MEMULAKAN LANGKAH PERJALANAN

Salam jumaat yang mulia...
walau pun dalam keadaan yang batuk2 sedikit ini..tetapi ianya tidak membataskan saya untuk sama-sama meyumbangkan tenaga untuk sumber rezeki kami sekeluarga...
Pagi ini kami memulakan langkah perjalanan...sebenarnya tidak kemana pun tentu suspen kan kami ke lekir seperti yang saya janjikan kepada pelanggan saya Dee yg tinggal di KL tetapi barangnya saya hantar di rumah ayahnya di Lekir sahaja dalam 15 minit perjalanan dari rumah lebih kurang...ini adalah tempahan kali kedua dari dee...tempahan pertama telah selamat di terima...bulan lepas..

KEDAI SURAT KHABAR AYAH PELANGGAN SAYA TAK SANGKA DALAM MENGHANTAR BARANG PUN ALLAH KURNIAKAN REZEKI...SECARA TAK LANGSUNG PEKERJA KEDAI AYAH DEE PULA MEMBUAT TEMPAHAN BIRDHOUSE SERTA FLOORMATE...ALHAMDULILLAH..
tetapi sebelum itu saya poskan poslaju barang ismaliza dan faizal..harap dapat sampai dengan selamatnya...faizal meminta saya agar dapat poskan hari ini...jika tidak saya hendak mengeposkan pada esok atau hari isnin kerana baru sahaja semalam kami ke pejabat pos, tetapi terlanjur abang ada kerja di setiawan boleh le kami pos hari ini..alhamdulilah..
Tempahan dee 3 set birdhouse withstand...telah selamat saya dan cek abang hantar...

Selepas itu dalam perjalanan balik kami singgah di kedai cina yang membuat plate..sebenarnya petang ini suami saya ada mengambil job untuk membuat simen lantai  dan penghadang sinki kedai makan...seperti yang saya nyatakan dulu cek abang saya selepas bersara akan melakukan apa sahaja kerja dan tidak memilih pekerjaan selagi setiap kerja yang di lakukan itu halal di sisi islam....
semuga perkerjaan dunia dan amalan untuk akhirat kami seiring...siang di peruntukkan mencari rezeki di malam hari kita pertingkatkan amal dan ibadat sebaik mungkin...


Bila lihat keadaan apek ini saya jatuh kesian pula jalan pun dah tak larat tapi masih bekerja untuk meneruskan kelangsungan hidup...dengan keadaan kedai yang uzur berada di pekan setiawan yg di kelilingi oleh deretan kedai baru tapi dia masih seperti itu..seperti puluhan tahun yang lalu..

selepas semua urusan selesai kami berhenti makan sebab jam sudah menunjukkan menhampiri pukul 12.00 perut pun dah berbunyi...cek abang kata saya tidak payah masak le hari ni...lagipun sekejap lagi sudah hendak pergi sembahyang jumaat..

Alhamdulilah syukur dengan rezeki kami hari ini....hari jumaat dapat makan pisang free....kemudian terus balik kerumah kerana cek abang hendak bersiap-siap untuk ke sembahyang Jumaat...

sambil-sambil saya berkemas telepon berbunyi panggilan dari jiran saya...berbual sebentar dia menanyakan kenapa suara saya lain macam saja bunyinya ...tanyanya lagi saya tidak sihat ke...saya jawab saya batuk-batuk sedikit....baiknya jiran saya ini menyuruh saya letak talipon dan tunggu di luar rumah dia ingin datang  memberikan saya ubat sakit tekak dan batuk...
alhamdulillah ....syukur mendapat jiran yang baik dan mengambil berat...

Comments

  1. salam ina,

    ini jane...lama x jumpa. lama akak coti blogging. hehe!!! wei, kencang bisnes weh!!

    ReplyDelete
  2. @jane
    wlkslm kak jane...
    khabar baik kak lama x dengar berita akk selmat kembali ke alam maya

    ReplyDelete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

Bercuti di Bukit Tinggi

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir