DALAM DILEMA..................

Susuk tubuh aleya memang kecil bagi yang tak kenal pasti menyangka aleya baru berumur 2 tahun lebih...


Antara buku-buku kegemaran dan yang aleya boleh buat latihannya..




ASSALAMUALAIKUM........

Hari ini tentu kebanyakan dari kita sebagai ibu-bapa sibuk menguruskan persekolahan anak-anak..bagi saya semuanya telah di selesaikan sewaktu cuti sekolah kerana sekolah di tempat tinggal saya kebanyakan telah membuat hari pembayaran yuran dan pembelian buku sewaktu seminggu sebelum sekolah di buka . Manakala buku teks untuk tahun ini telah di beri semasa sebelum cuti sekolah hujung tahun lalu.


Apa yang saya ingin kongsi dan minta pendapat dari rakan-rakan blogger kita ialah mengenai anak saya aleya saya tidak tahu samaada ingin mendaftar tadika untuk tahun ini atau tidak untuk aleya..tahun ini kalau kira umur ikut tahun persekolahan aleya memasuki tahun kelima walaupun baru cukup 4 tahun pada bulan 9 yg lalu...

saya pening hendak memilih tadika mana untuk sekolahkan aleya ataupun tidak tadika pada pada tahun ini...ke tadika pada tahun hadapan sahaja..kerana aleya sudahpun boleh membaca dan mengira sewaktu umurnya belum menginjak 4 tahun...kalau saya beri dia ke tadika apakah pembelajaran yg akan diajar...takut nanti dia rasa jemu jika berlajar perkara yang sama...buat masa sekarang aleya sudah boleh membaca(buku cerita),mengira(tambah dan tolak) dan mengaji serba sedikit...

Memang kalau diikutkan abang-abangnya dahulu memasuki tadika sewaktu berusia 5 tahun tetapi pada masa tu pencapaian mereka dalam mengeja dan mengira tidaklah sepantas aleya mereka baru mengenal abc dan suku kata sahaja..tetapi aleya alhamdulillah sudah boleh membaca dengan lancar....sewaktu belum memasuki 4 tahun lagi..

saya berharap jika ada blogger yg terbaca n3 ini dapat memberi pendapat dan sudi membantu pada permasaalahan saya ini terutamanya cikgu2 kita seperti one z,sity,kak azah,sonata,hasnah,ryana,ummi affifah,siti m.. dan semua rakan2 blogger serta sesiapa saja yg sudi....amatlah saya alu2kan...

asalanya saya hendak upload vedio aleya sedang membaca tapi tak tahu mengapa tak boleh nak load sampai sejam menunggu masih tak siap-siap he..he..yang ini pun nak minta tolong siapa yg boleh bantu..dengan tidak malunya..maklumlah bukannya pandai sangat bab-bab it ni....help me!!!! -->


Comments

  1. rasenye xyah tadika awal2.sebab cam kesian la kat diorang nih.

    ReplyDelete
  2. Alya dah pandai ye kak.. Mrmm.. ena baru jer anta anak ena masuk tadika hari nie.. dia pun x sepandai aliya..rasenyer aliya x perlu masuk tadika kott.. sbb tadika utk budak2 yg baru nak belajar mengenal,membaca & lebih kepada pergaulan.. tp maafla klu en asalah komen or bg pendapat yer kak..

    ReplyDelete
  3. Kenapa tidak kak.....selain dia boleh belajar dia juga boleh belajar bergaul dengan kawan2 dan guru, sebagai persediaan untuk masuk sekolah rendah nanti....

    ReplyDelete
  4. salam ina..pendapat akk sebagai guru dan pengalaman serta gelagat2 anak2 rakan, kalau ina nak hantar ke tadika kena cari tadika yg tinggi sikit pembelajarannya, contoh yg guna mostly BI sebagai medium perantara, sebab kalau hantar ke tadika kemas ke, atau yg biasa2 takut dia boring, kalau boring dia tak mau terima dah yg lain2 w/pun perkara yg dia tak tahu..kalau tadika swasta, dia mcm belajar sesuatu yg baru..kalau ina rasa tak sesuai ke swasta..rasanya tak payah hantar, tahun depan je hantar..tp Aleya jenis pandai bergaul dgn kwn2 ke?? kalau dia ok bab ni hantar tahun depan je lah, sebab kalau dia boring pun satu tahun je belajar...kalau skrg, dia kena hadapi selama 2 tahun....harap2 dapat membantu ina ya

    ReplyDelete
  5. salam kak ina,pendapat sal umur 5 tahun adalah sangat sesuai masuk tadika kak,latih dia supaya pandai bergaul dengan kawan2 dan guru2. semua anak2 sal 5 tahun dah masuk tadika kak,tapi taklah mereka jemu belajar.

    ReplyDelete
  6. to ady...
    trmksh ats pendapat yg iklas tu saya akan fikir2kan..

    to ena...
    alhamdulillah ena anak ena tadika utk bpr tahn..nak kata pandai sgt takl ena cuma aleya ni minat bab2 akedemik ni dia minat akk sekadar membimbing sekadar yang termampu..
    trm ksh ats pandangan ena tu akk hargainya..

    to atie...
    akkk pun ada fikirkan macam tu juga akk tgh duk berfikir dalam seminggu ni..samada nk bg dia ke tadika ataupun tidak...

    to kak azah...
    trm ksh kak azah atas pandangan akk yg padat dan bernas itu...ttg akdemik aleya alhamdulillah pergaulan kurang sikit..dia ina rasa sederhana saja tak pemalu sangat dan tak pula agresif sgt..tapi masanya byk dihabiskan di rumah sahaja..dgn abag2nya sahaja.

    to dsal...

    trmksh salats pendapat dan pandangan sal..abg2 aleya pun mula tadika semasa berumur 5 thn tetapi waktu itu pencapaian pengetahuan meraka dalam pembelajaran setakat mengenal abc,123 dan serba sikit suku kata..yg buat akk berfikir2 ni semua aleya dan blh membaca dan mengiratakut bila ke tadika cikgu baru mengjaar mengenal huruf jadi takut dia jemu..

    ReplyDelete
  7. Salam kak Azlina.
    Dilema akak ni sama seperti seperti yang saya alami ketika menghantar Aalia nama pun hampir sama)ke taska tahun lalu(4 thn)w/pun ketika itu dia blm blh membaca tapi perwatakannya jauh lebih matang dari usianya.Dia hanya mau ke taska tu sebulan sahaja, slps tu dia menangis setiap kali saya menghantarnya. Bila ditanya kenapa tak pergi taska dia jawab "Yaya boring bah (loghat Sbh), balik2 cikgu suruh nyanyi,main2,makan, lepas tu tidur"
    Kesimpulannya yg saya dpt di sini ialah kanak2 akan cepat bosan jika melakukan perkara yang dah biasa mereka buat dan tidak selaras dengan kebolehannya. Saya harap kakak mendapat sedikit sebanyak panduan daripada cerita saya ini.

    ReplyDelete
  8. kak ina,

    tahniah la aleya boleh membaca seawal umur 4 thn.. kalo dididik, mungkin boleh jadi genius..

    ita suggest kan akak masukkan aje die ke tadika biasa.... tp, bile die umur 6 thn, tukar ke tadika yang lebih baik..

    antara tadika yang bagus genius aulad, al-ikhlas pre-school, q-dees, smart reader.. tp, itu di lembah klang...

    kalo ade di area perak, lagi bagus...

    akak try cari²... sebab akak cakap aleya ni pemalu.. then inilah masanya akak nak kene perkenalkan die dengan dunia luar...

    takut² kalo tunggu 6thn, die lagi takut nak bergaul...

    ReplyDelete
  9. TO RYANA..
    TRM KSH ATAS PANDANGAN PENDAPAT DAN PENGALAMAN YG RYANA BERIKAN PADA AKK..AKAN AKK JADIKAN SLH SATU DARI PAMDUAN UTK MENYELESAIKAN MASALAAH ALEYA INI..

    TO MAIYAH..
    TRMKSH ATS PENDAPAT IKLAS DARI MAIYAH..

    TO ITA..
    PERTAMANYA AKK HENDAK UCAPKAN TRM KSH ATS PENDAPAT DR ITA TTG PERMASALLAH ALEYA INI...
    DI KAWASAN MANJUNG INI BANYAK JUGA TERDAPAT TADIKA SWASTA TAPI TAIDKA YG POPULAR SEPERTI TADIKA AULAD,AL-IKLAS TAK ADA SMART READER..ADA DAN BYK TADIKA2 YG LAIN...INSYAALLAH AKK AKAN FIKIRKAN..

    ReplyDelete
  10. Slm k.ina..ina rasa x perlu ke sekolah lg,cukup k.ina bg galakan kt rmh.Sebagai anak kecil, bg ruang utk die enjoy dgn zmn kanak2 die dahulu..aleeya minat belajar,bg die galakan dgn beli buku2 yg die minat.Jika sekarang akak dh sekolahknnye bimbang die bosan.Sampai masa 6 tahun nnti brulah akak sekolahkn aleeya..time tu die dh fhm bhwa die perlu ke sekolah spt yg lain..

    ReplyDelete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

Bercuti di Bukit Tinggi

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir