Kesiannya anak ibu...

Asslamualaikum.......

waktu ini aleya masih terbaring lesu setelah beberapa kali muntah....berkmakna perut aleya kosong lebih lama dari kita yang berpuasa ini...

Alhamdulilah hari sudah 3 ramadan bermakna sudah 3 hari kita menjalani ibadah puasa....bern3 sementara menunggu solat terawih..saya berterawih di rumah sahaja...aleya pula kurang sihat...

Ingin kongsi bersama..aleya adalah anak saya yang keempat dan telah berusia enam tahun jadi tahun ini saya ingin mendidik aleya berpuasa ...aleya mula berlajar berpuasa agak lewat dari abang-abangnya....abang-abang aleya sudah mula berpuasa penuh sejak berusia 5 tahun lagi...

Dua hari lepas aleya hanya mampu berpuasa sampai pukul 1 tengahari sahaja dan hari ini saya memujuknya berpuasa penuh sehari...kasihan juga kerana aleya ni jenis yang tidak pemakan dan dia tak pandai makan dengan kuantiti yang banyak...dia makan sedikit...itu pun kurang selera...banyangkan sahur hanya dengan susu secawan dan dua suap nasi...berbuka pun sepiring nasi pun susah hendak habis....

Berbuka tadi aleya hanya mampu minum air..katanya kepalanya pening saya suapkan nasi pun dia taklalu menjamahnya hanya sesuap..saya pegang badannya agak panas.....belum habis waktu solat maghrib aleya sudah muntah di atas quilt carpet di ruang tamu...mungkin aleya di serang gastrik....saya sapu minyak ke perutnya dia...masih lemah minta nak minum...tapi sebaik sahaja dua tiga teguk muntah lagi...

Saya ambil keputusan biarlah aleya berlajar berpuasa separuh hari duhulu islam tu memudahkan bukan menyusahkan dan aleya usianya belum layak untuk berpuasa....saya terpaksa melihat kondisi aleya agar tidak memudaratkan dirinya...
Tak boleh hendak membandingkan anak kita dengan anak orang lain terpaksa melihat tahap kemampuannya..

Sesungguhnya Islam merupakan agama yang mudah dan menyenangkan manusia bukan menyusahkan atau menyempitkan. Deen Islam ini diturunkan Allah swt kepada manusia sebagai rahmat dan hidayah yang membawa manusia kepada kebaikan dan kebahagiaan seperti firman Allah swt :

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
“ Dan tidaklah kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam” (Al-Anbiya : 107).


“ Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan sekadar dengan kemampuannya” (Al-Baqarah : 286).

Comments

  1. Salam K.Ina..anak2 atie pon mula brpuasa dlm usia 5 tahun gak.Alhamdllh,bila usia mereka 6 tahun..cukup sebln berpuasa.Semoga Aleya,kuat semangat & diberikn kesihatan yg baik utk menjalani ibadah puasa pertamanya ini.

    ReplyDelete
  2. Aslkm Azlina,

    Moga aleya sihat dan dapat puasa.
    Moga berbahagia kalian sekeluarga.amin.

    ReplyDelete
  3. siannya Aleya... biar Aleya belajar puasa beransur2 jangan paksa dia terus puasa penuh sehari tu... biar dia puasa mengikut kemampuannya

    anak murid akak di th satu pun ada juga yg tak puasa penuh lagi

    ReplyDelete
  4. @♥♥azatiesayang ♥♥
    wlklsm atie..yealah dik setiap anak tak sama anak2 akk abg2 leya umur 5 thn dh puasa pnh...tapi leya ni jns tak pemakan kena le plan2 ajar dia puasa...

    ReplyDelete
  5. @mama ju,
    wlklsm mama ju..

    trm ksh mendokan kami amin...bergitu juga doa ina bt mama ju dan keluarga..

    ReplyDelete
  6. @ibuintan
    yealah kak nah ina kena tgk daya tahan aleya ni..kalau setakat dia merengek lapar tahan lagi tapi sampai muntah2 dan demam tak sampai hati pula...
    ina kena ajar dia perlahan2 ikut kemampuan dia...

    ReplyDelete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

Bercuti di Bukit Tinggi

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir