Posts

Showing posts from May, 2012

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Image
Assalamualaikum....

N3 kali ini adalah cacatan yang terakhir mengenai perjalanan kami menjadi tetamu Allah... 6hb april. (mlm)1012 sehingga 10 april (zohor) kami berada di madina al munawarah.. Mulai 10 april (mlm) .2012 sehingga 19 hb april.(selepas zohor) 2012.. kami berada di tanah suci mekkah al mukaramah..
...ibadah umrah di selang seli dengan ziarah..bermiqat di jaranah.,tanaim... Lawatan ke muzium, ladang unta,jabal rahmah, gua hira dan sebagainya...
alhamdulilah jemaah lelaki dapat bersolat jumaat di masjidil haram...sampai juga saat dan ketika terpaksa meninggalkan bumi mekah yang di cintai... kesayuan menyelubungi hati...di tambah 2,3 hari sebelum balik emak di serang asthma...alhamdulilah sehari sebelum pulang emak bertambah sihat dengan izin Allah yang mengkabulkan doa dari rakan-rakan jemaah yang lain...
Saat kaki melangkah untuk tawaf wida...saat melontarkan pandangan terakhir pada kaabah...saat membaca doa selepas tawaf wida...air mata berlinangan tanpa di sedari...
&quo…

Mekah al-mukarammah..

Image
Assalamualaikum.......

alhamdulilah hari ini dapat saya menyambung kembali perkongsian cacatan perjalanan sebagai tetamu Allah...sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri...

SELASA. 10 APRIL.2012

selepas solat zohor kami bersiap-siap untuk bertolak ke Mekah...
Sedih hati meninggalkan rasullulah....semuga suatu hari nanti kami berpeluang menziarahimu lagi wahai kekasih Allah...
Bedebar-debar untuk menjadi tetamu Allah...menyimpuh sujud di baitullah..
MENANTI SAAT BERTOLAK KE MEKAH...AMBIL PAHALA SUNAT JUGA MENUNAIKAN UMRAH DENGAN BERPAKAIAN SERBA PUTIH..

subahanallah sebagaimana kami sampai ke Madinah tempoh hari yang lalu kami di sambut dengan hujan bergitu juga sewaktu bertolak Ke mekah sampai ke masjid Bir Ali sebagai miqat berniat umrah kami...hujan mulai turun membasahi bumi suci ....
AWAN BERARAK MENDUNG..

MASJID BIR ALI YANG DI BASAHI HUJAN..

Perjalanan di teruskan...kami sampai ke Mekah al mukarammah dalam pu…

kata orang...Brake tak makan....

Image
Assalamualaikum...

Mulakan  dengan bismillah di pagi jumaat yang penuh keberkatan ini...Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami...perkenankanlah permintaan kami.., perelokkanlah perbuatan kami..dan berikanlah kami kejayaan di dunia dan di akhirat..amin..

3,4 hari tidak menulis agak sibuk semenjak dua menjak ni....sibuk uruskan hal2 anak hendak sambung belajar dan macam-macam lagi badan pun cepat rasa penat je..
Hari ini saya tangguhkan dahulu cerita mengenai cacatan perjalanan umrah saya...insyaallah kita sambung cacatan itu nanti di lain kelapangan..
semalam sesuatu telah terjadi...Pagi semalam  anak saya yang kedua hendak pergi kerja cari-cari kunci motor dia hilang tak jumpa saya pun menghantar anak ke tempat kerja... Masa hendak balik perasan yang padel brake tidak berfungsi puas pam..pam (tekan tekan) syukur waktu itu  saya tidak memandu laju... sebenarnya sebelum ini dah rasa macam kalau hendak tekan brake tu kena tekan kedalam..sudah bagi tahu pada cek abang..cek abang pun su…

KALAM BICARA DARI HATI...

Image
Bemulanya bicara hari ini adalah kalam bicara dari hati aku...
Tujuan saya menulis cacatan jemputan umrah ini tiada niat yang buruk di sebaliknya samaada ingin,riak atau pun menunjuk-nunjuk...saya hanya ingin kongsi pengalaman dan tip-tip yang mungkin dapat membantu pembaca blog lebih-lebih lagi pada yang belum pernah menjadi tetamu Allah dan berkeinginan untuk menjadi tetamunya kerna perkara inilah yang terjadi pada saya sebelum ini...
juga untuk memberikan pada diri sesiapa membacanya ada rasa rindu dan berkeinginan untuk menjadi tetamu Allah..

Sebaik mendapat perkhabaran saya akan menjadi tetamu Allah selain dari persiapan memperbaiki amalan dan..bermuhasabah diri..serta .menambah pengetahuan mengenai umrah dan haji melalui krusus-krusus yang di beri saya juga selalu mencari-cari di internet jika ada blog-blog yang menceritakan tentang pengalaman mereka di tanah suci lebih-lebih lagi pengalaman tetamu Allah yang membawa bersama tetamu kecil....setiap pengalaman mereka yang saya bac…

Dari airport King aziz jeddah ke Madinah al munawarah.

Image
Sesampai di Jeddah kami beratur untuk pemeriksaan imigrisen...bagi sesiapa yang ada menumpang mahram saya nasihatkan berjalan berhampiran dengan mahram sendiri ataupun mahram tumpangan  lebih-lebih lagi wanita..jika mahram dah terlepas dulu kita  akan ada masaalah di situ..kerana kita akan di  tanya di mana mahram kita jika tiada berdekatan kita akan ada sediit masaalah di situ...mahram kita terpaksa berpatah balik utk melepaskan kita..

Dalam bas kami di bekalkan makan malam...tak lama berjalan kami berhenti di perhentian macam R N R kat malaysia lebih kurang macam tu lah..untuk solat Jamak takhir isyak/maghrib..
cuaca sejuk di luar hujan mula turun....subahanallah kami dapat merasa hujan di sana menurut mutawif kami mekah dan maddinah mendapat hujan hanya empat atau enam kali dalam setahun..alhamduliah kami dapat merasanya sekali...sewaktu perjalanan ke madinnah..


WAKTU INI HUJAN GERIMIS MULAI TURUN...

TENANGNYA DI SINI...MELEPAS RINDU MENZIARAMU YA RASULULLAH..

Subahanallah melihat…

Segalanya dengan Izin Allah Jua

Image
Dengan izin dan kehendaknya jua tarikh pemergiaan kami di percepatkan oleh pihak travel dari 26/4/12 di tukar ke 6/4/12...

Kami terima sahaja sebarang pindaan tampa banyak bicara...kebetulan anak ku yang sulung shafiq sudah mula cuti sem...emak ingin membawa shafiq bersama di saat-saat akhir..lega rasa hati ku syukur ya Allah kau perkenankan doa hambamu..kerana aku sangat-sangat risau memikirkan bermusafir tampa mahram ini..

Alahamdulilah segala kelengkapan dokumen yang di perlukan di permudahkan Allah urusannya...passport dalam masa beberapa jam sahaja sudah siap bergitu juga dengan suntikan vaksinasi..

Hati berdebar-debar sentiasa berdoa semuga segalanya di permudahkan Allah hendaknya menjadikan kami tetamu yang istimewa....pemergiaan aku ke sana bersama emak (warga emas), aleya (kanak-kanak) dan shafiq serta zaimah..
Aku agak bimbangkan aleya kerana dia seorang anak yang agak cerewet,manja dan seorang yang inginkan semua sempurna (perfectionist child )..
namun aku berserah dan bert…