Lama tak Berkumpul....

Assalamualaikum....
Salam Jumaat yang penuh barokah...penghulu segala hari..
Alhamdulilah..hari ini buat pertama kalinya..kami semua kaum ibu berkumpul kembali dalam majlis bacaan yassin bulanan...alhamdulilah kembali berusrah dan kelas tajwid dan kelas agama yang lain setelah semua aktiviti terhenti selepas Hari Raya AidiL Fitri Tahun lepas..
Atas sebab2 yang tidak dapat di elakan ustaz yg mengajar di majlis usrah dan tazkirah kami sakit hingga di tahan di ICU...
Alhamdulilah telah di beri Allah kesembuhan buatnya...
Pertemuan hari ini seperti mendapat air sejuk penghilang dahaga...sewaktu alunan ayat2 suci kami lafazkan air mata saya hampir menitis bertapa bersyukurnya saya di beri Allah kesempatan untuk bersama-sama di majlis ilmu ini..bertapa rahmat dan kasih sayang Allah terhadap kami..
Kata ustazah kami semua harus bersyukur di takdirkan Allah utk hadir di majlis ini yang doa2 kami di aminkan oleh malaikat-malaikat yg mengiringi setiap majlis2 ilmu kerana Allah...

Bersyukur melihat banyak perubahan terhadap kaum ibu di taman kami terutama mengenai bab aurat walaupun tidak semuanya...ramai yang sudah menutup aurat dan ramai juga telah menutup aurat secara sempurna....
syukur ke hadrat Allah dan berterima kasih terhadap ustaz sallehuddin yaang tak jemu menegur bab aurat ini di setiap kali majlis usrah dan tazkirah..
Saya ingin berkongsi rasa hati di taman saya ada seorang rakan yg saya kenal semasa kami baharu sahaja mempunyai anak satu...kemudian berpisah kerana mengikut suami masing-masing bertugas..dan akhirnya setelah suami masing2 bersara dari Tentera Laut di takdirkan Allah kami mmbeli rumah di taman yg sama walaupun berlainan lorong..kesibukan membuatkan kami jarang berjumpa...kami hanya berjumpa di majlis2 usrah/ilmu dan kenduri kendara..namun setiap kali bertemu saya dan dia akan berpeluk erat...dan selalunya kami hampir menitis air mata.
Saat saya dan  dia berpelukan erat terasa keikhlsan kasih sayang antara kami yang Allah kurnia di dalam hati nurani kami...
Sewaktu saya menyampaikan perkhabaran akan berangkat ke tanah suci...dia terus memeluk saya...sambil berbisik "ina tolong doakan anak aku..."..ucapnya dalam sendu..
Saya mengerti perasaan seorang ibu yg baru kehilangan seorang anak gadis di usia 20 tahun baru  2 bulan lebih..anak yang pergi tiba2 (secara mengejut)..boleh baca kisahnya di sini..http://azlinadeco.blogspot.com/2012/11/dalam-kita-bergembira-ada-insan-yang.html
Dalam doa saya mendoakan agar teman saya di beri Allah kekuatan untuk menghadapi setiap ujian dari Allah..semuga Allah mengantikan rasa kehilangan itu dengan sesuatu yang lebih baik..

Comments

  1. majlis ilmu..seperti duduk di taman syurga (raudhah).
    baguslah, itu juga satu cara kita top up iman yg kadangkala turun dan naik...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah bersyukur kerana di beri kesempatan oleh Allah utuk berada di taman raudah bersama rakan -rakan..

    ReplyDelete

Post a Comment

salam semua terima kasih sudi tinggalkan komen di sini semuga menambahkan lagi kemesraan ikatan ukhwah..

Popular posts from this blog

cacatan (episod akhir ) Umrah dan ziarah..

Jumaat Terakhir

Kenduri Tahlil,doa selamat dan kesyukuran..