Posts

Showing posts from July, 2013

Sambut Menantu Sambut Ramadan...

Image
Assalamualaikum...syukur alhamdulilah di beri Allah kesempatan bernafas di buminya....
Agak lama menyepi dari menulis di sini...
kesibukan dan ketandusan idea juga...

Sudah hampir seminggu kita menjalani ibadah puasa alhamduliah di beri Allah kesempatan menjalanai ibadah puasa di bulan ramadan yang mulia ini...
Alhamdulilah....pada 16.6.13 bergelar saya dan suami sebagai ibu dan bapa mertua...
syukur ke hadrat illahi agak sibuk dengan majlis akad nikah dan kenduri yang di rumah kami pada 7.7.13 yang lalu..
syukur majlis berjalan lancar walaupun tidak lah sesempurna mana biasalah kita manusia biasa tidak lepas dari khilaf dan dosa..

Majlis perkhawinan putera sulung kami di lakukan secara gotong royong dari rewang memasak sehinggalah ke pelamin semuanya kami berganding bahu membuat sendiri..
InsyaAllah nanti saya akan kongsikan idea membuat dan menghias pelamin...
pelamin yg simple kerana tiada acara merenjis atau bertepung tawar..pelamin hanya untuk pengantin bergambar bersama keluarga…