Skip to main content

Rabbi Yaasir Wala tu aasir

Dimulakan dengan lafaz bismillah...{syukur ke hadrat illahi kerana di beri keizinannya untuk menghirup udaranya dan menulis lagi hari ini..}

Kepada pembaca blog saya yang masih ingat dahulu saya ada menceritakan tentang darah gemuruh saya bila memandu kereta...http://azlinadeco.blogspot.com/2011/04/darah-gemuruh.html?showComment=1326769218520#comment-c3034002545357201573..
pengang sahaja stering kereta saya akan takut dan berpeluh-peluh...jantung berdegup kencang...alhamdulilah dengan keizinan Allah saya dapat hilangkan sedikit demi sedikit rasa takut dan darah gemuruh tersebut...

Terima ksih juga pada rakan2 blogger dan FB yang banyak memberi petua.kata-kata semangat dan perangsang agar saya kuatkan semangat untuk memandu...
Alhamdulilah saya sudah agar berani memandu kereta walau pun tidak secekap saya memandu motosikal tetapi syukur dapat le menghantar anak saya aleya pergi dan balik sekolah kebangsaan dan sekolah agama..

Terima kasih tidak terhingga kepada cek abang tersayang yang menghadiahkan si kancil putih untuk kemudahan saya menghantar dan mengambil anak...walau pun kereta terpakai tetapi bagi saya satu hadiah yang amat bermakna...si kancil ini juga adalah sebagai penambah semangat dan kekuatan saya untuk terus berani memandu dan kekuatan semangat saya yang utama adalah rasa yakin dengan pertolongan Allah di samping mendapat galakan dari suami,keluarga dan sahabat andai...

Setiap kali memulakan apa juga urusan saya akan mulakan dengan kalimah bissmillah dan doa ..

Rabbi Yassir Wala Tu’assir
maksudnya : Wahai tuhanku permudahkanlah dan janganlah kau susahkan.
doa penuhnya di bawah ini....

Comments

  1. Salam
    Alhamdulillah.Beres semuanya kan?
    Gambar di atas tu penuh makna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlklsm mamaju..
      yea kak alhamdulilah sekarang dh ok..wlaupun sesekali kelam kabut juga..
      gambar yg mana kak...header blog ke..

      Delete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

Bercuti di Bukit Tinggi

Assalamualaikum wbt... Syukur atas segala kurniaan Allah swt... Sekadar perkongsian cacatan percutian jika ada yang baik dari cacatan ini ambillah ibrah kebaikannya...jika yang buruk jadikan sebagai sempadan..
Mohon ampun dan maaf di atas sebarang kekhilafan yang datang dari kelemahan diri saya sendiri... Cuti sekolah baharu sahaja lepas...sebenarnya kami sekeluarga jarang dapat bercuti di waktu cuti persekolahan...cek abg selalu waktu cuti sekolah waktu itu juga di arah bertugas di luar daerah...
Alhamdulillah kali ini rezeki dapat bercuti di musim cuti sekolah.. Di sebab kan cuti cek abang yang asyik bertunda.. Tiba-tiba permohonan cuti cek abang di luluskan...  kami tidak tahu kemana hala tuju percutian kami kali ini.
cek abang akak kata tidak mengapa kita jalan sahaja lah...kemana2.. kami sekeluarga mengambil keputusan ke rumah anak yang sulung di Setia Alam...
kami tidur di rumah anak semalam...kebetulan menantu akak tunjuk gambarnya semasa berjalan2 ke Bukit Tinggi,Pahang....
a…

Kenduri Tahlil,doa selamat dan kesyukuran..

Alahamdulilah ahad lepas dengan izin Allah kami dapat mengadakan majlis kenduri Tahlil,doa selamat dan kesyukuran...walaupun ada perubahan di saat-saat akhir oleh jemaah surau..asalnya bacaan yassin dan doa akan di adakan selepas isyak...jadi beberapa hari sebelum hari kenduri saya telah menjemput jiran-jiran,saudara mara dan sahabat handai pada waktu selepas solat isyak menghampiri lewat petang imam surau mengatakan ada pertukaran waktu ahli jemaah surau hanya berkelapangan untuk kenduri tahlil selepas solat maghrib...

BACAAN TAHLIL DAN DOA DI ADAKAN DI DALAM RUMAH OLEH KAUM LELAKI..



SETELAH SELESAI TAHLIL DAN DOA..KAUM LELAKI BERSOLAT JEMAAH DI LUAR RUMAH..
TERHARU DEANGAN JIRAN YG HUJUNG SEKALI DUDUK DI DEPAN PINTU BELUM SEMBUH SEPENUHNYA SELEPAS OPERATION KAKI (KENCING MANIS)...TETAP HADIRKAN DIRI....DATANG DENGAN DI BANTU BERJALAN...SYUKRAN YA ALLAH..

KAUM IBU MASUK KE DALAM PULA UNTUK MENJAMU SELERA..

Kami hanya bertawakal...tak kisah berapa orang yang hadir untuk majlis bacaan …

Mohon ampun dan maaf...

Kepada semua....
Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun di maaf jika ada khilaf dan dosa saya terhadap semua....


mohon maaf jika ada tulisan-tulisan saya di blog ini ada menyinggung perasaan rakan2 blogger samaada yang lama ataupun yang baru...
Insyaallah Jumaat ini saya dan keluarga (bonda,anak sulung dan anak bongsu) akan berangkat ke tanah suci....doa kan perjalanan ibadah kami di permudahkan Allah hendaknya...


Rabbi yassir wala tu a'assir..


ya allah kami ingin dan akn menunaikan umrah
namun kami banyak dosa ya Allah..
dosa besar..dosa kecil, dosa yg kami ketahui
dan dosa yg tdk kami ketahui..
ya allah kau ampunilah kami
sesungguhnya kami manusia yg kerdil
lagi hina yg allah..

Ya allah bantulah kami..
Ajarilah kami..
Aku ingin pergi ke rumahmu semata-mata keranamu
Ya Allah..semata2 keranamu ya allah..

Ya Allah, aku mencari hati yang indah
Untuk ku serahkan kepada Mu
Tapi apakan daya
Hati yang ada…
Hati yang ini, masih tercela

Ya Allah, ajar aku untuk meminta yang terbaik dari Mu
Ilmu ku terbatas…