Posts

Showing posts from October, 2012

Melapah....

Image
Assalamualaikum....

Alhamdulilah hari ini Jumaat 10 zulhijjah kita semua menyambut Hari Raya Korban...
Tahun ini kami semua menyambutnya di Taman Perumahan Kami sahaja...minggu lepas baru balik Ziarah emak..hendak balik ke kampung suami pula tak berkesemptan..kerana jarak yang jauh ..serta kesuntukan masa..tambahan minggu hadapan anak bongsu mula peperiksaan akhir tahun..
Insyaallah jika panjang umur bulan 12 tahun ini akan balik ke kampung suami..

Sayu rasa hati bila kami sekeluarga bertakbir raya di dalam rumah sendiri..kemudian menikmati juadah hanya kami sekeluarga...

Berhari raya korban di tempat tinggal sendiri juga meriah kerana masyarakat setempat di sini masih mengamalkan..sikap bergotong royong dan berkerjasama...
Tahun ini taman kami mengadakan korban sebanyak 5 ekor lembu..acara korban di lakukan di padang hadapan rumah saya..

IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya
Haji. Pada Hari Raya Haji  ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dib…

Doa seorang Ibu..

Image
Dengan lafaz bismillah saya mulakan kalam bicara....
mohon maaf jika ada banyak kesalahan menulis malam ini kerana malam ini saya menulis menggunakan tab2. Di sisi saya ketika ini anakanda aleya tersayang yang telah lena beradu....pastinya hati ibu mana yang tidak bimbang bila anak mereka sakit kan lebih-lebih  lagi di usia yang masih kecil...
Saya kongsikan pengalaman ini yang saya rasa ramai ibu-ibu lain juga mungkin pernah  merasakan pengalaman yg sama.

selain beruseha saya berdoa sungguh-sungguh kehadrat illahi...ubat-ubatan adalah useha kita dan penyembuhnya adalah dari  Allah jua...
Benarlah janji Allah bahawa .Doa seorang Ibu tiada hijab ianya terus di angkat ke langit.....
“Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).”
(Quran, Ali-Imran, 3:173)
.kalau di lihat badan aleya yang lemah dan kesakitan yang di alaminya tak mungkin dia akan pulih dengan segera namun kuasa Allah mengatasi jangkauan akal fikiran kita hamba…

Perjalanan di waktu dinihari...

Image
Dengan Lafaz Bismillah saya mulakan kalam bicara...
Alhamdulilah kita masih di benarkan Allah bernafas di buminya hari ini...
Semuga hari ini lebih baik dari semalam..

Sebaik menerima berita mengenai pemergiaan abang ipar saya menalipon suami yang berada luar daerah memohon keizinannya untuk pergi menziarah jenazah buat kali terakhir...

saya pergi bersama anak-anak yang kereta di pandu oleh anak sulung...dan inilah pertama kali saya membuat perjalanan jauh bersama anak sulung..
Cuaca langi sangat gelam..di selang seli dengan hujan lebat membasahi bumi..
Permulaan perjalanan dengan DOA...pertengahannya dengan ZIKRULLAH dan pengakhirannya dengan ALHAMDULILLAH.



Kami ingat-ingat lupa perjalanan ke sana ..cuaca dinihari yang gelap serta lebat agak menghadkan jarak pandangan mata...memasuki tol Cangkat Jering kami tersalah memilih laluan menghala ke Ipoh/ Kuala Kangsar..dugaan pertama bermula tetapi alhamdulilah Allah beri kami ketengangan menghadapinya...
menyusuri highway sehingga menjump…