Semuga Bergini Selamanya...

Antara sedar atau tidak sekejap sahaja masa berlalu...sudah masuk bulan april bermakna sudah masuk empat bulan NUR 'ALEYA ADDINA sudah bersekolah tadika....
sejak aleya bersekolah..memang agak lebih masa terluang untuknya....hantar dan ambil aleya...ke sekolah..lihatkan kerja sekolahnya...di tadika aleya balik agak leawat pukul 12.30 baru balik kerana dia sambung mengaji iqra di sekolahnya...

Seperti biasa tadika mestinya mengajar doa-doa dan surah-surah lazim...hari-hari ada sahaja doa yang aleya baca...doa masuk/keluar tandas,doa keluar/masuk rumah, dan lain2 doa...antara doa yang rajin di baca saya sangat tersentuh dengan doa ibu bapa yang aleya baca....
alhamdulilah aleya lengkap solat 5 waktu sehari walau hanya pandai baca al fatihah sahaja dalam solat...dia akan solat berjemaaah dengan kami...sekarang ni lepas solat dia berdoa sendirian...doa ibu bapa yang selalu di pelajari di sekolah...
alhamdulilah semuga...aleya dan abang-abangnya tetap mendoakan kami sehingga dewasa....semasa hayat atau seseudah hayat kami tidak di kandung badan lagi....insyaallah..
Semuga semua anak-anak kita  sentiasa mendoakan kita semasa hayat ada lebih-lebih lagi setelah kita tiada..kerana setelah kita tiada kita sentiasa menantikan doa-doa dari anak-anak  yang soleh....mudah2an amin..
dan sebagai anak juga kita seharusnya tidak sesekali lupa untuk mendoakan kedua-dua ibu-bapa kita...

video
.. 


"ya allah ya tuhanku,cucuri rahmat dan kasihilah kedua ibu-bapaku,seperti mereka mengasihiku dan menyayangiku sewaktu kecil"

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"
"Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibubapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)

Comments

  1. Salam kak ina,

    Alhamdulillah sejuk perut ibu yang mengandung:)
    Mcm nie ucu pun kena balajaq dgn aleyalah..boleh sayang??Mudah-mudahan istiqamah aleya ye..kita cuma ada SATU ibu dan ayah...dan tak ada yang bermakna melainkan mendoakan mereka selalu dan selalu....sama2 kita saling mdoakan..

    Hati anak teramat bersih ddan ibu bapalah yng mencorakkannya..Amin

    ReplyDelete
  2. @ainhany
    waalaikummussalam dik...

    alhamdulilah...sentiasa mendoakan yang baik2 buat anak2 tersayang juga untuk kedua ibu-bapa sendiri/mertua..

    ucu la ni laeya duk sibuk baca buku syarat2 sah sembahyang.rukun solat dan perkara yg membatalkan sembahyang dgn mama...ucu doakan aleya terang hati na..

    ReplyDelete
  3. salam kak ina,

    alhamdulilllah..
    pasni ucu kena cari buku kat pesta buku laaa utk leya..insyaALLAH mudah2an kesampaian hajat ucu kan..doa kan ucu jugak tau..Amin

    ReplyDelete
  4. @ainhany
    wlklsm ucu...

    mudah2an amin..trm ksh kerana ingatkan leya

    ReplyDelete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir

Kenduri Tahlil,doa selamat dan kesyukuran..