ADUH!!!!! MAK SAKIT.....

DI MULAKAN DENGAN BISSMILLAHHIROHMANNIRROHIM....

Aduh sakitnya gigi/gusi dari semalam sebenarnya dan hari ini bertambah-tambahlah sakitnya...rasaanya dah sampai masanya jumpa doktor gigi..kalau tak silap kali terakhir jumpa pada enam bulan yang lepas...aduh malasnya..


Bayangkan daalam duk sakit tu aleya seperti biasa dengan keletahnya yg banyak tanya pada hal sakit gigi/gusi ni nak buka mulut berrcakap pun malas..bunyi bising pun rasa pening bukan sakit  bahagiann gusi/gigi sahaja urat yg bersambung sakit tulang rahang pipi,bahu,leher membawa ke kepala dan mata...
apa yg ada sekarang adalah kesabaran menghadapi kesakitan...baru rasa bertapa bernilainya sewaktu  allah kurniakan nikmat sihat sebelum sakit...seharusya kita mensyukuri nikmat itu dan mengisi masa sihat dengan perbuatan2 yg memberi menafaat untuk dunia dan akhirat..

Harap cepat sembuh dan pulih sepertia sediakala...dan dapat menjallani kehidupan seperti biasa...insyaallah....



Cara elak gigi rosak atau reput
dasani menulis - "CUBA ingat kembali bilakah kali terakhir anda berjumpa doktor gigi. Enam bulan, setahun atau lebih lima tahun lalu? Mengapa? Mungkin alasannya takut berjumpa doktor gigi dan inilah fenomena tidak sihat yang masih membelenggu masyarakat kita.

Boleh dikatakan hampir setiap orang mengalami kerosakan gigi, tetapi mengenangkan rasa ngilu apabila gigi dibersihkan membuat ramai lebih rela memendamkan masalah dalam mulut sehingga melarat.

Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Dr Teo Choo Kum, berkata dua masalah utama melanda masyarakat kita, khususnya di kalangan orang dewasa, iaitu pereputan gigi dan masalah kesihatan gusi.

Berdasarkan kajian, kadar pereputan gigi paling tinggi berlaku di kalangan golongan berumur 35 hingga 44 tahun iaitu sebanyak 96.5 peratus, diikuti 91.5 peratus (25 hingga 39 tahun) dan 80.9 peratus di kalangan kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Mengapa kadar pereputan gigi paling tinggi berlaku di kalangan orang dewasa yang sepatutnya lebih peka pada kebersihan dan kesihatan mulut mereka? Faktor gaya hidup, kesibukan kerja dan kecuaian menyebabkan mereka menangguhkan temu janji dengan doktor gigi, walaupun ia hanya perlu dilakukan dua kali dalam setahun.

Keadaan sebaliknya berlaku di kalangan pelajar sekolah yang lebih kerap menjalani pemeriksaan gigi oleh jururawat yang datang ke sekolah atau pergi sendiri ke klinik.

Walaupun secara keseluruhan kadar masalah kerosakan gigi menunjukkan pengurangan, tetapi berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanak-kanak di negara kita antara paling banyak mengalami masalah kesihatan mulut, khususnya pereputan dan kehilangan gigi, serta menjalani rawatan tampalan.

Dr Teo berkata, pereputan gigi kanak-kanak biasanya bermula dari atas (hujung gigi) manakala bagi orang dewasa masalah pereputan berlaku di celah-celah gigi.



Bakteria dalam mulut akan bertindak ke atas makanan yang tertinggal atau terselit di celah gigi, menghasilkan lapisan melekit berwarna putih kekuningan di panggil plak.

“Jika gigi tidak dibersihkan dengan baik, lapisan bakteria ini akan terus membiak. Apabila kita makan makanan bergula atau berkanji, bakteria akan menghasilkan asid untuk menyerang enamel (lapisan luar gigi). Kehadiran plak akan memudahkan asid melekat pada enamel, lama kelamaan menyebabkan gigi reput dan berlubang.

Gusi berdarah

“Simptom kerosakan gigi mudah dikesan, tetapi ramai mengabaikannya. Pada awalnya gigi akan sensitif (rasa ngilu) pada makanan manis, masam dan sejuk, gusi berdarah apabila memberus gigi atau gusi bengkak dan merah.

“Ini adalah tanda-tanda awal gingivitis dan jika tidak mendapatkan rawatan, gigi akan rosak dan reput. Seterusnya, anda juga sensitif terhadap makanan panas dan ini biasanya mula dirasai apabila anda sakit gigi,” katanya.

Plak yang terkumpul akan menjadi keras membentuk kalkulus (tartar). Kalkulus yang melekat pada gusi juga menjadi laluan untuk bakteria menyerang dan merosakkan tulang rahang; yang akhirnya menyebabkan gigi goyang. Pada peringkat serius, gigi boleh tercabut dengan mudah kerana tulang rahang yang sepatutnya menjadi pemegang sudah diserang bakteria.

Penjagaan gigi seharusnya bermula dari kecil, iaitu sebaik anak mula tumbuh gigi (sekitar usia enam bulan). Ketika ini, ibu bapa boleh memupuk tabiat menjaga kesihatan mulut dengan menggosok gigi anak dengan kain lembut selepas menyusu.

Dr Teo berkata, gigi susu yang rosak juga sebaik-baiknya dirawat atau ditampal jika berlubang. Ini bertujuan mengekalkan gigi susu di kedudukan asalnya sebagai panduan kepada laluan gigi kekal supaya ia tumbuh cantik dan teratur.

Antara teknik rawatan gigi yang sering digunakan termasuk tampalan, pengkoronaan (crowning) iaitu gigi palsu dibentuk dan disalut pada gigi reput, brigde atau implan gigi palsu — yang semuanya perlu dijaga seperti gigi asli.

“Penggunaan flos juga penting untuk membersihkan bahagian celah gigi yang sukar dicapai berus. Selain itu, cecair kumur juga mampu membantu mengurangkan masalah kerosakan gigi, selain mengharumkan nafas.

“Pastikan juga gusi anda sentiasa sihat. Gusi yang sihat berwarna merah jambu atau merah samar. Jika gusi bengkak, merah, sakit dan sering berdarah atau ulser yang tidak sembuh selepas dua minggu, anda dinasihatkan berjumpa doktor gigi. Ia mungkin petanda penyakit lain. Jangan tunggu hingga sakit gigi atau gusi baru hendak jumpa doktor,” katanya.

P/S: SELALUNYA KALAU DAH SAKIT GIGI BARU JUMPA TERINGAT PADA DOKTOR GIGI NI KALAU TAK...FAHAM2 JE LAH..CUMA BILA DAH TUA2 NI KENA BUAT TEMUJANJI 6 BULAN SEKALI....

Comments

  1. hurmm..mujur dh lama lieza xmngalami sakit gigi..last pon masa sekolah rendah dulu kot...eheheh

    ReplyDelete
  2. salam ina... mmg ler kalo sakit gigi org bercakap sikit pun kita rasa naik hangin... sakit wooo....

    ReplyDelete
  3. Ass-salam dear sis Azlina
    ...sakit gigi kata orang ayam berkokok pun rasa nak marah ...betul ke sis?
    Semuga cepat sembuh...kena tampal atau cabut terus baru lega kot

    ReplyDelete
  4. salam ina..usia gigi reput yg ina tulis tu dah terjadi pada akak...asyik cabut gigi jer..bukan sebab sakit tapi gigi bergoyang..gusi tak elok la tu..hehehe..hari tu kalau ina masih ingat akak sakit gigi sampai bengkak la mulut..dah cabut barulah lega..bagi akak lagi sakit kalau migrain drp sakit gigi..tapi migrain akk ni ada tahap jugak...kena yg teruk betul tu, semua benda tak boleh buat...tapi akk tak marah..diam2 jer dalam gelap..hehe

    ReplyDelete
  5. salam kak,

    lamer tak datang sini..

    ReplyDelete
  6. mmg pun ina, baik sakit tang lain dari sakit gigi!!

    ReplyDelete
  7. to kasih...
    yea lah kasih dah lama x sakit gigi...bila dah sakit tuhan je yg tahu....

    to amy..
    yea amy nak berakap pun mls tapi demi cstmer ku gagahi juga.. he..he..

    ReplyDelete
  8. to kak hazel...

    itu yg dalam delema tu kak nak cabut takut duk cabut nanti rogak pula dah le baru dpt cucu rabiit ni baru btl2 nenek ni...

    ReplyDelete
  9. to kak azah...

    yealah kak azah taapi ina selalu kalau jarang kena migrain kalau kena pun sekejap dan x teruk...rasanya kak kita ni dah sampai ke pereputan gigi ni dah 2 x cabut...tkt nk cabut lagi nanti rogak la pulak...he..he..hope sakit migrain akk bertmbah sembuh...

    ReplyDelete
  10. to ena...
    yea lah dik lama x sgh sini akk pun rindu kt ena..

    to hasnah..
    sakit gigi ni hasnah ibarat sakit seluruh badan nak demam pun ada...

    ReplyDelete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

Bercuti di Bukit Tinggi

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Mohon ampun dan maaf...