandung keempat2 anak saya orang melayu mengelarkannya kembar darah saya tak tahu apa pula bahasa saintifiknya..kata orng tua2 kembar darah ini lebih sakit dari yg kembar air..kerana bila air ketuban pecah yang keluar dari rahim saya bukan air tapi darah yang banyak keluar tanpa henti sehingga saat melahirkan.......malah sewaktu melahirkan anak kedua dulu terlampau banyak darah yg keluar sehingga membasahi seluruh baju saya..apa pun saya redha..walaupun sakit semuga dapat menghapus dosa2 saya..
lahir saja aleya semua nurse2 di labour room yg terlebih excited..mereka keluar beria2 mencari suami saya mengkhabar berita gembira kerana saya telah melahirkan seorang putri..(kerana mereka telah melihat rekod bersalin saya yg telah mempunyai 3 anak lelaki)...dan saat itu hanya ALLAH sahaja yang tahu tentang perasaan kami berdua....
Alhamdulillah aleya sejak lahir memang murah rezeki dari sewaktu dalam wad lagi dah ramai pelawat datang berserta oleh2....bila berpantang di rumah dalam satu hari tak kurang dari 3 org pelawat datang....sampai selepas pantang pun masih ada yg datang berziarah...sehingga saya hampir2 mengalami stress kerana kurang rehat...
apapun alhamdulillah aleya kini sudah empat tahun...semuga menjadi anak yang solehah..dan berbakti pada agama,kedua ibu-bapa,bangsa dan negara...insyaallah amin...
p/s; due date bersalain aleya sepatutnya 31hb ogos.2005 waktu merdeka tu..tapi takut dgr bunyi bunga api kut aleya lahir 5 hari kemudiannya..(dengan kehendak dan kuasa ALLAH )
nak baca nukilan rasa hati saya untuk aleya blh le ke blog ke 3 saya...BILA TINTA PENAKU MULA MENARI

Comments

  1. smoga jd anak yg solehah ya aleya....slmt hr lahir :)

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir wat aleya..sekolah pndai2 tau n smoga jadi anak yang solehah ..

    ReplyDelete
  3. hepi besday aleya.. blajar pandai2 tau, jd anak solehah..sanjungi jasa dan pengorbanan ibu bapamu

    ReplyDelete
  4. hepi besday aleeya...
    Ina, rajin betul buat blog...dah ada 3 blog sekarang ya...

    ReplyDelete
  5. UNTUK SEMUA..KAK HANI,SERI.FRB DAN HASNAH....
    TERIMA KASIH ATAS DOA UNTUK ALEYA..MUDAH2AN ALLAH MEKBULKAN..AMIN

    ReplyDelete
  6. Happy 4th Birthday to Aleya.....

    semoga Aleya akan terus membesar menjadi anak yg solehah dan berjaya dlm hidup.......

    ReplyDelete
  7. selamat hari lahir aleya...tahniah kak ina, dapat melahir, membesar n mendidik aleya dgn sempurna.. smg aleya berjaya dlm hidupnye..

    ReplyDelete
  8. k ina, alhamdullillah, doa k ina dah dimakbulkan.. insyaallah aleeya jadi anak yang solehah, amin

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Lahir utk put3 kak ina...memang seronok menanti anak perempuan jk kita dah dikurnia anak lelaki seblm ini. Kita serupa kak...tak sabar2 masa pregnant tu hrpkan anak pompuan ajer setelah 2 lelaki.Tak sabar nak pakaikan baju shantek2...
    Cuma nak tanya kak ina, mau pulak si aleya pakai tdug n baju2 pompuan ek? Anak dara saya sorang tu x mau langsung kalau yg feminin. Nak pakai mcm abg2 dia...tp alhamdulillah, saya br melahirkan sorng lg put3(anak ke5). Harap2 dia jd lee feminin lps ada adk pompuan nih.

    ReplyDelete
  10. selamat hari lahir aleeya,moga bila besar nanti menjadi anak yg soleh dan patuh pada kedua ibu dan bapa..
    anak saya 3-3 lelaki..harap boleh macam kak ina,yg ke empat9kalau ada..) mendapat perempuan..tapi kalau rezeki hanya anak lelaki saya terima...

    ReplyDelete
  11. TO AMY, UMMI DAN SHIMA...

    MUDAH2AN ALLAH MAKBULKAN DOA DARI SEMUA..TERIMA KASIH KERANA MENDOAKAN ALEYA...


    TO ALASHR...
    ASHR TLBH DAHULU AKK NAK UCAPKAN TRM KASH...
    AKK RASA FAKTOR PERBEZAAN UMUR AGKNYA MEMBUATKAN ANAK PEREMPUAN ASHR LBH SUKA MENGIKUT GELAGAT DAN PERBUATAN ABANG2NYA..ALEYA LAHIR ABG2NYA SEMUADAH BESAR YG SULUNG MASA TU 14 THN,ABG YG KEDUA 12 THN DAN ABGNYA YG KETIGA 6THN..JRK UMUR YG JAUH2 TU MGKIN MEMBUATKAN ALEYA BYK IKUT IBUNYA..SEJAK UMUR 3 BLN AKK DH BAGI DIA PAKAI GAUN,GELANG KRISAL,HAIRBAND..TUDUNG PULA SELALU DIA PAKAI BILA DIA IKUR AKK KE SURAU IKUTI KULIAH MINGGUAN..


    TO AINALHASNIDA...
    TERIMAKASIH DIK ATAS DOA UTK ALEYA TU..TAK SANGKA KITA SAMA YEA..MUDAH2AN HASNIDA DI KURIAKAN ANAK YG KEEMPAT NANTI ANAK PEREMPUAN(HASNIDA MENGANDUNG KE SEKARANG)BYKKAN BERDOA DAN IKUT PETUA ORANG2 TUA2 KURANGKAN MAKANAN BERASID..

    ReplyDelete
  12. salam...alahai cikgu tak perasan Aleya dah 4 tahun rupanya...

    Happy belated ( lewat sikit je...)birthday...semoga sentiasa sihat walfiat....belajo pandai2 tau...
    ( kalau bulan 8 - boleh buat kek sekali je - kongsi ...he3x )

    ReplyDelete
  13. terima kasih cikgu mai juga berkujung and wish birthday kat aleya..tu la du harap le masa dolu2 ddpt kuar 31 ogos cantik juga..dah ketentuannya lahir 5 sept tak pa dera abah dia sikit kena celebrate 2 kali dlm masa yg terdekat..he..he..

    ReplyDelete
  14. Selamat hari lahir aleya..hadir membawa keceriaan pada ibu dan ayah kan..ina nak tau citer ina sama dgn nj cuma bezanya nj dah ada 3 org put3 sebelum yg ke 4 dpt putera..storey kita sama..dan masa dah lahir tu hubby baru dpt dtg hospital..so nj cakap la kat dia dgn serius "anak gegirl lagi"..dgn reaksi muka sedey..lg muka org baru bersalin kan..dia bukak bedung terus terjerit suara dia bersyukur alhamdulillah tgok anak lelaki yg ditunggu..itu la putera tunggal kami..dah 5 tahun..aminnn

    ReplyDelete
  15. Happy birthday to Aleeya...

    * ketiga2 anak kak e pun 'kembar darah' - tak ada pengalaman air ketuban pecah seperti yang biasa di dengar...

    ReplyDelete
  16. TO NJ...
    TRMKSH ATS UCAPAN UTK ALEYA..
    HANYA ALLAH SAJA YG TAHU PERSAAN KITA WAKTU ITUKAN...TERLALU BYK NIKMAT YG ALLAH KURNIKAN UTK KITA SEMUGA KITA AKN SENTIASA BERSYUKUR KEPADANYA...

    TO KAK UMI_E....
    TRMKSH ATS UCAPAN UTK ALEYA..
    YEA LAH KAK UMI INA TAK PERNAH RASA PECAH AIT KETUBAN KEEMPAT ANAK KEMBAR DARAH..MASA MENGANDUNGKAN ANAK SULUNG DULU LAGI PANIK..TGK DARAH KELUAR BANYAK TAPI TAK BERSALIN2 JUGA..PASTU PERKHIMATAN HOSPITAL MASA TU TAK MESRA PESAKIT DARAH DAH MELELEH BYK PUN SURUH JALAN SENDIRI DARI WAD KE LABOUR ROOM..MASA ALEYA PULAK SIHAT SEGAR BOLEH JALAN PUN DIA ORANG TAK BAGI JALAN SIAP SRH DDK DI KERUSI RODA TOLAK INA MASUK KE WAD LAGI..BILA INA KATA TAK PA NURSE SAYA BLH JALAN LAGI APA NURSE TU CKP TAK APA BILA LAGI NAK RASA KENA SORONG MACAM NI..MASA TU BUKAAN RAHIM BARU 2 CM..SIAP BAWA SAYA MELAWAT KE LABOUR ROOM DAN MENERANGKAN SETIAP BILIK2 YG ADA DI LABOUR ROOM TU G MANA SATU BILIK BERSALIN NORMAL DAN BILIK BERSALIN MELALUI PEMBEDAHAN...

    ReplyDelete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir

Kenduri Tahlil,doa selamat dan kesyukuran..