Pengajar atau Pendidik...

Alhamdulilah 2,3 hari cuaca mendung dan sesekali hujan....
Esok 16 mei adalah hari guru.....SELAMAT H ARI GURU untuk semua guru-guru yang telah mendidik anak bangsa....memberi ilmu dan membimbing anak didik tampa lelah dan jemu...
jasa guru di bawa selagi nyawa di kandung badan....jasa guru terlalu besar ganjaran yang Allah janjikan jika di beri ilmu dengan penuh keikhlasan dan kerana tugas sebagai guru adalah semulia-mulia perkerjaan...

Alhamdulilah...saya banyak masa lapang sekarang semuga saya dapat mengisikannya dengan perkara-perkara yang mendatangkan menafaat ....dapat juga saya memenuhi minat saya dalam membaca...
kebetulan saya sekarang sedang membaca buku APABILA BEDUK DI KETUK oleh Ustaz pahrol Mohd Juoi..(yang di beli di pesta buku antarabangsa di PWTC)
.kebetulan juga kena dengan hari guru tajuk pertama buku ini (beduk 1)...RAMAI PENGAJAR SEDIKIT PENDIDIK...
saya  kongsikan pembacaan saya di sini saya petik serba sedikit...penulisanb ustaz pahrol di bawah tajuk ini...
antaranya.....

"apa bezanya mendidik dan mengajar?"

"mengajar ialah dengan memberitahu,memahamkan dan menyampaikan...."

"mendidik pula?.."dia menyampuk seakan tidak sabar.

"mendidik pula adalah dengan mengajak,mendorong,membimbing dan memantau...."

"boleh berikan contoh? "

"mengajar sembahyang ialah dengan menyampaikan ilmunya,tntang sah,batal,rukun dan syarat.hasilnya pelajar kita tahu sembhayang".

"mendidik sembahyang?..

"mendidik lebih kepada mengajak,kita ajak pelajar kita sama-sama bersembahyang dengan kita...kita jadi role-modelnya.jika mereka malas kita dorong,jika salah kita membetulkannya...hasilnya pelajar akan mahu sembahyang"..

"oh...mahu sembahyang bukan sekadar tahu sembahyang"..

Pendidik adalah golongan yang paling dekat dengan tugas para rasul kerana dia mendidik modal yang paling berharga - modal insan.

antara penutup kata pada tajuk di atas....

"Barulah mereka boleh berjaya mendidik.
Ganjaran pahala bukan sekadar laba.
Penilaian Allah,bukan hanya penilaian manusia,
JIka tidak pendidik hanya akan mengajar...
dan nanti pelajar hanya tahu....tetapi tidak sedar...

sekadar berkongsi isi buku yang di baca semuga kita beroleh menafaat bersama...

wallahualam..
..

Buku ini penuh dengan kupasan tetang perkara-perkara yang lazim dalam kehidupan...memberi kita kefahaman dan maksud yang lebih mendalam.....ada 35 kali beduk di ketuk (35 kupasan episod)...dari pelbagai kisah...dalam kehidupan realiti yang kita hadapi setiap hari...

Comments

  1. Selamat hari guru, trims guru tanpamu kami tak berilmu!

    ReplyDelete
  2. salam..tumpang membaca dan menghayati isi kandungan..terima kasih

    ReplyDelete
  3. @Apple iPod touch
    benar bagai di kata guru adalah insan yang banyak berjasa dalam diri dan hidup kita selain dari kedua ibu-bapa..kita..

    ReplyDelete
  4. @Syimama
    wlkslm syi...selagi terdaya kita kongsi bersama semuga memberi menafaat buat kita ...
    wallahualam..

    ReplyDelete
  5. salam lina..
    ibu bapa lah pendidik sebenar kerana anak-anak amanah Allah.ibu bapa yang wajib mendidik anak2 supaya hormatkan orang lain terutama guru2 yg mengajar mereka dan guru2 sebagai pengajar yang di amanahkan olih ibu bapa untuk mengajar anak2 mereka.kalau masing2 menjaga amanah yg di beri, tidah timbul banyak masaalah seperti hari ini.
    "selamat meenyambut hari guru"

    ReplyDelete
  6. @kakyon
    wlklsm kak...
    benarlah bagai yg di kata...kita memegang amanah masing2 dan akan di pertanggungjawabkan di sana nanti..

    ReplyDelete
  7. tq kak ina atas info...seronok brkongsi ilmu bersama :) semoga mndapat menafaat... teringat kt2 seorg kawan saya seorang guru juga... bila kasik kerja rumah mesti dia tanya student dia kamu sayang saya x?..kalau sayang siapkan keja saya :).. mmg kawan sya tuh kesayangan pelajarnya :)

    ReplyDelete
  8. @MUMMYdah
    sama2 dik...berkongsi ilmu slagi ada dan terdaya...
    alhamdulilah jika ada guru yang bukan sahaja mengjar tapi mendidik...

    ReplyDelete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

Bercuti di Bukit Tinggi

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir