Bila hati berdetik....

Assalamualaikum semua....

alhamdulilah bern3 lagi saya hari ini.....

Semenjak cek abang selalu kerja luar daerah saya ada lebih sedikit masa untuk diri sendiri.....saya pula jenis yang tidak berapa suka keluar rumah jika tampa urusan tertentu....
Bersembang.. di rumah jiran2 juga saya tidak berapa suka ...kerana perkara tersebut lebih banyak buruk dari baiknya..
Namun jika sesekali saya berjumpa tetap bertegur sapa dan bertanya khabar dan menghadiri juga kenduri kendara dan kuliah agama mingguan di surau .....di situ kami saling bertegur sapa dan bertanya khabar...

Saya lebih banyak berbual dengan cek abang dan anak-anak...jangan tak tahu anak bujang saya boleh layan sembang ibunya sampai berjam-jam pelbagai topik semua boleh...dari hal2 keagamaan atau hal-hal umum dan mereka juga tak segan berkongsi cerita mereka...

Masa yang terluang ini saya isikan dengan memperbaiki bacaan al-quran dan membaca buku....pelbagai buku saya baca dari bacaan santai sehingga ke bacaan ilmiah dan agama...

Baru-baru ini hati saya selalu terdetik ingin sangat membaca buku travelog haji tulisan prof muhd kamil ibrahim...puas mencari di kedai-kedai buku di sini....bergitu juga dengan buku travelog dakwah..tulisan prof muhd kamil...
alhamdulilah semalam anak sulung telepon memberitahu dia berada di salah sebuah mall sedang mengadakan jualan pesta buku....banyak buku2 di sana yang di jual dengan potongan harga...saya menanyakan padanya cuba tengok-tengok kalau ada buku yang saya inginkan...kebetulan dia memang memegang buku tersebut....alhamdulilah telah pun selamat membeli buku idaman saya....syukur...
tak sabar rasanya menanti buku tersebut sampai kepangkuan bila anak saya pulang bercuti nanti...insyaallah...

Ada 3 buah buku yang ingin saya baca dan miliki....Alhamdulilah dapat yang satu ini dahulu...semuga akan memperolehi yang lagi dua nanti...



Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk pada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.
Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada Penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada persoalan yang merunsingkan. buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka. 
Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyakarat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji mendapati buku ini mempunyai nilai yang tersendiri. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa. 

Tersangat ingin memiliki lagi dua buah buku di bawah ini...

sinopsis 50 TIPS MOTIVASI DAN UMRAH..

“Ia bukan isu tandas tetapi bangunlah untuk berqiamullail. Bukankah itu tujuan sebenar kenapa ibadah haji mahu dilaksanakan?”
 Kami tidak menyangka terdapat jemaah yang membantah.
“Bagaimana mahu solat malam di Mina, khemah penuh sesak, hendak berdiri pun tidak boleh?”
“Solat dan bermunajat di luar khemah”
“Angin gunung, sejuk. Saya tidak tahan”
“Pakailah Long John, termal atau solat, bermunajat dan berzikir di dalam khemah sambil duduk”
“Khemah sempit, tidak selesa” 

Ya benar, secara umumnya ibadah haji tamat dengan tawaf wida'. Persoalannya, apakah motivasi dan inspirasi tersebut mesti terhenti setelah kembali ke tanahair?
Tip-tip yang dikemukakan kelihatan biasa tetapi dijadikan luar biasa oleh kedua-dua penulis dengan mengekalkan nilai-nilai santai dan bersahaja. 


TDMHE mengupas hampir kesemua persoalan itu, berdasarkan pengalaman peribadi seorang hamba Allah bernama Prof. Dr. Haji uhd Kamil Ibrahim. Sebagaimana bukunya yang terdahulu, Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, buku ini juga mengundang pelbagai perasaan. Penulisan yang disertai dengan roh dan keinsafan serta ketakutan (takut dikatakan riyak, sombong dan angkuh) benar-benar menyentuh perasaan bagi sesiapa yang melihat dengan mata hati.
-Norhayati binti Ramlee, Wartawan MIDI.
Aturan ayat dan frasa kata yang mudah, tetapi menyentuh dan terkesan adalah jalinan cerita persis teguran sayang dan ajakan kasih kepada pembaca yang betul-betul tulus berfikir dan mengambil iktibar.
-Che Zuina Ismail,
Ketua Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam,
Universiti Teknologi MARA, Johor.

Comments

  1. Salam kak ina

    Saya telah pun memiliki dan membaca buku2 tersebut, gaya penulisan dan penceritaan serta pengalaman Prof sgat memotivasikan diri kita.

    ReplyDelete
  2. @shami2
    wlklsm shami2...
    alhamdulilah kerana telah memilikinya akk dah lama cari buku2 ni tapi pilihan agar terhad di sini...kecuali jika akk ke ipoh memang banyak pilihan kedai buku di sana contohnya MPH,popular...kedai buku popular di sini ada tapi kecil sahaja..

    ReplyDelete
  3. kak.ani pun teringin gak cari buku2 tu......utk motivasi diri....insyaallah. Tq kongsi tajuk2 buku cam ni..... :))))

    ReplyDelete
  4. @Ibuhani
    sama2 kak ani..ina pun hendak sangat baca buku tulisan prof ni kerana telah terbaca sinopsisnya di internet...tulisannya benar2 menyentuh mata hati...memotivasi diri dan membuat kita bermuhasabah diri...

    ReplyDelete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

Bercuti di Bukit Tinggi

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir