Mekah al-mukarammah..

Assalamualaikum.......

alhamdulilah hari ini dapat saya menyambung kembali perkongsian cacatan perjalanan sebagai tetamu Allah...sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri...

SELASA. 10 APRIL.2012

selepas solat zohor kami bersiap-siap untuk bertolak ke Mekah...
Sedih hati meninggalkan rasullulah....semuga suatu hari nanti kami berpeluang menziarahimu lagi wahai kekasih Allah...
Bedebar-debar untuk menjadi tetamu Allah...menyimpuh sujud di baitullah..
MENANTI SAAT BERTOLAK KE MEKAH...AMBIL PAHALA SUNAT JUGA MENUNAIKAN UMRAH DENGAN BERPAKAIAN SERBA PUTIH..

subahanallah sebagaimana kami sampai ke Madinah tempoh hari yang lalu kami di sambut dengan hujan bergitu juga sewaktu bertolak Ke mekah sampai ke masjid Bir Ali sebagai miqat berniat umrah kami...hujan mulai turun membasahi bumi suci ....
AWAN BERARAK MENDUNG..

MASJID BIR ALI YANG DI BASAHI HUJAN..

Perjalanan di teruskan...kami sampai ke Mekah al mukarammah dalam pukul 10.30 malam....Ya Allah dari kejauhan lihat cahaya menerangi masjidil haram....terlalu hiba rasa hati tanpa sepatah kata...Ya Allah hambamu yang hina ini datang menyahut panggilanmu ya Allah....terimalah kami ya Allah sebagai tetamumu...
NUR 'ALEYA ADDINA BERSUNGGUH-SUNGGUH BERNIAT UMRAH ..ALHAMDULILAH..

alhamdulilah hampir pukul 1.00 pagi selesai sudah umrah kami yang pertama....syukur Aleya tidak banyak kerenah dan di permudahkan Allah untuk sama-sama bertawaf dan bersaie..
 tidak mengadu penat untuk bertawaf dan saie walaupun sebaik sampai di mekah dari madinah dan saya dan aleya bertawaf di pusingan yang paling hujung bermakna lebih lama dan luas dari yang tawaf yang bulatannya berdekatan dengan kaabah...tapi aleya sentiasa tersenyum sahaja...setiap kali pusingan tawaf ada sahaja jemaah yang memberi aleya gula-gula dan ramai yang mengusap kepalanya dan memberi laluan kepada kami...alhamdulilah..
(pada pengalaman saya apa yang saya lihat jemaah2  arab dan timur tengah sangat sayangkan kanak-kanak..serta lemah lembut dengan kanak2..)

LAUTAN MANUSIA TANPA MENGIRA BANGSA, DARJAT DAN KETURUNAN MENGHARAP KEAMPUNAN DAN KEREDHAANMU YA ALLAH..


KAWASAN SAIE YANG LUAS..

walaupun sesekali bila tiba di kawasan hajar aswad (lampu hijau) keadaan jemaah agak berhimpit...aleya tidak merungut..sesekali kepala nya tertolak dan kakinya terpijak oleh jemaah lain...alhamdulilah Allah kurniakan kesabaran buatnya...
Aleya cuma meragam sesekali waktu di hotel sahaja tetapi tidak semasa melakukan ibadah umrah atau solat fardu di masjidil haram..
pada pembaca yang ingin membawa anak kecil menunaikan umrah jangan terlalu risau memikirkan bagaimana nanti...adakah bergini dan bergitu...yakinlah Allah sentiasa ada ...dia maha mendengar dan mengasihani berdoalah kepadanya...

setiap kali bertawaf di samping doa2 yang di baca saya juga sentiasa berzikit rabbi yaasir waala tu a'asir berdoa memohon agar allah permudahkan perjalanan ibadah kami...wallahualam..

Comments

  1. salam sejahtera AZ

    bERTUAH Aleya kecil lagi dh dpt ke Mekah.Kak pun teringin nak ke sana. Tak berjumpa Roza dan Prof kamil?
    Apapun moga kita sentiasa di redhai Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlklsm kak ju...

      alhamdulilah rezeki aleya..teringin juga naj gi jumpa CL dan prof kamil tapi no tel terlupa bwk lagi first time pergi byk sgt yg tak tahu semuanya serba baharu...terlalu syahdu dan sayu gembira sehingga terlupa segala2nya...
      yea mama semuga kita semua di redhai allah hendaknya amin..

      Delete
  2. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar...bila saya baca N3 ni, hati ni sebak - airmata hampir bergenang2....insyaAllah akan ke sana lagi - mungkin hujung tahun ni / mungkin tahun depan...tak berapa pasti lagi sebab FIL tak berapa sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah sonata semuga di permudahkan Allah hendaknya semu FIL cikgu di beri Allah kesihatan yg baik..
      semuga kita semua di jemput Allah menjadi tetamunya lagi...mudah2an..

      Delete
  3. INA.. tulah kan? lama sungguh tak bersapa..apapun TAHNIAH terpilih menjadi tetamu Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea lah kak nik..ina pun dh lama tak baca artikel tulisan akk di majalah muslimah dekat 3 keluaran juga tak sempat nak pergi mencari majalahnya..
      Alhamdulilah kak ina yg hina dina ini Allah menjemput menjadi tetamunya syukur tdk terhingga..

      Delete
    2. Terima kasih sbb follow majalah. Kalau nak senang berlanggan la..insyaAllah tak miss heheh..

      Delete
    3. sama2 kasih kak nik...akan di usehakan melanggan nanti...

      Delete
  4. Salam k ina..syukur sgt2 kan dpt menjadi tetamu Allah..mmg betul kata k ina..jemaah2 dr negara arab nie mmg suka kanak2..dorang hargai kanak2..x kisah pun kalo anak2 kecik nangis masa tgh solat ker..merangkak2 kat sejadah dorang ker..mmg dipermudahkan lah ibadah w/pun bawa anak kecik sama..kat Mekah akak tinggal kat mana kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlklsm ida...

      yea dik syukur alhamdulilah...
      akk tgl di manjung perak..

      Delete
  5. Assalamualaikum....

    saja singgah di blog anda untuk berkongsi pengalaman...di saat anda menulis catatan ni (bertarikh 20 mei 2012) saya pula dlm perjalanan ke Kuala Lumpur kerana saya dan suami akan berangkat ke Tanah Suci pada keesokan hari..(21 mei)..sekarang hampir setahun sudah berlalu...bila membaca catatan anda...air mata saya mengalir...kerana sgt rindu utk jejakkan lagi kaki ini di Tanah Suci....perasaan sya ketika di sana tak dpt nak digambarkan dan diluahkan dgn kata2...saat pertama kali memjejakkan kaki ke dlm Masjidil Nabawi...sy menangis...rindu utk ke Raudhah...Makam Nabi dan para sahabat..begitu juga saat pertama kali menjejakkan kaki ke Masjidil Haram...perasaan berdebar Allah saja yg tahu...saat pertama kali melihat Kaabah...hati berdegup kencang...air mata x semena2 mengalir....Subhanallah...sungguh indah Kaabah tika itu...Masjidil Nabawi..Masjidil Haram..dan kesemua tempat yg kami ziarah sgt2 meninggalkan kesan yg amat mendalam di dlm diri saya...sedih bercmpur sayu melihat kesan peninggalan Nabi junjungan kita Rasulullah SAW....sy sentiasa berdoa agar sy dan keluarga dpt lagi dtang ke Tanah Suci yg penuh berkah ini....

    Wasallam...Naimah Shahari (FB- Naimah Shahari)

    ReplyDelete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir

Kenduri Tahlil,doa selamat dan kesyukuran..