Persiapan diri untuk menjadi tetamu Allah..

Dimulakan dengan bismillah...

Bersambung dari cacatan lepas...
Tarikh untuk berangkat ketanah suci kami pilih pada 26/april/2012..
Setelah tahu akan menjadi tetamu Allah pelbagai persediaan aku lakukan....rasa seperti tak cukup masa walaupun aku ada dalam 4 bulan lebih untuk membuat persiapan diri dari segi fizikal (jasmani) mental,dan rohani (spiritual)..dalam hati berkata-kata "mampukah aku ya Allah menjadi tetamu yg di redhai olehmu"..
teringat kata-kata tulisan prof muhd kamil..

ya allah kami ingin dan akn menunaikan umrah
namun kami banyak dosa ya Allah..
dosa besar..dosa kecil, dosa yg kami ketahui
dan dosa yg tdk kami ketahui..
ya allah kau ampunilah kami
sesungguhnya kami manusia yg kerdil
lagi hina yg allah..

Ya allah bantulah kami..
Ajarilah kami..
Aku ingin pergi ke rumahmu semata-mata keranamu
Ya Allah..semata2 keranamu ya allah..

ianya menjadi pendokong semangat untukku.....

selesaikan urusan mengambil gambar untuk pasport dan visa umrah...juga suntikan vaksinasi Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis ...
ada sedikit permasaalah mengenai vaksin ini untuk mengetahui lebih lanjut boleh lah di klik di halaman ini http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/965-jemaah-haji-malaysia-menggunakan-vaksin-haram-.html
 harap dapat membantu sesiapa yang bakal menjadi tetamu Allah..
Buku kuning @ oren ni buku imunisasi....selepas umrah simpan elok2 sama macam simpan passport sebab setiap kali hendak menunaikan umrah kita kena dapatkan lagi suntikan Meningococcal Meningitis ...sekali suntikan tak silap saya tahan selama 6 bulan atau setahun (harap bertanya pada pihak yg lebih arif)..

Passport antarabangsa..



Mengenai dimana untuk mengambil suntikan ini kita boleh pergi ke klinik swasta atau pun hospital kerajaan sesetengah hospital kerajaan jika ingin mengmabil suntikan anda kena tunggu sehingga 8-11 jemaah baru blh ambil suntikan...
aku mulannya ke klinik kerajaan seri manjung tetapi terpaksa menunggu kumpulan jemaah mencukupi baru dapat di beri suntikan...
aku menalipon kakak angkat ku yg pernah menunaikan umrah menanyakan pada nya di mana dia mengambil suntikan dia menyarankan aku pergi mengambil suntikan di hospital angkatan tentera di dalam base lumut...Alhamdulilah aku dan aleya di permudahkan urusan untu memdapat suntikan di sana kebetulan suami ku juga bekas anggota angkatan tentera Laut dan pada hari kami pergi pun tak ramai pesakit pada hari itu...
Hospital angkatan tentera lumut perak..

Alhamdulilah aleya berani dan tak takut di suntik...dan tak menangis juga...

Jika ingin mengambil suntikan di klinik swasta pun boleh kadar bayarannya antara rm 100.00 sehingg 120.00 untuk seorang..jika ambil di mana-mana klinik kerajaan suntikannya adalah percuma..

PERSIAPAN ROHANI PULA..

Memperbetul tujuan semata-mata kerana Allah S.W.T.Sesuatu pekerjaan itu hanya menjadi ibadah dan mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T. apabila:
- diniatkan semata-mata untuk mematuhi perintah Allah S.W.T.;- caranya menepati syariat yang ditetapkan;- tidak berlaku sebarang penyelewengan; dan- ibadah wajib seperti sembahyang, berpuasa, berzakat dan lain-lain tidak ditinggalkan.Oleh itu, elakkan diri dari mengerjakan haji dan umrah kerana sebab-sebab sosial, ekonomi, politik atau tujuan-tujuan lain.Mendapatkan ilmu yang cukupSetiap ibadah termasuk umrah yang dikerjakan tanpa ilmu adalah sia-sia. Ini kerana kerja-kerja ibadah tidak boleh dibuat secara ikut-ikutan sahaja. Selok belok pelaksanaan ibadah umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain.boleh rujuk dan baca di blog2 ni...banyak maklumat yang berguna untuk kita bersama...insyaallah..
1.http://www.jawhar.gov.my/i-umrah/index.php/persediaan-para-jemaah/48-persiapan-diri
2. http://msaadhamid.blogspot.com/2010/03/panduan-menunaikan-umrah-02-hukum-umrah.html

Comments

  1. assalamualaikum kak..alhamdulillah rezeki akak untuk sampai ke tanah suci..selamat beribadah..semoga dirahmati dan diberkati Illahi dan diperudahkan segalanya...jagadiri kak...

    ReplyDelete
  2. waalaikummussalam dil...

    alhamdulilah dik syukur ke hadrat illahi..mudah2an amin..dil juga jaga diri dan keluarga di rantauan...

    ReplyDelete
  3. salam k ina..x sabar nak baca pengalaman akak kat sana plak..nnti citer ek..apatah lg bwk aleya sama yea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlklsm ida...insyaallah akk akn ceritakan nanti yea dik..trm ksh sudi membaca blog akk..:))

      Delete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Bercuti di Bukit Tinggi

Jumaat Terakhir