kU INGIN BERKONGSI..................

Salam semua kalau tengok dari tajuk n3 ku ingin berkongsi...kepada semua sahabat2 alam maya saya memang kalau boleh memang saya ingin berkongsi segalanya dengan sahabat2 suka,duka,idea,ilmu dan minat...bersyukur kerana di beri Allah di kelilingi dgn sahabat2 yang baik hati seperti kalian semua...ahh..bahaya ni dah mula nak bermadah..salah blog ni..kalau nak bermadah selalunya saya luahkan di blog saya yg lagi 1 BILA TINTA PENAKU MULA MENARI..Ini kira menari juga pena saya tapi dalam rentak yang berlainan..he..he..
ok lah semua apa yg nak saya kongsi kan bersama disini ialah mengenai hobby saya tentang jahit manik n3 ini saya tujukan kepada semua yang mempunyai minat yg sama dengan saya terutama adikku SERI...
saya mula menjahit manik dalam tahun 2004 kalau tak silap saya masa tu tak ramai yang pandai jahit manik lagi..jahitan jahit manik di baju pada masa tu lebih tertumpu pada golongan VIP je...saya tak pernah mengikuti mana2 krusus menjahit manik pun sekadar tengok di baju kemudian saya cuba buat setahun selepas tu jahit manik ni dah mula popular di kalangan masayarakat banyak bengkel2 dan kelas jahitan serta buku2 jahitan di adakan..tapi sehingga kini saya tak pernah mengikuti mana2 krusus pun oleh kerana minat yang mendalam saya cuma berlajar contoh2 jahitan di buku2 jahit manik yang saya beli sehingga kini...
Ini adalah Bahan-bahan asas yang di perlukan untuk permulaan menjahit manik..bagi saya memang sejak dulu saya memang menggunakan manik keluaran apple beads kerana qualitynya walaupun mahal sikit dari manik biasa tapi dia tahan lama dan tak luntur bila di basuh..pada sesiapa yang mula nak berjinak2 dengan jahitanmanik tangan ini jarum untuk jahit manik ialah jarum no 11 kalau tak tahu pun kalau pergi kedai jual alat jahitan tanya pada salegirl/tokey kedai tu" saya nak beli jarum jahit manik"..mesti dia orang tahu..sulaman bunga tampal tu saya beli denga harga sekuntum rm 10 ringit..yea lah kalau nak tempah jahit sulam kan mahal..sesiapa yang berminat boleh le memcuba jahit manik sendiri kerana kalau nak menempah upah jahit manik ni kira mahal juga kekadang tu boleh melebihi dari upah tempah jahit baju itu sendiri...kenapa mahal.... pertama harga maniknya kedua..menjahit manik ni memang perlukan penelitian..masa..dan tumpuaan..itulah yang membuatka hargan upahnya mahal..tapi kalau tak berminat jangan paksa diri kerana hasilnya pasti tak memuasakan..ialah nak buat apa pun mulanya kena dari minat dulu...saya berharap dapat berkongsi hobi dgn semua yg sealiran dan n3 ini dapat membantu pada yg berminat tapi tak tahu nak mulakan dari mana....
Buku sulaman dan manik yang ditulis oleh rosita jaafar ini banyak membantu saya..harganya dalam 39.90 isinya padat berbaloi juga la membelinya...sebab ada gambarajah tujuk cara langkah demi langkah..
Buku ini murah saja dalam rm 8.00 ssahaja tapi pelbagai panduan boleh didapati dalam buku ini..


Comments

  1. Salam kak lina..
    firstly terima kasih yg x terhingga buat akak sbb akak bg sokongan n wat n3 khas nie..
    pasni seri nk cr buku manik plak..ada buku sng ckit adala panduan..kalo dulu seri mmg tahu jait manik yang asas tu yg tergantung kat tepi baju tu :)
    smpai kwn seri ckp ketinggalan zmn da fesyen tu..
    i/allah pas ni try jait yg lain2 plak..betol ckp akak mmg kna ada minat br jadi kalo pakse2 mmg x jd la jwbnyer...
    skali lg kak terima kasih yek..
    sayanggg akak ..

    ReplyDelete
  2. salam azlina
    tunjuk la hasil kerja azlina. nanti lepas raya bole la minta azlina jahit manik...

    ReplyDelete
  3. nanti ummi nak minta ina jahitkan untuk tudung ya, boleh .he he he

    ReplyDelete
  4. Sama la kita Ina..tak belajar mana2..just tgk2 sample..pastu jahit sendiri...cipta idea sendiri...syok sendiri...he...he..

    ReplyDelete
  5. Kak, nanti tunjukla hasil kerja akak...

    ReplyDelete
  6. salam ina,

    bestnyer kalo amy pandai menjahit manik2 cam ina.... pernah cuba jahit manik ni kt tangan baju kurung for raya.... end up bukak balik sebb mcm x seni jer... huhuhu

    tp nampak cam best jer buku tu.... leh ler jengok2 kat kedai bila balik nnt.... hehehe

    ReplyDelete
  7. TO SERI...
    SAMAM SERI AKK PUN SAYANG KAT SERI..HUGS....

    TO SITI M..DAN MARSYA...
    RASANYA INA DAH TJK KAT N3 YG LEPAS2 HASIL KERJA TGN INA TAPI YG TU YG MASA MULA2 MENJAHIT LE..YG INA AMBIL TEMPAH MENJAHIT SEBLM PUASA TU TERLUPA NAK SNAP GAMBAR SEBAB DAH SIAP JE CPT POSKAN KAT KEKAWANG DAN SAUDARA..INA PUN TAK AMBIL BYK TEMPAHAN SEKADAR DARI ADIK BERADIK DAN TEMAN RAPAT JE..SEBAB TAKUT TAK CUKUP MASA KERANA PERLUKAN BYK TUMPUAN JAHIT MANIK NI...

    TO HASNAH...
    KALAU DAH MINATKAN HASNAH IDEA TU DTG DGN SENDIRI..

    TO AMY...
    ALAH AMY INSYAALAH KALAU DAH MINAT LAMA BLH BUAT..INA DULU MASA MULA2 PUN BUKAN CANTIK SGT JAHIT BILA BUAT SELALU INSYAALLAH...SEMPAT KE AMY NAK P CARI..KALAU NAK MINTA INA TLG BELIKAN PUN BOLEH...INSYAALLAH

    ReplyDelete
  8. to kak ummi humairah ...
    nak minta tlg jahitkan insyaallah kak...

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Az.

    Thanks sudi share nama Na dalam entry ni.

    nak jelaskan skit.. takut ade yg salah fhm..

    member kad utk utk yg sudi buat entry pasal Razna Creation dan share kan link kedai/blog di blog diorg.. bukan sebab pembelian kali-2.

    btw.. na penah try jait manik.. tapi mata tak tahan la.. halus halus.. hehe.. tak sanggup.. so wajar le.. kalau charge nya mahal.. kerjanya rumit dan mencabar.

    ReplyDelete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

Bercuti di Bukit Tinggi

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir