Posts

Showing posts from November, 2011

Nur 'Aleya Addina....nak masuk tahun satu...

Image
Assalamualaikum semua.....semuga di rahmati Allah selalu hendaknya...

Tahun depan 2012 Insyaallah Aleya akan masuk tahun satu...
saya sudah pun membelikan kasut sekolah untuk aleya kerana kaki aleya kecil jadi kena beli awal-awal semasa saya beli pun saiz yg paling kecil sekali sudah habis tinggal yang display je...(saiz yg paling kecil pun masih longgar buat aleya)
Baju pula...kena jahit sendiri le nampaknya sebab tak ada baju kurung untuk saiz badan leya ....saiz seragam yang paling kecil pun baju kurungnya sahaja dah panjang bawah sampai hampir tak nampak kain kalau pakai.....
fikirkan sekolah agama mana pula untuk di hantar....kawasan perumahan sudah terlalu ramai penduduk sekolah agama kerajaan banyak yang sudah penuh....
.hati saya yang berdebar boleh ke aleya ni....
rasanya sejak 2,3 tahun yang lepas kalau tidak silap saya ada ujian IQ untuk pelajar tahun satu...
saya tak ada pengalaman sebab masa abang-abang aleya dulu tak ada ujian IQ ni...

adakah sesiapa yang tahu dan sudi b…

La Tahzan....

Image
Assalamualaikum.......
Menghirup udara rahmat dari Allah....alhamdulilah...
Sebagai insan biasa aku  sesekali tak dapat lari dari menghadapi ujian dan dugaan...itulah kehidupan...sesekali hati menangis....namun dalam tangisan tetap redha dengan ujian yg dihadapi.... belajar untuk sabar menghadapi.... dan bertawakal kehadrat illahi.....dan dengan itu keringlah air mata dengan pengaduan terhadap illahi...kehadratnya aku berserah diri.... Allah sentiasa ada buat kita...



Memohon Limpahan nur kasihmu Ya Allah...

Image
Subuh Jumaat yang syahdu....terasa tersentuh di hati...Ulangtahun kelahiran aku dan suami pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat dan hari ini...Jumaat 25-11-11 juga adalah ulangtahun perkhawinan kami yang ke 21......
Ya Allah ku bermohon rahmat dan keberkatanmu di hari yang mulia ini berkatilah baktera perkhawinan kami....panjangkan jodoh kami sehingga ke hujung nyawa..kurniakanlah di dalamnya taufik danhidayahmu agar kami dapat hiasinya dengan iman dan taqwa...amin ya..rabbal alamin...

Ya Allah satukan rasa cinta kami di bawah limpahan nur kasihmu.....

Saling mencintai hanya kerana Allah.....
Saling menyayangi hanya kerana Allah.....
Saling membahagiakan hanya kerana Allah.....
Hanya kerana Allah sahaja yang dapat menumbuhkan...
rasa..cinta,kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.....



Ibadah korban...

Image
Assalamualaikum....

Di doakan agar semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu hendaknya.....
Hari raya korban tahun ini saya berhari raya bersama keluarga sahaja di taratak kami...tidak pulang ke kampung kerana anak pun sudah semakin hampir dengan peperiksaan...

Di sebabkan cek abang AJK surau ..mesyuarat telah di adakan sebelum hari raya korban untuk agihan tugas..tahun ini kawasan taman kami melakukan korban 4 ekor lembu dan 2 ekor kambing...
walaupun dalam keadaaan hujan ibadah korban tetap di lakukan...alhamdulilah semuanya selesai dengan sempurna...

selepas solat maghrib saya menerima berita di bahawa rakan sekelas kami sewaktu bersekolah dulu telah pergi untuk selama-lamanya menyahut panggilan illahi ....Inalilahiwainailahirojiiun.....(sebenarnya kami semua baru bertemu kembali di FB awal januari yang lalu...dan kakak2 senior telah pun menubuhkan satu Group untuk EX-STUDENT SAB KL,sek aminuddin baki kl)...
di situ kami mengetahui segala info terkini...
semuga roh Ar…